Fresh from the owner...

07 January 2012

Spring Cleaninglah sangat.



bercadang nak mengemas bilik. nak reduce apa yang patut dan buang mana yang tak nak. nak susun barang-barang dalam box. senang bila encik suami balik, dia boleh ambik terus barang-barang tu bawak balik Johor. banyak jugak barang-barang aku kat rumah ayah aku ni rupanya. huhuhu...

tapi tak ada la maknanya nak ber'spring cleaning'. my two kids kena flu. my BIL kena demam buah. dah tua baru nak kena demam buah. sila jangan gelak ye. 

orang-orang dalam rumah ni pun majoriti ramai yang tak kena lagi. aku dengan Kak Long dah kena. so, tak ada la risau sangat. jadik orang yang dah sedia sakit kena pulak demam buah, lagi la sakit. kejap-kejap panggil kakak aku. tengah masak panggil. aku la kena masak. hahaha... macam malas je bunyinya kan?

bila ada anak-anak yang kureng sihat, aku pun terkejar-kejar jugak. jadik, tak ada maknanya la nak ber'spring cleaning'. malam ni je la baru sempat buang satu kotak. ada anai-anai dah buat sarang.  sepanjang dua minggu aku ke Johor, my sis tak buka tingkap bilik. kena pulak time tu hujan bagai, keadaan lembab. anai-anai pun buat sarang la. nasib baik sedar dan sempat selamatkan album kawin dengan a gift yang aku bagi encik suami masa zaman dolu-dolu. ngeee... 








my foot: mood a bit ke laut bila anak-anak kureng sihat. alhamdulillah... lepas 5 hari warded, anak my friend Ana, akhirnya sihat lepas lembik-lembik akibat dehydration. anaknya muntah teruk. syukurlah selamat semaunya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign