Fresh from the owner...

11 January 2012

Siapa suka cepatkan waktu?



masa aku belajar dulu, aku memang suka cepatkan waktu. jam tangan ke, jam loceng even jam dinding pun aku cepatkan jugak. kalau tak 10 minit, 15 minit aku awalkan. kalau duduk hostel memang kena buat macam tu. kalau tak kena menunggu je la. bayangkan pukul 6 pagi tu beratur je orang yang take turn nak mandi. kalau sorang mandi dalam 10 minit kira okay la lagi. kena yang ambik masa dekat-dekat 30 minit tu tak ke hangin satu badan dibuatnya?

yang ni pernah jadik kat aku masa minggu orientasi. dah bangun awal. pukul 5 kot kalau tak silap. tapi still lambat sebab ada sorang rommate ni mandi dekat 30 minit. kita orang turun lambat pun sebab dia la. aku tak tahu la dia buat apa dalam bilik air sampai lama sangat. dah la tu, dengar bunyi air pun tidak. pelik jugak! apa-apa je la kan.

masa duduk rumah sewa pun aku still awalkan waktu. senang, aku ke depan dalam 10 ke 15 minit. bila duduk dalam kelas dok tengok jam je la bila kelas nak habis walhal masa ada banyak lagi. boleh gitu? hahaha...

even sekarang ni pun, jam kat bilik aku ni still cepat dalam 10 minit berbanding waktu asal. dan jam kat rumah ayah aku ni ada dua tiga. dan waktu yang betul cuma terdapat pada satu jam je. kat luar bilik solat ayah aku. berdekatan dengan tv la ni. kalau tak yakin jugak dengan jam tu, tengok jam kat astro pulak. boleh pulak macam tu kan? ngeee...

cuma sekarang ni, aku tak awalkan lagi time tu sebab ada Kak Long. kalau pra sekolah, waktu balik 11.45 pagi. tapi untuk Kak Long sebab dia sekolah PASTI dan aku ambil kelas Qiraati, baliknya pukul 12.30 tengahari. kalau tak, pukul 11.30 dah balik. dan aku tengok, budak-budak sekelas dia semuanya balik pukul 12.30. memang parents ambil kelas Qiraati untuk anak-anak dia orang. ada bagusnya jugak PASTI ni. lagipun aku memang nak dia belajar agama dulu. nanti-nanti baru masuk tadika lain.

kalau aku still awalkan waktu, mesti aku tercongok lebih awal kat sekolah sebab ingatkan Kak Long dah balik walhal waktu tu awal lagi kan? hehehe... 







my foot: at least masa aku tinggalkan Kak Long dan dia menangis, dia duduk kat tempat dia e. ada sorang budak ni siap goyang pintu kelas. dan aku tahu menangisnya Kak Long cuma kejap je. dia pun malu nak menangis lama-lama dan ada orang tengok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. pernah cuba tips cptkan jam kononnya utk elakkan kesesakan dll tapi sebab dah set dlm otak 'ala ada 10 min lg' so xmenjadi pun tips tu hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. sampai skrg g cepatkan waktu ikut jam punchkad...hehee

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign