Fresh from the owner...

13 January 2012

Risaunya saya!!!

encik suami sms nak ke hospital katanya. nak check mata sebab doktor kata bengkak. okay... saya memang risau walaupun encik suami kata bengkak biasa je. selagi tak tengok depan mata memang risau. cakap la sikit je pun. hati tetap risau la.

mata encik suami tu dah pernah kena operate sebelum ni. ada urat saraf pada mata yang putus. masa nak buat operation, doc kata chances untuk mata tu pulih 70-30. tapi operation tu gagal. mata yang okay dah jadik kelabu. kemudian ada second operation. still gagal memulihkan penglihatan encik suami tu. itu pakar mata yang buat operation dan jugak pakar yang kata chances tu 70-30.

dan yang lagi mengharukan, doc silap letak bola matanya. tak kena pada orbitnya. tu la ada masa tertentu, boleh tengok matanya tu lari ke kiri ke atas berbanding mata normal dia yang sebelah lagi tu. encik suami cakap kalau nak operate lagi boleh. tapi dia dah tak nak sebab sakit katanya. ada sekali tu doc laser  mata untuk cantumkan urat. memang sakit sebab tak bius. kaki tangan kena ikat. mata kena sendal tak boleh nak tutup sebab nak laser kan?! dia kata cukup la. 

ada sebab Allah tarik balik kurniaanNYA yang satu tu. tapi bukan la tak boleh guna langsung. cuma kabur la. kes ni jadik before aku dengan dia still kawan. aku terima dia bila keadaan mata dia dah tak berapa nak elok. sebab tu jugak, masa awal-awal bertunang dan kawin dan masa pregnantkan Kak Long, aku je drive kereta pergi mana-mana. dia tak berani nak bawak dengan mata sebelah yang kabur.

bila aku dalam pantang, dia tak ada pilihan lain kecuali tawakal dan cuba bawak kereta. sebenarnya dia boleh je bawak cuma dia tak berani je masa tu. sebab tu jugak dia cakap, nasib baik yang kena mata yang dah problem. problem tak problem, doc dan SOCSO tak isytihar buta tapi ada kerosakan je. kadar penglihatan encik suami 6/60. 








my foot: tak kira la apa pun, selagi namanya suami, jadik apa-apa mesti risau kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. semoga dipermudahkan semua nyer...

    ReplyDelete
  2. Insya'allah!! Moga baik2 je keadaan suami sis.. Amin!! Mmg risau.. Tmbh kalo berjauhan lg risau..

    ReplyDelete
  3. penglihatan sampai gitu skali...

    ReplyDelete
  4. takut juga tu kalo berkaitan dengan mata ni.

    ReplyDelete
  5. ya Allah ssl yg bc pun krisauan apatah lg empunya diri

    dr tsilap ltk orbit mt? isyh..tak sue ke?


    doa byk2 agar tdk blaku prkr buruk

    ReplyDelete
  6. eB nih rabun sbb jantrung problem. lya pn g2 gaks. kalo x silap ina pn g2 . hu3

    ReplyDelete
  7. InsyaALLAH, dengan izan-NYA...semuanya selamat..

    ReplyDelete
  8. mesti le risau...dia kena ujan skit pun dh risau..apatah lg hal2 kesihatan mcm ni...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign