Fresh from the owner...

08 January 2012

The remote control had been cursed!!!



macam tajuk filem la pulak. hahaha... tajuk je dalam BI. entrinya dalam bahasa melayu je. act je lebih. muahaha... nak bercerita tentang remote astro kat rumah ayah aku ni la. remote asal dah jahanam. ada beli remote lain. hilang entah ke mana. bila beli baru, kena sumpah pulak.

budak-budak kat rumah ni jenis pegang remote bawak lari. masuk bilik air, nak makan. segala benda la dengan remote astro tu. takut orang lain pegang, tak merasalah nak tengok cerita sendiri. bila kena sound, letak la kejap. lepas tu, jadik semula benda yang sama. jatuh, hilang kejap, kena sorok tu memang perkara biasa la.

baru-baru ni aku belikan remote baru gantikan remote asal tu. mula-mula guna okay la. tapi semalam baru la nampak kena sumpahan. hahaha... tekan la nombor apa pun, mesti keluar 666. dan chanel pun bertukar. takan 6 sekali pun, ia akan bertukar ke chanel 666 yang tak wujud tu. last-last pakai decoder je. dah tengah malam. takkan nak keluar cari remote baru kan?

tu la sengal budak-budak ni. suka sangat dengan remote. hah, padan muka semalam dengan awal pagi ni tak dapat tengok cerita apa-apa sebab leceh nak guna decoder ni. nak bangun tekan bagai. hahaha... aku suka! senyap kejap rumah. lega perasaan.





my foot: mengingatkan pada status my SIL yang kerja as a doc. statusnya kata: "Kes di mlm ari kt ward: patient dtg dgn remote control kt dlm bontot..mcm2. haish."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. hahaaha kelakar....tak pernah lg berebut remote sbb tv ada dua...amek sorg duk ruang tamu sorg duk dlm bilik..buat hal masing2...hik3

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign