Fresh from the owner...

31 January 2012

Pen yang sudah lama saya cari.

first time tengok pen-pen ni sekitar tahun '98 macam tu la. masa tu aku belajar lagi. matriks. kedai buku paling popular masa tu Popular la. hahaha... hari-hari pergi situ. kalau tak cuci mata, nak beli barang. dan first time aku nampak pen-pen ni pun kat Popular ni la. memang teruja tengok pen-pen ni. macam-macam warna ada. apa yang menarik warna kat dalamnya tu. jom kita tengok macam mana rupa pen ni.


bila warna atas tu dah nak habis, second warna akan combine dengan first warna. kalau sesiapa tangan berseni memang cantik la kalau buat kad ke apa-apa je la pakai pen ni. masa aku beli dulu, aku tak perasan pulak pen ni ada label warna. dah bertahun baru tahu. hahaha... sengal tak? contohnya pen ni kaler atas warna kuning jadik label pada penutupnya kuning la. kalau ungu kat bahagian atas ungu la pada labelnya. apasal la baru sekarang aku tahu walhal aku dah beli pen ni banyak kali masa belajar dulu.

yang tiga batang ni aku beli dekat MS Stationary kat Pekan ni je. aku ada usha jugak kedai-kedai stationary. ada jual tak pen-pen ni. dah bertahun aku cari baru sekarang berjumpa. pernah pergi Popular kat Kuantan tapi tak pernah jumpa dah pen-pen ni sampai la sekarang. at least kalau dah tak ada lagi pen ni, aku dah abadikan kat blog ni. huhuhu...

lagi satu pen yang kamu suka guna untuk menjana minda kreatif adalah ini:


kaler gold dengan silver tu. tapi aku suka guna matanya 0.5. tapi kat kedai tu cuma ada 0.7 je. ala... leceh sikit la. tapi aku beli jugak. dah lama tak mengeluarkan hasil kreativiti sendiri ni. sejak kawin and ada anak-anak jadik macam malas pulak. tapi bila Kak Long dah start sekolah ni kena la rajin-rajinkan diri. nanti boleh ajak Kak Long buat kad ke apa ke untuk abah. Kak Ngah pun dalam masa yang sama boleh belajar jugak kan?

ada tak pen yang kamu suka dan jadi kenangan sampai sekarang?







my foot: aku try BW slow sebab siang-siang susah sikit nak on lappy sebab ada banyak kerja nak buat. huhuhu... mengalahkan orang kerja opis hour je aku ni. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. eyhh..teringat lak zaman skolah dulu..mmg slalu beli pen kalerful tu..ada lg k jual skarang?

    ReplyDelete
  2. yezza, i like pilot too. kita suka juga guna 0.7 walaupun mata besar dan meleleh-leleh. hahaaa. suka warna silver dan gold juga. but mostly use black la. walhal ada je refill tapi tak pnh pun beli. hahaaa. suka-suka.

    ReplyDelete
  3. dulu zaman sekolah.. sy pun suka pen warna warni gini..hihii

    ReplyDelete
  4. heheheh mmg lama x nmpk pen ni.

    ReplyDelete
  5. kihkihkih zaman sek dulu selalu beli pen tu..tambah2 suka buat biodata haha

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign