Fresh from the owner...

30 January 2012

Mujurlah dah baik.

orang dok update pasal AJL semalam. aku tak adanya nak update sebab langsung tak tengok. entahlah. dah tahu keputusan boleh tengok online. kalau nak dengar dia orang nyanyi boleh tengok kat youtube. tak pun nanti tv3 mesti ulang tayang siaran tu la. hehehe...

ini nak bercerita tentang Kak Long. tentang kejadian yang berlaku pada dia dua minggu lepas sebelum cuti sekolah. hari Khamis kejadian tu berlaku sebab aku tak ambil dia daripada sekolah. my sis nak tengok husband dia kat hospital plus hantar barang yang husband dia nak. dia kata alang-alang tu dia ambik la Kak Long sekali daripada sekolah terus bawak ke hospital dulu. aku pun okay je la. ingatkan Kak Long suka la dapat jalan-jalan.

balik rumah je dia bising-bising tak nak Ibu Ngah ambik. dia nak aku yang hantar dengan ambik dia. aku cakap okay la dapat ikut Ibu Ngah tengok Ayah. marah jugak dia. tapi masa dia sampai rumah tu, aku terkejut tengok dia. kenapa? sebab ini la:


kat dahi dia tu luka. tak nampak besar mana lukanya sebab ada darah. dan darah tu still baru. maksudnya dia eksiden mesti lepas habis kelas. aku ada tanya dia kenapa boleh luka sampai macam tu sekali. dia cakap dia eksiden dengan kawan dia. kawan dia tak apa-apa pulak. mungkin terkena beg budak tu kot. tak tahu la. tapi dia tak jatuh sebab seluar baju tak kotor. kotor sebab kena darah je la.

muka dia pun selamba je. menangis jugak masa kena tu tapi lepas tu okay je. anak abah kena lasak sikit macam abah la kan? okay... aku pun lasak jugak masa kecik. pernah aku jatuhkan sorang budak ni sebab aku mintak semula basikal aku dia tak bagi. huhuhu... ganas budak-budak.


betul-betul kat tengah dahi. ingatkan luka tu memang bulat tapi bila dah cuci, luka tu memanjang. macam terguris dengan benda tangan macam zip ke keychain ke. tak tahu la. tanya ustazahnya, ustazah pun tak tahu nak cakap macam mana dia kena. okay takpe. abang sepupu dia pun pernah berjahit masa main-main after class. yang sorang lagi pun sama jugak. cedera. agaknya kalau tak cedera tak sah la bebudak ni. ngeee...







my foot: at least dia nak start nak berkawan dengan orang. tapi masalahnya bila sekolah cuti seminggu. alahai... mesti buat perangai sama pagi ni!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. alahai siannya kak long, ustazah pon tak perasan ke tentang kejadian ni? nnti letak minyak gamat, bio oil tau anis, bagi ilang parut tu

    ReplyDelete
  2. Alah ciannya. Nampak berlubang dahi tu.
    Salam ziarah.

    ReplyDelete
  3. adoiii... seriau puak tgk luka tu..

    ReplyDelete
  4. alahaiii....aunty pkak terasa denyut2 kat dahi...

    nnti dh sembuh sapu cream hilang parut cepat2 ya

    ReplyDelete
  5. uisk sakitnye...
    moga cepat sembuh taw...


    p/s: kak dni dah lupa caranya. bertahun dah dni letak benda tu.. maybe akak boleg google untuk tutorial letak page fb :)

    ReplyDelete
  6. kesian nengoknya..
    get well soon dear.. ;)

    ReplyDelete
  7. adui... nampak macam dalam je luka tu.. sure sakit kan..ciann kaklong..

    ReplyDelete
  8. aduh ciannyaaa...nampak sakit tu... =(

    ReplyDelete
  9. Besarnya luka macam paku kat situ..kesian kak long..muka sedih je tapi cun sgt2!! nanti boleh try sapu Organic Rosehip Oil (Cosway) utk hilang parut

    ReplyDelete
  10. ohoi ngeri btl la part luka2 ni. seram. hahaaa. takpe, anak sulung ni mmg lasak kak, smua benda dia nak cuba. kita anak sulung dan dah juga ada anak sulung. hambek.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign