Fresh from the owner...

17 January 2012

Mangsa banjir akhirnya pindah.


inilah rumah my sis. letaknya dalam kawasan rumah ayah aku ni jugak. ayah aku kata, pilih la bahagian masing-masing untuk buat rumah. sebab tanah tu cukup untuk anak-anaknya yang enam orang tu. my sis pilih yang bahagian belakang. tanah area tu rendah. daripada aku kecik sampai besar memang kawasan tu akan naik air kalau hujan lebat tak berhenti dua tiga hari.

masa buat rumah ni, tempat tu tak ditambak. bila rumah dah siap dan hujan, air masuk dalam rumah la. bila dah jadik macam tu, kena pindah la ke rumah ayah aku ni sementara menunggu air surut. hahaha... time hujan lebat tu, my sis dok usha je ke rumahnya tu sebab air dah naik sikit tapi tak cecah pintu rumah lagi. hujan dah dua hari tak berhenti.

masuk je pukul 5 petang, air dah sampai ke muka pintu dan masuk dalam rumah. abang ipar aku dipanggil balik. ada barang elektrik dalam rumah kan? kena la selamatkan apa-apa yang patut. ni kali kedua rumah tu naik air. first time hujung tahun lepas. dua tiga hari jugak la my sis punya family menginap kat rumah ayah aku ni. nak buat macam mana? dah banjir.







my foot: budak-budak la paling seronok sebab boleh main air. konon-konon nak balik rumah ambik baju. walhal nak main air je lebih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign