Fresh from the owner...

17 January 2012

Lagi-lagi cerita Kak Long.

ni dia dan seatnya.


Kak Long ada tempat duduk kesukaan dia kat kelas. hari Isnin last week aku hantar dia lambat sikit. masa tu dah bahagi kelas. bila masuk nak letak beg dia, tempat duduk dah penu kecuali ada dua kerusi kat belakang kosong. aku letak dia kat situ. sejak daripada hari tu, dia tak nak tukar tempat duduk dah.

cikgunya cakap puas pujuk ajak duduk dengan kawan-kawan, pindah depan tapi Kak Long tetap nak duduk kat belakang tu. even aku pujuk pun tak jalan jugak. dia nak jugak duduk kat belakang. tak nak pindah. kalau kat rumah tu heroinnya bukan main. bising je dengan mulut dia. kat sekolah senyap. baik je. bila aku tanya, dia cakap dia malu orang tengok dia. apa pun, Kak Long tetap kena habiskan sekolah. baru dia biasa dan tak malu sangat.

yang dalam bulatan tu Kak Long dan faberet spotnya.


kat sekolah pun tak nak makan. apa yang aku bawak tu la dia makan. kadang-kadang tak makan pun. minum air pun tidak walhal aku bekalkan semua. sebab tu sebelum pergi sekolah, aku bagi dia minum susu kenyang-kenyang. semalam aku cakap kat abahnya pasal dia tak nak pindah tempat duduk. abahnya cakap dengan Kak Long. semalam bukan main janji nak duduk depan dengan kawan-kawan. hari ni aku nak tengok dia nak kotakan ke tidak kata-katanya tu.

alhamdulillah... dia dah tak meragam bila sampai sekolah. cuma awal-awal pagi je la yang jadik masalah. memang daripada dia bangun tidur sampai ke sekolah dia kata tak nak sekolah. bila masuk kelas okay je. dan satu lagi masalah Kak Long ni, di tak nak berbaris dnegan kawan-kawan dia. sampai sekolah mesti nak masuk kelas terus. alahai... susahnya la anak seorang ni! tapi aku layankan je. kalau tak terlebih ragam pening pulak cikgunya.

ini la sekali je dia nak berbaris. itu pun aku paksa. hehehe...

dah mula nak meragam. tak nak beratur. nak masuk kelas je katanya.








my foot: abah kata kena balik jugak sekali. dia nak tengok dan hantar anak daranya tu ke sekolah. dan bila fikir, aku dulu pun suka sangat duduk belakang. kalau tak belakang pun area-area tengah dan hampir ke belakang. muahaha... ikut perangai siapa la Kak Long ni?!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. biasa la anak2 ni ada angin masing2 kan?... sofia pun kdg2 susah nak di ajak belajar, kdg2 tu pulak dia yg amik buku suruh kita ajar :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign