Fresh from the owner...

05 January 2012

Kak Ngah tolong jaga Ayah dengan Azfar ye!!!


Kak Ngah sudah boleh diharap. pagi semalam masa hantar Kak Long ke sekolah, aku bawak dia sekali. sebab time Kak Long mandi dia nak mandi jugak. Kak Long pakai tudung, dia nak pakai sama. siap bawak beg ke sekolah ye. jangan tak tahu. pening kepala kejap dengan Kak Ngah ni.

cuma masa nak ambil Kak Long, aku tak bawak Kak Ngah sebab ingat nak bawak Kak Long ke bandar ambil gambar. tapi bila dah sampai ke bandar dan buat urusan lain, aku terlupa pulak pasal nak ambik gambar tu. apa la. separuh jalan balik baru teringat. malas la nak patah balik semula.

lagi pulak aku tinggalkan Azfar dengan my BIL. dia kan tak berapa sihat. kalau Azfar menangis, macam mana dia nak pegang? nak dukung pun dia tak larat. kecuali Azfar duduk atas riba. boleh la dia pegang kejap. tapi kalau duduknya Azfar tu tak diam, mahu menyembah ke lantai jugak mamat kecik aku tu. aku letak Azfar dalam baby walker.

pada Kak Ngah aku pesan: "Ibu nak ambik Kak Long. Kak Ngah tolong tengok ayah dengan adik Azfar okay?" dia ngguk. bila aku tanya dia kena tengok siapa, dia cakap: "Kena tengok ayah dengan Par." even masa aku keluar rumah, die berlari ke dapur tanya aku nak ambik Kak Long ke. aku cakap: "Ye la. Kak Ngah pergi tengok ayah dengan adik ek?!" terus dia berlari masuk dalam rumah.

dah boleh diharap kan? yang ini pun cepat jugak besarmya.






my foot: macam-macam ragam budak-budak ni kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. biler bacer tajuk tadi, eB raser seram. hu3

    ReplyDelete
  2. he..he duk imejin kngah blari2an tngok ayah n par! msti comel

    ReplyDelete
  3. bagusnya anak sis.. kecik2 lagi dah boleh diharap :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. heheeh ingatkan nk gi kursus ke apa...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign