Fresh from the owner...

19 January 2012

Ini cerita tentang Kak Ngah.

bila Kak Long ke sekolah, tinggal la Kak Ngah kat rumah melayan adiknya Azfar dengan sepupunya yang takut nak sekolah tu. sepupunya tu sama baya dengan Kak Long tapi ada pelat-pelat sikit. maknya nak hantar ke Kemas tahun depan. tanya dia pun, dia cakap tak nak sekolah. apa nak buat. anak lelaki yang manja.

Kak Ngah semenjak dua menjak ni alah betul dengan habuk. sejak dia baik daripada muntah-muntah last year, kena habuk sikit je buat bintit-bintit merah naik kat muka dia. kadang-kadang jadik gatal. kesian. ada masanya naik bengkak-bengkak muka dia. last week hari Ahad terpaksa jugak la potong rambutnya yang baru nak panjang tu. dia dok tergarugaru kepala dia. last-last potong rambut dan mandikan dia dengan dettol. dah rupa macam budak laki dah. cadangnya nak bawak dia ke kedai gunting. trim rambutnya tu.

rambut dah kena trimmed. muka dah naik merah-merah.

berbiji-biji dah nampak mukanya tu.


alhamdulillah... Kak Ngah pun dah tak pakai pampers dah sekarang. waktu siang je la. waktu malam still pakai lagi. dia dah pakai cakap nak ke toilet. last year aku ada ajar dia dua kali. tapi dah kencing baru dia bagitahu. tension jugak sebab kena cari kat mana dia kencing kan.

tahun ni aku cakap-cakap je dengan dia dulu. nak kencing bagitahu. tak pun terus masuk dalam bilik air. 3 hari pertama, setiap lima minit, tiga minit dia dok masuk toilet. nak kencing katanya. aku biarkan je. janji dia masuk toilet. apa-apa hal semua kat toilet. sekarang ni tak lagi dah. dia akan masuk toilet kalau dia betul-betul nak kencing je. hehehe... senang ajar Kak Ngah. macam Kak Long jugak senang nak ajar. alhamdulillah.








my foot: bangga betul bila anak-anak senang dengar kata. tapi ada masa macam tak ada telinga jugak dibuatnya. huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. moga cepat sembuh tau kak ngah :)

    ReplyDelete
  2. hee..anak buah sy pon dh xpakai pampers..sng nak ajar..umur belum pun 3 tahun =)

    ReplyDelete
  3. kesiannya ade resdung ke? alahan dengan habuk ni.. sama lah dgn anak saya siang mmg x pakai pempers, tp malam mesti nak pakai.. sbb kdg2 terkecing ... dia tak sedar dah tdo nyenyak..

    ReplyDelete
  4. kami dh cuber tapi cam x menjadik la. hu3

    ReplyDelete
  5. mlm susah sket la kan sbb beyond control.. anyway, tahniah utk kakngah!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign