Fresh from the owner...

04 January 2012

Hari pertama Kak Long ke sekolah.

alhamdulillah. Kak Long dah masuk sekolah pun. setakat hari ni memang dia baik. cuma masa nak ambil tadi je la dia ada menangis sikit. tu pun sebab aku terlewat. tak ada la lewat pun. Ustazahnya kata habis pukul 10 hari ni. sebab kira sesi pendaftaran lagi. memang ada pun parents yang baru nak register. next week baru belajar. tapi sebabkan dia tak makan (Kak Long memang susah nak makan), makanya dia habis cepat. dan menunggu la dia agak lama. esok balik pukul 11. kalau tak, dia akan balik pukul 12.30 sebab aku ada ambilkan dia kelas mengaji sekali.

mula-mula nak tinggalkan tu memang kena pujuk jugak sebab dia tak biasa. dan keadaan kelas still kucar-kacir sebab ustazah handle registration ibu bapa. tapi aku tinggalkan jugak sebab nak dia biasakan diri. memang ada parents yang menunggu. tapi aku malas nak tunggu. takut dia terbiasa dengan keadaan macam tu. tak bagus la kan?

layan pics Kak Long hari pertama kat sekolah.

keadaan semasa kelas. dengan parents yang dok memujuk anak-anak.

Kak Long duduk sorang-sorang.

 
kerusi ada yang tak cukup. masa ni kelas ustazah buka 1 je. biasa ada dua kelas.

Kak Long dok tengok orang keluar masuk kelas.

hisap jari. biasa tak hisap pun. tapi sebab dia tak tahu nak buat apa dia hisap jari la. muahaha...


itu kat sekolah. kalau kat rumah, dia berleter je. nak baju kecik sikit la sebab baju yang aku belikan tu besar dengan dia. seluar dia nak panjang. padahal seluar yang dia pakai tu memang panjang cuma ada zip kat kaki. jadik la benda tu macam pendek sikit.

yang paling best masa nak suruh dia sarapan la. aku berikan dia roti dengan nutella. tapi dia tak nak aku sapukan roti tu. dia nak buat sendiri sebab dia kata dia dah besar. dah pandai. nanti ustazah tanya dia akan cakap dia buat sendiri. okay... memang pandai! tapi akhirnya aku jugak yang buatkan sebab dia sapu nutella tu tak nak lekat pada roti. hahaha...

 
dok membebel apa entah masa ni. pasal seluar dia kot.

operasi sapu nutella pada roti.

tak nak lekat pulak pada roti ye?!






my foot: abah ada called banyak kali. nak tahu keadaan anak daranya tu la. dan abah jugak yang pujuk bila dia merengek seluar dia pendek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Seronokkan tengok anak2 mula masuk kesekolah ni macam2 ragam ada...

    ReplyDelete
  2. kak long ni mesti ramai peminat kat sekolah tu nanti....comey sgt!

    ReplyDelete
  3. sama mcm anak sy kat rumah bukan main banyak mulut lagii tp bila masuk kelas sepatah pun susah nak kuar

    ReplyDelete
  4. Yeay!! Kak long dah sekolah.. :D

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah baik je dia duduk sorang2 dalam kelas tu yea? macam mana la pulak anak saya nanti hihihihihihihi

    ReplyDelete
  6. alahai..comelnyer anak dara.gud girl dia kan ling dah pandai nak minta sapukan roti..as a kak long,dah ada ciri-ciri berdikari tu.. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign