Fresh from the owner...

18 January 2012

Geram betullah saya!!!



pemandu kereta ni tak bertimbang rasa dan bengong. rasa macam nak sound je dia. dan kereta sebelah tepi ni pun sama. tapi driver tak ada. keluar merayap. kenapa aku marah? sebabnya kereta dua biji ni parking kat tempat letak motor.

memang tak ada parking kat bahagian depan. tapi kat bahagian belakang biasanya ada je. dan orang-orang ni malas nak berjalan. jadik nampak kosong sikit je kat tempat parking, dia orang akan parking kereta. bila jadik macam tu dah menyusahkan orang yang bawak motor sebab tak ada tempat nak parking.

kalau encik suami ada, sure dia pergi sound dah. tak kira la orang tu tengah nak reverse ke apa ke. tapi aku belum sampai tahap tu. tambahan pulak nak cepat. lepas je kereta kelisa ni keluar, terus masuk kereta lain pulak. adoiii la... susah kan kalau ada orang yang mentalitinya macam ni. tak kira dah janji dekat dengan pintu masuk supermarket.

next time boleh bawak kereta masuk dalam supermarket tu eh?!





my foot: nak senang je kerjanya kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. paling tak suka orang suka parking sesukahati macam ni.. menyusahkan orang lain jer....

    ReplyDelete
  2. haa mmg susah kalu tmpat parking moto tapi kereta yg duk menumpang..

    ReplyDelete
  3. Mungkin dia ingat motor je kan, senang nak kuar walau dia parking situ..tak patut.

    ReplyDelete
  4. b urusan dgn hal2 bgini mmng ckup mmnaskn hati n mnguji ksbrn! geleng kpala

    ReplyDelete
  5. sy selalu panas hati kalau ada org sesuka hati paking kt tempat OKU

    ReplyDelete
  6. memang geram kalo orang cemtu kak.. eee tumpang geram :'(

    ReplyDelete
  7. benci juga orang camni..nak senangkan diri tp susahkan orang lain

    ReplyDelete
  8. gitu la..bkn semua org btombang rasa kan..fikir utk sendiri jer.. hak org lain ketepikan...

    ReplyDelete
  9. saya pon turut geram ngan kete kelisa tu.. biasalah org malaysia ni semua nak senang. parking depan kedai..tak pikir orang lain.

    ReplyDelete
  10. org mesiaa mmg mcm tu....takmo exerise sket...sbb tu dilanda masalah obesiti...huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. nak keje mudahjer sampai tak pikir org lain tu laa jadinyer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign