Fresh from the owner...

26 January 2012

Budak kecil yang comel.

semalam bawak Azfar timbang. beratnya dah cecah 8.3kg. nurse yang dok uruskan dia pun bising kata sedapnya peha dia. okay... peha tu reserve untuk saya je ye. hehehe... dan Azfar pulak masa nak tanggalkan baju segala dok sibuk nak makan brooch aku. alahai... terseksa jiwa raga raja. memang tak boleh nak melawa dengan mamat kecik ni. nak makan je broochnya.

sepatutnya jugak aku bawak Kak Ngah untuk timbang sama. tapi aku tersalah ambik kad. aku bawak kad Kak Long. tension la jugak kejap. tapi tak apa. bulan 3 ni kita pergi sekali harung je. Kak Long dengan Azfar pun kena timbang bulan 3 ni.

Azfar pun dah banyak perkataan baru yang keluar daripada mulut dia. sangat advance berbanding Kak Long. mulut laju macam Kak Long. tapi dia ni up sikit. kalau hari tu dia mengejutkan my BIL dengan panggil 'Ayah' (lepas dua tiga kali, dia dah tak sebut lagi dah), lepas tu dengan my dad dia sebut 'tatih' (still sebut) dan sekarang ni dia tambah satu lagi vocab 'Tak Tahu'. tapi yang disebutnya cuma 'au' je. comel-comel. Kak Long perkataan pertama dia 'Abah'. okay... Azfar pun sama sebenarnya. 

'Ibu' kita boleh dengar lepas usia dia orang setahun lebih ye. abah tu memang akan kerap kedengaran la walaupun bukan abah yang selalu ada dengan dia orang pun (alahai... jeles la pulak! muahahah...). jom la layan pics budak kecik ni.

operasi bermula.

okay, boleh ke tak ni?

tak dapat makanan, baby walker pun boleh la.

bila letak mainan, makan mainan pulak. ngeee...







my foot: entri bukan untuk menunjuk-nunjuk tentang apa Azfar boleh buat. cuma catatan perkembangan dia dari semasa ke semasa. untuk bacaan dia jugak bila dia besar nanti. anak-anak ni ada kelebihan dia orang yang tersendiri kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. betul tu.besar nanti mereka akan tahu perkembangan mereka mcm mana..

    ReplyDelete
  2. setuju sgt.. setiap anak mempunyai perkembangan yg berbeza...

    ReplyDelete
  3. semua benda nk masuk mulut yaa...

    ReplyDelete
  4. sama mcm alisha.. asyik abah je dia sebut... ibu dia ni x nyebut pun... adehhh...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign