Fresh from the owner...

19 January 2012

Baju kesayangan saya.


apa kes pagi-pagi nak cerita pasal baju pulak kan? ini untuk kenangan aku je. satu hari nanti baju ni sure rosak. at least aku tahu macam mana rupanya baju ni nanti. huhuhu... actually ni baju first yang encik suami belikan untuk aku. wah, baju ni dah lama ye! tak silap aku, baju ni aku dapat tahun 2002 kot.

lepas empat or lima tahun kenal encik suami, kami jumpa first time kat terminal bas Kuantan. masa tu aku nak balik cuti sem. encik suami pulak called tanya aku nak naik bas apa, pukul berapa dan plat busnya sekali dia nak tahu. apahal nak tahu kan? aku ada tanya kenapa? nak jumpa ke? dia cakap mana tahu kalau ada rezeki. masa dia called tu dia still kat Johor.

bila aku sampai Kuantan, aku dapat called daripada encik suami. dia kata dia pun ada kat Kuantan jugak. sewel mamat ni kan? hehehe... dia naik flight. sebab tu dia sampai awal. dan aku tak tahu pun dia ada planned macam tu. first time jumpa dia ajak shopping baju anak-anak buah dia. tu yang dia belikan untuk aku sekali sebab temankan dia. masa tu kawan-kawan je.

tak ada feeling-feeling sebab aku bukan suka dia pun. dia pun tak suka aku. muahaha... tapi ye la kan, jodoh kita dah ditetapkan Allah seawal usia 4 bulan dalam kandungan. aku ingat mak angkat encik suami pernah tanya: "Girlfriend ke?". cepat-cepat aku dengan dia jawab, kawan je. hahaha... kelakar bila ingat. 

banyak kenangan sebab kami kenal pun sebagai kawan. lepas tu baru cuba-cuba nak ada develop feeling tu. mencuba selama setahun, bertunang untuk tempoh setahun jugak dan kawin tahun berikutnya. banyak yang dah kami lalui bersama.

eh, nak cerita pasal baju je kan?! pesal melalut ke lain ni? hahaha... apa-apa je la.







my foot: walaupun dah lama, baju ni still elok dan still muat dengan saya ye. meaning? ngeeee....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ooo macam ni rupanya kisah perkenalan n percintaan..cewahhh..hihii

    sweet je :-)

    ReplyDelete
  2. alolo..sweet sgt! mesti cik abg terharu sb baju pemberian dia masih ada. =)

    ReplyDelete
  3. kenangan terindah... cewah!! :)

    ReplyDelete
  4. wahh sweetnya masih simpan lagi pemberian suami...saya dulu hubby bagi bunaa depan umah mak dia, mmg takde feeling2 tp ngapela aku simpan dalam diary ku smpi kering ehhehehehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign