Fresh from the owner...

12 January 2012

Apa kata suami?!



suami adalah orang yang paling dekat dengan kita. kiranya our second half la kan. tak tahu la pulak kalau ada yang anggap sebaliknya. yang tu mungkin ada masalah rumahtangga. or suaminya jenis yang tak boleh pakai. semalam, encik suami called. biasanya malam-malam dia tak call dah. waktu untuk dia tidur sebab penat kerja. tapi sebab tak boleh tidur and ada insiden yang tak best berlaku di petang hari  semalam tu, dia called.

dok sembang la macam-macam cerita. dulu, masa baru-baru kawin dan masa tu dah start duduk jauh-jauh, encik suami pernah pesan. kalau tengok dia tiba-tiba lain macam or berubah hati, bawak-bawak la berubat. jangan biarkan. katanya dia takut jugak di'apa-apa'kan orang. encik suami menurut rakan-rakan sekerjanya muka 'tak ada value'. boleh gitu? tapi ada je yang suka kat dia. aku pun tak faham.

dulu-dulu jugak ada orang yang sanggup jadik second wife dia. aku baca sms tu. dia yang bagi. dan ada perempuan yang percaya sangat kat dia walaupun baru kenal. siap nak tumpang balik lagi (masa tu encik suami nak balik Pekan dan rumah budak tu pulak dekat Muadzam). dah la encik suami tu balik malam. budak perempuan tu kata dia lebih percayakan encik suami daripada orang yang dia kenal dah lama ni. conpius la kejap aku ni.

encik suami kata kat tempat baru ni ada orang Indonesia yang selalu jugak usha dia. kata rakan-rakan dia budak tu macam sosial sikit dan dah ada boyfriend, chinese boy. menurut kata kawannya yang jugak warga Indonesia, berhati-hati je la. sebab orang-orang sana ada yang kuat 'memakai'. tu yang encik suami kata, dia takut jugak. kalau tiba-tiba dia berubah tu, cariklah ustaz mana-mana.

encik suami tak hensem pun. manis ada la. mulut dia pun manis jugak. pandai cakap dan menurun kat Kak Long. daripada sekolah lagi dia selalu je diusha orang. aku baca letters dan kad raya daripada kawan-kawan perempuan dia. macam-macam ada. hahaha... salah satu sebab dia tak suka perempuan dulu-dulu. tapi tersangkut pulak dengan aku. tak nak ada commitment tapi dengan aku boleh je. dah ada anak tiga pun.







my foot: minta dijauhkan la daripada dugaan-dugaan sebegitu. pesan encik suami pada aku, jangan pulak kalau tahu dia ada fair dengan orang lain aku kata: "Tak apalah. Dah dia nak suka orang lain nak buat macam mana!" carik ubat. bukan biarkan macam tu je. okay... saya ingat pesan tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. kena usaha dulu baru biaukan kalau tak menjadi... :)

    ReplyDelete
  2. blm ada suami..tp bf sy buat mcm ni.. menduakan sy, bkn mendua, tp mentiga.. br je dpt tau tembelang dia.. now, dh jd ex-bf..

    ReplyDelete
  3. mintak2 dijauhkanlah dr semua ni kan... jgnlah ada sampai org sggup "buat2" kan..

    ReplyDelete
  4. bgs jugak dier dh pesan g2... tringat arwah abah eB.. dh 'terkena'. apakan daya. hu3

    ReplyDelete
  5. TAKUT JUGA KLU JADI PERKARA MACAM TU... TAKPELAH SUAMI DAH PESAN KLU ADA YG LAIN DARI YG LAIN CEPAT2LAH BERUBAT

    ReplyDelete
  6. ha,kalau dia dah pesan siap2 takpe..xde la akak nk menyerah je kan =)

    ReplyDelete
  7. minta dijauhkan kak.. kadang2 benda nih sume memang menguji iman... kalau ada yang kene jangan dibiarkan kene bawak jumpa ustaz.... bahaya kan

    ReplyDelete
  8. samalah dgn suami gee pun...taklah hensem mana...tp mulut manis bak gula..bukan pandai mengayat sgt pun..tp jenis peramah...pelawak...ringan mulut...sbb tu org perempuan suke kot...dia plak jenis suke berkawan...senang perempuan nk salah anggap....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign