Fresh from the owner...

27 January 2012

Alhamdulillah. Demam tanpa ada yang meragam.


sekolah bercuti seminggu. nasib baik jugak sebab Kak Long demam hari Isnin. mula-mula selesema. daripada datangnya selesema aku pun tak tahu. mungkin dia terlebih main tengah panas kot. tak pun sibuk sangat ikut sepupu-sepupunya main apa entah. 

dia mintak izin nak main kat luar. biasanya aku tak bagi. tapi bila fikir-fikir dia tengah nak membesar dan explore everything, aku biarkan jugak dia main kat luar. cuma pesan jangan main kotor dan jangan main pasir. tapi ada masa tak dengar jugak. malam tu Kak Long demam. mujur jugak dia tidur je. bagi makan ubat, letak kain basah atas kepala dan dia tidur tanpa meragam.

Kak Ngah pun sama. berjangkit daripada Kak Long. bila Kak Long baik demam, Kak Ngah ambik alih. cuma Kak Ngah dia mengadu sakit kaki. bisa-bisa pad kakinya. macam aku biasa kena kalau demam. okay, ada jugak perangai ibu. selebihnya dia tidur. cuma bila batuk, dia akan muntah. dan itu perkara biasa jugak kalau dia orang selesema, batuk dan demam.

tapi dia orang ni ada persamaan. pagi esoknya pulak, bila tengok sepupu-sepupu dia orang main kat luar, dia orang nak ikut jugak. ayat yang Kak Long guna: "Kak Long janji, Kak Long tak demam dah!" aik... boleh main janji-janji ke nak demam dengan tak. kalau Kak Ngah: "Kak Ngah tak demam dah." boleh request-request gitu. hahaha... perangai budak-budak ni. tapi aku bagi jugak dia orang keluar sebab cuaca kat sini windy dan mendung.

alhamdulillah jugak. masing-masing demam sehari je. cuma selesema dengan batuk je la yang tinggal. dan sekarang Azfar pun kena selesema jugak. selagi sebilik, tidur sekatil dan sebantal... memang akan berjangkit-jangkit la tiga beradik ni. huhuhu... tapi yang paling tak bestnya, abang sepupu dia orang kena chicken pox. berjangkit dengan my BIL. adoiii... pening!!!








my foot: at least bila anakanak ni main kat luar, minda dia orang berkembang sikit daripada duduk dalam rumah terperap depan tv. huh! lagi sakit mata tengok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hihii.. kelakarlah kaklong ni.. janji xdemam plak..hehee

    a'aa betoi tu, main kt luar berkembang sikit... cam alisha ni kita lah yg nk kne teman dia main kt luar... dah besar cm kaklong.. main dgn kwn2 la plak ;-)

    ReplyDelete
  2. Comel je janji mcm tu.. hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign