Fresh from the owner...

02 January 2012

Ini hari kami ye!!!



aku ada kata yang encik suami lupakan sesuatu kan? hehehe… sampai ke pagi nak daftar kak long tu, encik suami tetap relax macam biasa je. aku senyum-senyum je la sampai dia tanya kenapa senyum. lama jugak aku biarkan dia tak ada jawapan. last-last aku cakap: “Lupa sesuatu ek?” kemudian dia balas: “La… hari ni birthday Ayang. Tahu tak kenapa honey tak nak tidur? Tapi mengantuk sangat. Tahu sebab apa honey nak keluar semalam?” aku kata mana aku tahu. dia cakap: “Sebab nak pergi beli kek. Honey siap ambik cuti sebab nak celebrate birthday dengan Ayang.” dan kemudian dia cakap kat anak-anak: “Hari ni birthday ibu. Nanti kita pergi beli kek.” 

ini tahun kedua dia tertidur masa nak wish birthday kat aku. tahun lepas macam tu jugak. dia siap tandakan jam tapi tak tersedar. aku tak ada la kisah sangat sebab kami tak celebrate pun sebenarnya. just beli kek dan ambik pics je. lepas tu makan kek tu je. dan aku tahu dia penat sangat drive. hari sebelum balik pahang, dia kerja sampai malam. balik rumah layan anak-anak pergi sana-sini. esok pagi pun sama. bawak anak-anak jalan lagi. lepas tu baru balik dan dia drive seorang. aku nak drive dia tak bagi. 

kek tahun lepas. tiramisu coffe.


kesian sangat kat dia pun. lepas daftar Kak Long, pergi beli kek. biasa pun dia tak pernah beli kek untuk surprisekan aku. jadik dia nak aku pilih kek ikut citarasa aku sendiri. dia takut kalau beli aku tak berapa suka. tapi aku boleh je belikan kek untuk surprisekan dia sebab dia tak makan sangat kek. end up aku akan makan bagi pihak dia. muahaha… tapi masa bawak anak-anak , anak-anak la terlebih memilih. tapi aku cakap dengan Kak Long bulan 2 la aku belikan. birthday dia kan bulan 2. tapi just kami-kami je la ada sebab abah kerja. 

dan ini jugak tahun kedua aku beli kek dengan tulis nama kami sama-sama. tahun lepas dia tak ada masa birthday aku dan dia balik rumah pun hari birthday dia. so, aku siapkan kek untuk celebrate sama-sama la. tahun ni pulak time birthday dia, dia kat Johor. kira celebrate awal la. sebab beza tarikh pun cuma dua hari je. membazir je beli kek hari yang berbeza. baik sekali harungkan. betul tak? hehehe… 


kek tahun ni. chocolate moist.

action je lebih. ngeee...





my foot: to my sweet HONEY BUNNY… Happy Birthday!!! masih bernafas dan masih boleh menyambutnya bersama. alhamdulillah…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Selamat Hari Lahir...semuga kekal bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  2. happy bsday ya... {nk panggil apa ya? anisalya tu gabungan nama anak kan? hehe}

    semoga berbahagiaa, sihat dan ceria selalu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign