✿ Rumah SalYa ✿: 2012

Fresh from the owner...

31 December 2012

Esok ada orientasi.


hari ni hari last untuk tahun 2012. dah setahun. dan setahun jugak dah berlalu. apa yang kita raih untuk tahun 2012? rasa macam sekejap je masa berlalu kan? Alya tahun ni sekolah Pasti. lepas tu pindah Johor. dah dua tiga bulan dah kat sini. masih dalam proses sesuaikan diri. jiran-jiran okay je la. jiran sebelah kiri la yang paling okay dengan aku kot. Ustazah sekolah menengah. dia pun ada cakap, kalau ada masalah dan dia ada kat rumah, call je la bagitahu. sebabnya dia akdang-kadang balik ke rumah dia yang satu lagi. dah 10 tahun dia duduk rumah lama tu sebelum beli rumah baru ni. kalau rumah lama tu atas nama husben dia. rumah baru ni atas nama dia. eh, cerita pasal jiran pulak!!!


esok, budak dua beradik ni akan ada orientasi. tadika je pun. tapi cikgu-cikgu nak dia orang kenal-kenal. tak ada la yang menjerit sakan pulak nanti. Anis nanti kira first time la. kalau Alya dah pernah sekolah, sekarang ni dia kena tengok-tengokkan adik dia tu. kalau sekelas senang. tapi kalau tak sekelas tu la payah sikit. tapi Anis ni jenis mudah berkawan dengan orang. insyaAllah... rasanya dia akan okay-okay je.

kalau sebelum ni kat PASTI kelas start pukul 8.30 pagi dan habis pukul 12.30 sebab Alya ada ambik Qiraati. kalau tak, balik pukul 11.30 pagi la. tapi tadika baru ni start kelas pukul 7.45 pagi. dah macam sekolah betul dah. dan balik pukul 11.40 pagi kot kalau tak silap. bekal kena bawak sendiri. so, kena cari menu untuk seminggu la lepas ni. senang nak bekalkan dia orang makan. Anis suka mee. hari-hari mee pun tak apa.

tadika dia orang berdekatan dengan sekolah rendah. mesti sibuk pagi-pagi kan? adehhh... dah la aku yang kena hantar. macam leceh je sikit. muahaha... actually ada van. cikgu pun dah tanya hari tu nak guna perkhidmatan van ke. tapi abahnya kata hantar sendiri la. kalau hantar dengan motor, boleh ambik jalan shortcut. tapi kalau dengan kereta kena pusing jauh sikit. tak ada la jauh sangat pun. saja je aku ni. (*_*)

kat taman ni banyak tadika. dekat-dekat je. yang kita orang nak pilih hari tu pun dekat dengan taman jugak tapi katanya dah penuh. dia orang sampai buat dua sesi. bila dapat pamplet tadika ni, rasa macam worth it je. ada komputer lagi. dia orang boleh belajar komputer jugak. apa-apa pun, tak sabar nak tengok dia orang mulakan persekolahan esok yang bermaksud... anak-anak aku yang dua orang ni dah besar rupanya. tinggal la Azfar tak ada teman. ada pun aku je la dengan abah dia. hmmm...



Anyone or Annie Wan? (^_^)







my foot: pernah baca tentang ni tapi dah lupa kat mana. copy paste untuk gelak sorang-sorang time stress. hehehe...



30 December 2012

Kayu mana yang ada keramat?


hehehe... sebenarnya nak bercerita pasal kayu keramat? apa benda pulak la kayu keramat ni? kat Terengganu fames la kayu keramat ni. kat Pahang pun sama sebab aku pun panggil kayu keramat jugak. ada yang panggil lempung kot kalau tak silap aku. 

kayu keramat yang tak berapa nak keramat.


ini hasil yang dah dua tiga kali buat. husben la kata nak makan kayu keramat. tapi kat sini tak ada. alahai... isteri jugak la yang kena gigih google untuk cari resepi kayu keramat yang agak-agak senang dan sedap. husben dah pernah buat sendiri sebelum. tak ada la dia buat sendiri pun. dia isikan bahan dan yang mengulinya tu aku la jugak. hahaha...

lepas tu dia tak ingat dah macam mana nak buat. aku la yang kena cari kan. dah dia nak makan tak sampai hati pulak tak tunaikan. makanya, lepas cari dan rasa macam senang dan okay je, bermulalah episod menguli kayu keramat. tak ada la susah sangat pun. tapi husben ada cakap nak kulitnya nipis macam kat kampung. adehhh... balik nanti tanya orang tu macam mana dia buat, boleh? (*_*)

Bahan-bahan:-

500g tepung
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
300ml air suam
sedikit perisa pandan

Cara-cara:-
1. tepung, soda dengan marjerin kasi gaul dan sebatikan.
2. mauripan dengan garam disatukan dalam air suam. bagi kemabng kejap.
3. balance air suam tu bancuh la gula.
lepas tu uli la adunan. selang-selikan air mauripan dengan air gula. kalau lembik tambah tepung. begitulah sebaliknya.
4. uli la selama mana yang nak. agak-agak dah okay boleh rehatkan doh tu sejam. kasi dia kembang dan naik dulu. kadang-kadang aku tak tunggu pun sejam. hehehe...
5. buat la bentuk apa pun. janji boleh digoreng dan makan. goreng atas api sederhana. kuat sangat apinya rentung pulak kayu keramat tu.
6. dah tukar kaler golden brown, boleh la angkat.

sambal ikan bilis yang super pedas.


alhamdulillah... husben suka. anak-anak pun sama. cuma semalam, aku buat sos coklat. untuk budak-budak ni cicah. mak dengan abahnya makan cicah sambal ikan bilis. sedap tu. ada air kopi dan makan time hujan. memang heaven. alah... apa pun makanan time hujan ni memang sedap je semuanya kan?

kali ni buat kayu keramat dah tak ada sukat-sukat macam kali pertama dulu. hentam je ikut suka. especially tepung tu la. hahaha...




my foot: masih dalam misi membalas jejak. huhuhu...

27 December 2012

Allah lebih tahu...

sesungguhnya perjalanan hidup ni kita tahu bermula sejak dari dalam kandungan ibu kita lagi. tapi kita tidak tahu di mana ia akan berakhir dan jugak kita tak tahu sepanjang hidup ni apa yang akan kita tempuhi dan ujian serta dugaan macam manalah yang bakal menanti. tapi kita harus percaya yang Allah sudah tentukan segala-galanya. kita merancang tapi bukan kita yang menentukan. itu hakikat yang pasti kan?

mukadimah boleh tahan tu. hahaha... sebenarnya ada sesuatu yang terjadi pada keluarga kecil kami. sesuatu yang memerlukan kami menyediakan kewangan yang agak besar sebenarnya. kata husben dia akan cari jalan untuk selesaikan. sekolah tinggal beberapa hari je lagi nak buka. aku ada bagi cadangan. pada aku kalau terlalu susah pada dia, abaikanlah yang itu. kita cari alternatif paling mudah dan terbaik.

sudahnya, malam tadi dapat berita yang menyenangkan hati. buat masa ni kewangan yang banyak boleh ditangguh dulu.  duit boleh cari sikit-sikit. tak apa. Allah lebih tahu. kita reda dan tawakal, insyaAllah dia pasti akan beri kita jalan keluar. yakin denganNYA sentiasa.

terima kasih Ya Allah atas bantuanMU!!!








my foot: Kerry dah kena naik laut pulak sabtu ni. kalau laut still bergelora, bos suruh standby je. laut tenang, terus naik laut untuk setup projek dia tu. see ya in 3 months. dia pun dah rindu sangat dengan laut. bosan dudk ofis katanya. ngeh3...



Bukan Macau aka Macao di China.


hahaha... susulan entri wordless semalam. ada yang bertanya adakah kami bercuti-cuti di Macau? seronok bercuti-cuti? sebenarnya kami berada di dalam negara je. berjalan-jalan kat zoo hari khamis sebab my SIL cuti. aku ada tulis pasal tu sebelum ni. entrinya di SINI.

Macau aka Macaw yang aku maksudkan adalah burung berwarna kuning biru tu. aku tahu nama dia Macau or Macaw pun lepas tengok cerita Go, Diego Go! bagus cerita kartun ni sebab dia kenalkan kita dengan haiwan yang kadang-kadang kita ingat burung kakak tua tapi sebenarnya nama dia lain. macam burung dua ekor ni la. besar. kami termissed session dengan burung-burung ni. tapi dia orang akan buka semula jam 2. takkan nak tunggu sedangkan masa tu pun dah pukul 1. panas. itu pun tak semua tempat kami pergi. husben kata nanti datang pagi sikit la.

 bayaran masuk untuk zoo ni pun murah je. RM2.20 kalau tak silap aku. budak-budak 2 tahun ke atas RM1 je. Azfar masuk kalau ikutkan free tapi SIL aku tak baca signboard kat depan dia tu terus je dia bayar. my friend kata ada gajah tapi time tu gajah dia orang hantar training. SIL aku la sibuk sangat nak tengok gajah. dan burung ni pulak, kami jumpa dia orang dengan trainers dia orang masa on the way nak balik. kami nak berjalan keluar dan dia orang nak bawak burung-burung ni mandi.

alang-alang tu ambik peluang untuk bergambar la. trainers dia la yang letak burung ni kat tangan. sebelum tu ada kain hitam alas untuk elak kuku burung tu cengkam lebih dalam. burung yang aku pegang ni nama dia BOB. aku dengar trainers dia panggil sebab yang pada aku ni dok berjalan-jalan je. trainers dia orang bagi makan kuaci. cantik burung ni. ada banyak jenis. ada yang kaler merah, kuning, biru. tapi dalam cage la yang tu. masa trainers tu tanya siapa nak pegang, aku panggillah husben aku sebab ingatkan dia nak bagi seekor je. SIL aku awal-awal lagi dah tolak. ceh, penakut!!! 

next time pergi boleh bergambar dengan haiwan lain pulak. meraikan anak-anak. dia orang seronok, kami as  parents pun tumpang seronok jugak.

original photo. yang atas tu aku dah edit. hehehe...






my foot: tak sempat nak balas jejak sangat sebab line dah sibuk dengan budak-budak ni nak sekolah plus abah dengan anak-anak pun dalam proses recovery. lepas ni insyaAllah... blas jejak kamu dan kamu. sayang kamu dan kamu juga ye!!!



Suamiku...



ini pulak komen daripada sepupu husben:-






my foot: semua ini di FB. semoga kita sama-sama menjadi pasangan yang terbaik. amin!!!



26 December 2012

~ WW #55 ~ Kami dan Macau.






my foot: Khamis lepas ke zoo. makcik dia orang bawak.



25 December 2012

Shopping oh shopping!!!

nak update panjang-panjang pun malas. daripada semalam line sangat teruk. online dan connected tapi tetap tak connected jugak broadband ni. hah, macam mana tu?! pagi ni pun sama jugak. leceh la. mungkin sebab certain negeri dah banjir, makanya line pun jadi sengal jugak la. adehhh...

yuran sekolah anak-anak dah siap bayar. buku dah dapat. uniform pun sama. hari ni basuh. esok kalau cuaca cantik boleh la sidai kasi kering. dua pasang uniform sekolah dan free uniform sukan. itu termasuk dalam promosi dengan syarat bayar RM200 sebelum November berakhir. semua barang tu kita dapat lepas bayar penuh la. macam biasa. hehehe...

settle sekolah, pergi shopping barang-barang sekolah pulak. beg segala la.memusing cari kasut Anis. tak ada yang size kecik. ada pun tinggal yang display je. lagi leceh. nasib baik la pergi satu kedai tu dan dia suggest kasut jenis lain tapi kecik punya. brand pallas. aku pakai pallas pun masa form-form. sekolah rendah pakai bata je. anak-anak zaman sekarang punya kasut. boleh tahan.

cerita sikit je la dulu. line ni bila-bila je boleh putus sendiri. tension mak ni tau. sekarang ni dah musim tengkujuh. banyak tempat dah banjir. ayah aku called bagitahu kat Pekan dah start hujan je. memang first day sekolah dalam hujan la agaknya. apa pun, aku suka jugak musim tengkujuh. banyak kenangan. semua musim aku suka daa... eh, Malaysia banyak musim ke?! thihehehe...



24 December 2012

Tiba-tiba demam pulak.

nak ambik pic dengan burung ni kena bayar RM5 tahu.


ingat nak buat entri ni hari jumaat or sabtu. tak pun ahad. tapi budak-budak ni demam bergilir-gilir pulak. on dan off. berjangkit daripada abah dia orang la siapa lagi. hari khamis lepas, kami sefamily including SIL dengan mom-in-law dia ke zoo. my SIL la nak bawak sanagt sebab dia off dua hari. husben dia kerja. jadi dia bosan. tu yang dia called nak ajak jalan-jalan tu. dia datang rumah pun dah nak tengahari. ke zoo time panas. salah satu sebab budak-budak ni demam, panas kot.

mom-in-law SIL ni aku panggil 'mak'. dia pun bahasakan diri dia nenek dengan anak-anak aku. kebetulan dia duduk dengan SIL dan anak dia yang bongsu (dua beradik je pun), jadinya bila si anak menantu kerja, dia sorang-sorang kat rumah. anak sulung dia kerja kat arab saudi. cucu pun tak selalu datang melawat. sepasang cucunya. dia kata dia pun menumpang kasih dengan cucu orang lain. hahaha... tak apalah mak. saya pun tumpang kasih dengan mak jugak selain daripada MIL.

malam tu tidur kat rumah mak sebab Alya dah tunjuk tanda nak demam. lagipun SIL aku la yang ajak tidur sana. boleh jalan-jalan kononnya. tapi dengan Alya yang demam, tak ada maknalah berjalan-jalan kan? just beli barang-barang makanan untuk budak-budak bertiga tu including aiskrim ubat sakit tekak dia orang. SIL aku tu doc. jadinya bila budak-budak ni demam, doc dah ada kat rumah. hehehe... dia la yang checked bebudak ni. checked kat rumah je pun. tapi yang buat aku pening dengan SIL aku ni, dia suka menyakat dan mengusik. sekarang dia jaga wad kanak-kanak. aku rasa trauma budak-budak kat situ dapat doktor macam dia. muahaha...

kalau tengok biras aku aka husben my SIL, kerjanya 24 jam senyum je. adehhh... penat aku tengok dia senyum. anak-anak aku kunci pintu sliding tak bagi dia masuk pun dia senyum je. macam mana tu? aku cakap dengan husben, orang yang senyum je ni la bahaya kalau dia marah. tak tahu macam mana situasinya kan sebab memanjang je senyum. orang dah biasa marah ni kita tahu dah tahap kemarahan dia macam mana.


pic daripada FB my SIL. senyum je kan?


aku tak berinternet sangat dekat rumah mak. line celcom kat sana sangat teruk. aku on guna broadband macam hampeh. seksa nak bolehkan line tu ada. kalau ada pun satu bar je. mana cukup. cuma boleh bw tanpa komen la kan. dua hari jugak kat rumah mak. mak memang suka sebab ada cucu dia nak layan. apa cucu nak dia nak bagi. budak-budak ni pun suka jugak la. sabtu baru balik rumah. husben aku kan apply cuti. makanya balik rumah memang tak sempat nak buat apa-apa. dah budak-budak ni demam. abahnya pun sama jugak tak sihat. nak mengemas macam mana. adoiii la...

budak-budak ni baru je okay demam tapi dah demam semula kan? memang pun. abah dia orang dah cakap. rapat-rapat sangat nanti demam. aku nak buat macam mana lagi. budak-budak ni bukan boleh dihalang. kalau dia nak abah, abah jugaklah kena bagi. huhuhu... dan setakat hari ni Azfar dengan Anis dah okay sikit. Alya belum. hopefully dia orang ni okay-okay je la. insyaAllah...



10 years ago and now...




muahaha... (*_*)




22 December 2012

SEGMEN : Free Doodle To Me!

nak join klik SINI.


entah sempat atau tak jadik 100 orag terawal. tapi saja je nak join. nak meriahkan segmen kawan-kawan. kalau kamu dan kamu sempat join, join la ye. tak rugi pun. hehehe...

Nickname: salya07
kaler: merah




21 December 2012

Educational toys for kids.

STICKY MICKEY 


nak buat promosi sikit la. pada sesiapa yang ada anak-anak ke anak-anak buah or nak bagi birthday gift kat budak-budak kecik boleh la bagi benda alah ni. aku rasa sangat berbaloi sebab budak-budak suka benda-benda macam ni. sambil dia orang main, parents boleh tunjuk ajar jugak. playing and learning at the same time la. kadang-kadang kita tak tahu nak beli apa. ini la solutionnya. barang apa? jom tengok...

20 December 2012

Susulan wordless semalam.


susulan pic ni semalam. memang sahih la kamu dan kamu tak dapat teka apa kan? tajuk pun entah apa-apa. hahaha... ni tak ada kes tanam benda tak hidup. alkisahnya husben aku ada beli buah mata kucing. dua tiga daripada bijinya dia campak ke sini. nanti-nanti tempat ni nak disimen. ada batang paip kat situ. yang mana masa aku mula-mula datang, bukan main bersemak-samun lagi. husben kata jaga-jaga sebab ada batang paip. tersilap cangkul, pecah tak ada air pulak nanti. nasib baik la aku cangkul tak kuat. kalau tak memang pecah. hehehe... itu bukan kisahnya.

bila husben kata biji buah mata kucing tu dah bertunas, aku tak perasan langsung. disebabkan nak buang rumput-rumput tu, aku ikut la satu petua ni. tuang air panas, dan rumput rampai tu akan mati sebab akar dia dah kena air panas kan. husben kata biji yang bertunas tu ada dekat dengan gate, aku pun bagitahu la yang aku dah simbah area tu dengan air panas. sebab nak matikan rumput rampai tu la. dia pun pergi tengok. dia cakap, alhamdulillah... hidup lagi. lepas ni jangan tuang air panas lagi la.

eh, petua tu tak berkesan ke? memang berkesan petua tu. tuang air panas, dua tiga hari dah boleh tengok rumput-rumput tu kekuningan. dan nak mati la tu. tapi husben kata, bukan hak kita nak simbah sesama makhluk dengan air panas. tu semua hak Allah. dia kata rumput-rumput tu sentiasa berzikir kepada Allah. tengah berzikir, tiba-tiba kena simbah dengan air panas. rumput-rumput tu akan tanya: "Api nerakakah?" kalau tak nak rumput-rumput tu tumbuh, cabut. tak pun guna racun. tapi jangan sesekali simbah dengan air panas. even semut api yang merah tu pun dia tak bagi tuangkan air panas. spray je dengan penyembur lipas ke apa ke.

okay... noted!!! lepas ni tak buat lagi. memang tak buat lagi pun dah. sekarang ni kalau ada bahagian yang tak terkena air panas tu tumbuh je rumput-rumput tu, aku cabut je. aisey... dah tersilap la tuang air panas. itu je kisahnya. (^_^) kesian pulak kat rumput-rumput tu. dan semalam jugak dapat tahu Kerry tak jadi nak set up pelantar kat laut. bosnya tak approved dia ke sana. hahaha... dia kena sambung projek dia kat sini. Ahad ni dia balik dan dengan itu, aku sefamily pun tak jadik jugak balik kampung. adehhh... kata husben: "Kita rancang lain tapi perancangan Allah tu lebih hebat lagi. Ada la sebab kenapa kita tak jadi balik kampung." 

okay jugak. menerima dengan hati terbuka. dan aku dengan husben memang gelak la bila dapat tahu Kerry tak jadi naik laut. sebabnya dia dah packing barang-barang dia bukan main banyak lagi dan bawak balik ke rumah MIL. pesan dia pada anak-anak buah dia yang bertiga ni, jumpa lagi tiga bulan. tapi dia ada cakap jugak entah-entah tak sampai sebulan. last-last bukan tak sampai sebulan, seminggu pun tak sampai. kesian Kerry. ngeee.. perancangan yang DIA dah tentukan kan?!



19 December 2012

FM dan softbook.

ada yang komen pic tak keluar tapi bila aku loading sendiri okay je. tapi tak apa. untuk yang nak tengok FM ABC dan jugak 123 serta softbook, aku tepek lagi sekali kat sini ye. tak boleh tengok jugak nanti bagitahu la. aku bagi link FB pulak. sekarang ni aku tengah nak try satu produk. apa pun aku nak test dengan husben dulu. kalau dia tak kalah dengan produk ni insyaAllah, aku akan share kat sini nanti. harga boleh tahan. tapi aku nak try dulu la. mana tahu serasi kan. okay la... layan pics dulu.








ini sebahagian daripada softbooks yang ada. kalau berminat nak beli untuk anak-anak boleh la sms, drop komen or email. semua harga dah termasuk harga pos. untuk fridge magnet tu RM 25 untuk kesemua alphabet daripada A to Z. sama jugak la dengan 123 tu. softbook ni RM35 satu. boleh cuci dan macam bantal. sesuai sanag la aklau nak abgi anak-anak as a birthday present ke, untuk menanam minat membaca.

baru nak berjinak-jinak meniaga. mana la tahu ada rezeki kat sini kan. (^_^)



~ WW #54 ~ Panas!!!





my foot: ada apa dengan pic ini? nanti cerita. nak teka pun boleh tapi aku yakin ramai tak tahu nak teka apa kan? hehehe...



Petua anak pintar.





my foot: petua untuk dikongsi bersama.



18 December 2012

Nak balik kampung.

line sangat lembab. nak BW pun susah. adeh... loading sikit punya la lama. awal-awal pagi tadi okay je. sekarang ni macam hampeh. Kerry dah balik untuk set up projek dia kat laut. katanya mungkin makan masa tiga bulan. tapi tak tentu jygak sebab projek tu mungkin boleh siap awal. makanya, kalau siap awal dia akan balik ke sini awal la. tapi kalau ikitkan, dia dipinjamkan kat Johor ni sampai tahun depan je. sampai bulan 6 kot tak silap aku.

husben pulak balik kerja awal hari ni. sebab penat. badan dah tak larat katanya. kalau ikutkan dia nak ambik EL tapi GA da kata tak elok ambik EL sekarang. effect banyak benda. jadi dia ambik cuti 24 dan 26 Disember ni. nak beli persiapan sekolah anak-anak yang berdua tu lagi. tudung nak kena cari memandangkan sekolah tak sediakan tudung. sama ada kuning atau maroon. tapi aku plan marron untuk dia pakai dengan uniform sekolah dan kuning kalau pakai baju sukan. dah survey tapi tak jumpa. masa aku balik kampung hari tu ada nampak tapi tak beli. kononnya nanti boleh cari.

disebabkan dia ambik cuti, husben ajak aku balik kampung. ingatkan hari tu nak tumpang Kerry je sebab dia kata nak balik hari Khamis. tapi bila tanya dia kata nak naik bas je. penat nak drive. tapi nak balik rabu malam. tiba-tiba semalam cakap kena balik on the spot sebab nak naik laut rabu kot. eh, kalau dia naik rabu siapa nak hantar wife dia ke airport?! huhuhu... so husben kata sabtu ni balik kampung la. nanti bila sekolah dah start susah lagi dah nak balik. sekarang ni time anak-anak tak sekolah okay je lagi balik. tambahan pulak sekarang ni kan ke musim cuti sekolah dengan musim buah. ayah aku dok tanay je bila nak balik. aisey...

since dia cuti lama dan nak balik pulak hari sabtu, aku suggest balik jugak la rumah MIL. dua hari kat sana dan dua hari lagi kat rumah ayah aku. tapi dia kata penat. rumah MIL jauh. eleh... kalau dia nak tu boleh aje.  tapi ye la... dia tak berapa nak sihat lagi. penat la nak jalan jauh-jauh kan. aku on je. nak balik boleh, tak balik pun boleh jugak. ikut dia la. nak aku drive pun boleh. tapi yang akan jadi masalah pada anak-anak la. pada Azfar sebab dia walau macam mana anak abah pun tetap nak aku jugak kalau dalam kereta. macam mana tu?

jadinya sepanajng minggu ni husben akan kerja jugak la. dia ada text aku semalam lepas dia sampai tempat kerja. katanya ada penunggang motorsikal eksiden. mayat polis dah tutup dengan suratkhabar. tak tahu eksiden dengan apa tapi highway Pasir Gudang memang selalu sangat eksiden. tambahan pulak petang semalam pun hujan. memang ajal maut tu di tangan Allah dan kita pun tak tahu bila ajal kita kan?! husben ada cakap yang dia adang-kadang rasa takut jugak. ye la... mana tahu pergi kerja dengan senyum tapi tiba-tiba aku dapat call sebaliknya. dia kata doakanlah yang terbaik untuk dia. in shaa Allah. doa tu sentiasa ada untuk dia dan keselamatannya.

kesimpulannya, hari sabtu ni aku mungkin balik kampung. yippeee... nak basuh baju dan nak bagi lappy ni rehat dulu. kejap lagi sambung BW. ngeee...



6 minit untuk solat.







my foot: sekejap je kan? tapi jangan pulak buat dalam keadaan tergesa-gesa ye.



17 December 2012

Bukan tak ada mood.

husbennya nak kata dah baik demam, dah makin baik sikit kot. alhamdulillah. cuma dia kurang larat la. tak berapa nak ada tenaga. ramai yang bagi advice suruh aku pujuk husben dan mintak dia ke klinik kan? actually, dia dah pergi pun. hari Jumaat malam tu jugak sebab nak ambik MC. nak pergi pakar jauh sangat daripada sini. so, ke klinik biasa je la dulu. asalnya dia nak ambik EL je. tapi macam membazir pulak kalau ambik EL, jadinya dia ke klinik la untuk ambik MC lagi. doc cakap biasa la kalau mata merah dengan senak yang amat tu. panas badan keluar. tapinya sampai ke saat aku taip entri ni, merah matanya tu still ada. cuma sakitnya tu tak macam hari pertama kena. tapi tetap sakit la.

husben kata: "Jangan risau sangat la. Semua tu hak Allah. Kalau sebelum ni dia dah ambik mata Honey sebelah. Dia bagi pulak ujian berat dengan sakit ni. Setakat sakit senak mata ni apalah sangat. Cuma Honey risau nak tinggalkan Ayang dengan anak-anak yang masih kecik ni. Kalau boleh dia orang dah kerja baru senang hati nak tinggalkan." apa kesan kata-kata dia pada aku? T_T tak tau nak cakap apa la. macam-macam rasa ada. dan untuk dua hari dia demam tu, aku la ke kedai cari bahan nak masak. dia dah tak larat. biasanya dia je belikan. aku order je.

dan anak-anak pulak suka sangat duduk dekat dia. tak boleh berenggang. dah banyak kali dia pesan jangan rapat sangat dengan dia pun anak-anak tak dengar cakap jugak. sudahnya, Azfar kena selesema dan Anis macam nak demam je. adehhh... dan husben katanya nak pergi kerja petang ni tapi tak tahulah. macam manalah aku nak bagi dengan keadaan dia yang macam tu ye? tempat kerjanya pulak ambik masa lebih kurang sejam daripada sini. dah la sekarang ni dok hujan je petang-petang. Kerry pulak dah nak naik laut. hari ni jugak kena balik katanya. dan kemungkinan besar dah tak datang lagi kat sini. kalau datang pun ambik barang-barang dia yang tak boleh nak bawak balik tu la.

kata husben, dia nak hantar surat MC je. nanti dia nak mintak EL untuk selasa, rabu dan khamis. nak rehat betul-betul katanya. dia dah lama tak sakit tapi bila dah start sakit, ambik masa pulak la nak baik semula. apa pun... doakanlah dia dan anak-anak aku cepat sembuh ye. nak layan Azfar yang makin manja ni kejap.



15 December 2012

Anak yatim.

Cikgu Nuar: Aini, bangun!!! Jawab soalan cikgu. Ayat manakah yang berikut adalah betul?

A- Anak yatim itu dipukul oleh ayahnya.

B- Anak yatim itu dipukulkan ayahnya.

C- Anak yatim itu pukul ayahnya.

D- Anak yatim itu ayahnya dipukul.

Aini: Mestilah jawapan yang betul adalah A cikgu!!

Cikgu Nuar: Salah!!! Berdiri atas kerusi sekarang.

Aini: Kenapa salah pulak cikgu? Betullah saya jawab.

Cikgu Nuar: Mana ada yang betul. Semua salah. Anak yatim mana ada ayah!!!

Aini: -_- ...............(hampeh punye cikgu).






my foot: muahaha... cikgu yang sengal tahap gaban!!!



14 December 2012

Sakit atau senak mata?

by the time aku tengah taip ni, semua anggota keluarga aku yang kecik ni tengah tidur. ada yang baru je pejam mata. ada yang memaksa diri untuk tidur dan akhirnya tertidur jugak. hahaha... aku jugak yang tak boleh nak tidur-tidur. memikir nak buat apa la lepas ni. pagit adi aku bercerita pasal baby besar aku yang demam tu kan? kali ni pun nak bercerita pasal dia jugak.

alkisahnya, disebabkan hari ni hari jumaat (tarikh pun cantik ikut bulan Islam. Safar 1/2/34) dan lori sampah akan datang bila-bila masa je, husben cakap kat aku mintak buangkan sampah. aku pulak mintak tolong dia. adehhh... mintak tolong orang demam pulak buang sampah. tapi dia bangun jugak memandangkan aku tengah breastfeed si Azfar. nak dijadikan cerita, secara tiba-tiba dia kata mata dia senak. sakit kat dalam kepala.

dan secara auto jugak aku terpandangkan mata sebelah kiri dia. merah menyala. kalau tak, biasa je. lepas dia cakap macam tu, matanya memang merah. takut pulak aku tengok. mungkin sebab stress kot. dia selalu je senak kat dalam kepala. macam mata kena cungkil katanya. especially mata kanan. dah operate banyak kali tapi masih tinggalkan kesan sampai sekarang. tiba-tiba je boleh jadi senak. disebabkan mata kanan dah boleh dikategorikan rosak (sebab kabur dan dia eyesight tu cuma 6/60 je. memang out walaupun tak buta), dia bergantung harap pada mata kiri sepenuhnya. tapi stress pada mata kiri la lama-lama sebab sebelah tu je yang berfungsi dengan baik.

ini first time la mata dia yang elok tu kena macam ni. selaku orang yang suka duka berada kat sisi dia, of course la aku risau kan. nak tengok mata dai pun aku takut. apatah lagi kalau dia suruh picit kepala. aisey... aku tak berani nak picit-picit ni. takut tersalah picit lain pulak jadinya. macam kes pakcik sorang tu. dia ada darah beku kat kepala diakibatkan oleh eksiden. tapi tak ada orang tahu. satu ketika bila dia sakit kepala, dia minta anak dia picit dan akibatnya dia meninggal sebelah picitan tu menyebabkan darah tu pecah macam tu la. aku pun dah lupa sangat ceritanya. husben aku la cerita pasal pakcik ni. pakcik tu meninggal. semua tu penyebab je. aku tahu. 


husben pun ada cakap, setiap ketentuan tu kena terima dengan reda. jaga diri, jangan makan hati
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. alamak... lagu Black la pulak. aku selalu cakap dengan diri sendiri, kena terima kalau apa pun jadi sebab dia sakit kan. tapi dalam pada tu hati reject jugak. adehhh... bukan senang tapi kalau tak selalu ingatkan diri takut nanti lagi susah nak terima bila jadi. cumanya selalu terfikir macam mana hidup aku tanpa dia? tak boleh nak bayangkan. sebenarnya, malas nak bayangkan sebab the heart and the mind reject benda alah tu awal-awal.

kenapa tak pergi hospital check mata dia? pakar je boleh check. tapi pakar tu pun tak berapa nak pakar jugak. husben kata tak payah tahu la. bila dah start tahu, macam-macam benda boleh jadi. macam sebelum ni dai tak makan ubat bagai tapi kondisi dia okay je. bila dah check, mula la rasa lemah la, itu tak kena ini tak kena. cukuplah dia tahu keadaan diri dia macam mana. kadang-kadang mind kita macam tu kan. masa tak tahu okay je. bila dah tahu mula la sakit sana sini. aisey... dalam hati tetap risau walaupun luaran nampak macam tak ada apa-apa je. T_T



Baby besar demam.

semalam tak online sangat pun. bukak blog kejap-kejap je. tak sempat nak BW. just tengok-tengok macam tu je. semalam dok melayan baby besar demam. macam-maam yang dia nak makan. layankan saja la. sekarang ni petang-petang je hujan. lebat kemain pulak tu. memang tak boleh nak ke mana-mana la. pagi pulak mendung. tapi semalam tengahari dah hujan dan membawa ke pagi ni. masa aku tengah taip ni hujan baru je berhenti.

husben and my dad. kat seksyen 7, Shah Alam. singgah makan lepas habis konvo.


baby sebelah kiri tu la yang demam. alkisahnya, selasa petang tu dia pergi kerja macam biasa. tapi petang tu jugak hujan memang lebat. sebabnya hujan baru turun around 5.10 petang macam tu la. dia nak pergi kerja 5.40 petang. makanya, dia keluar jugak la dalam keadaan hujan lebat tu. walaupun pakai baju hujan tapi still basah. dia dah sampai kilang dia cakap tadi solat dengan punggung basah. aku tanya la memang kalau pakai baju hujan memang tetap basah ke? dia cakap basah jugak tapi disebabkan hari ni hujan lebat sampai tak nampak jalan, lagi basah la.

baby besar aku ni pulak manja sikit. tak boleh kena hujan sangat. kalau kena hujan, dia balik terus kena mandi. sini kan hujan asid. hujan kilang. hahaha... kilang banyak jadi udaranya dan environmentnya tak sama macam kat kampung. dah sampai kilang nak mandi macam mana? kena teruskan kerja jugak la tapi tak ada la dia pakai baju basah kerja kan. kat sana ada uniform. kilang Jepun. uniform tak boleh pakai dari rumah macam kerja kilang lain. dah la nak masuk ke dalam tu strict gila. dekat port memang tak boleh masuk sewenang-wenangnya. even pekerja sendiri pun. adehhh...

esoknya balik, dia cakap badan dia rasa macam nak demam. tekak dah sakit-sakit. manja kan? tidur je la kerjanya. bangun makan. lepas tu sambung tidur. lepas tu mengadu sejuk. dan lepas-lepas tu memang badannya memang panas. nak bangun tak larat. berselimut je. tambahan pulak hujan. lagi la. ke klinik, dapat la mc untuk dua hari. dan baby besar aku ni pulak kalau dah demam, mula la nak makan macam-macam walaupun makan tak rasa apa. sup pun dia kata tak ada rasa. tawar.  biasa la orang demam. semua benda nak makan. tapi semua benda nak makan tu jugak la dia akan kata tawar. hoho...

alhamdulillah... jenis dia jugak. dah dapat apa yang dia nak makan, kurang la sikit demamnya. dah makin sihat. semalam sempat lagi tengok bola live streaming tai macam hampeh. nasib baik jugak aku tidur je. rata-rata yang tengok dok maki hamun ke pengadil kan? nak buat macam mana. bola tu bulat. ada masa kita menang dan ada masanya tidak. dah ditakdirkan bukan rezeki nak julang piala tu lagi kali ni. terima je la dengan hati yang reda. (^_^)





my foot: sesiapa yang berminat dengan FM tu harganya RM25 termasuk postage.



TakdirMU...





my foot: sabarlah menerima sebarang bentuk dugaan dan ujian daripadaNYA kerana itu petanda DIA masih sayangkan kita.



12 December 2012

Sudah besar rupanya.

rasanya tak ada entri WW sebab telefon berkamera aku tak dihantar repair pun lagi. hari tu dah hantar. tapi problemnya bukan pada skrin sebab bila dia orang tukar skrin dah still tak ada apa-apa. katany pada box. nak repair pun dalam seratus lebih jugak la. dia orang kata baik beli baru je. aku bukanlah tak nak beli baru tapi tetap sayang pada telefon yang satu tu walaupun harganya murah tapi dah banyak sangat jasanya. ye la, nak buat macam mana kan kalau umurnya tak panjang dengan aku. cukup setahun je terus out. T_T

alhamdulillah... Alya dengan Anis dah selamat tak minum botol lagi dah. selama ni kan dia roang minum susu thru botol susu. aku malas nak paksa dia roang berhenti minum guna botol. takut nanti dia orang tak nak minum susu lagi. tapi anak-anak ni kalau kita psycho dia hari-hari, lama-lama dia termakan jugak cakap kita tu. asalnya pakcik dia la aka Kerry yang provoke jangan minum botol. malam tu okay je masingmasing mintak minum guna cawan. tapi esoknya nak botol pulak. aku pujuk-pujuk, jalan la jugak. tapi kalau dah meragam sangat nak botol, aku bagi je.

bila dah hari-hari cakap dah nak sekolah, nanti kawan-kawan tahu minum guna botol mesti malu... last-last dia orang sendiri yang willing untuk berhenti emnusu botol dan minum guna cawan. tapi tak banyak macam dia orang minum dalam botol la kan. tak apa la. at least tak berhenti minum susu. itu dah cukup baik pada aku. Alya la yang mula-mula berhenti minum dalam botol. dia siap suruh buang botolnya tu lagi. tapi aku simpan je dulu. mana tahu dibuatnya dia mengamuk nak botol tapi botolnya tak ada, mahunya tak pening kepala maknya ni. bila tengok dia okay je, maka dengan rasminya botol dia tu dibuang.

Anis pulak memang susah sikit nak pujuk dekat seminggu Alya buang botol baru la dia nak berhenti guna botol susu tu. siap nak tengok aku buang dalam tong sampah lagi. dia orang cakap dia orang dah besar. mana boleh minum botol algi. alahai... senangnya nak putuskan botol susu. sebelum ni ada jugak buat tapi bila Anis nak minum botol, Alya macam tertarik nak jugak. sudahnya memang tak dapat nak berhentikan. sekarng ni dia orang yang mintak berhenti guna botol. senang hati mak. tapinya kena bagi dia orang bancuh sendiri la. baru laju dia orang minum susu tu. kalau aku yang buat, dia orang banyak songeh.

dan paling senang aku rasa Azfar la. sebabnya dia tak minum botol sangat. kalau bagi ikut cawan pun okay je. kalau dapat minum thru botol pun dia tak minum baring. dia minum duduk. macam mana tu? puas suruh baring pun dia tak nak jugak. jadinya dia la paling senang nak uruskan. hehehe...

entri panjang tanpa gambar ye. sesekali kan? nanti dah ada telefon baru ayng ada kamera, tak pun lepas beli kamera boleh la letak pic banyakbanyak. ngeee...



Cerita yang diulang-ulang.


empat cerita ni dah banyak kali ulang. kecuali S.A.M. yang itu baru tiga kali. sekali tak habis tengok. kali kedua habis dan kali ketiga abahnya tengok. Alya takut mula-mula tu tengok S.A.M. tengok waktu malam. dia akta cerita hantu walhal tak pun. S.A.M tu kan ada masalah mental. jadi dia nampak second-self dia. Alya tanya kenapa ada dua Sam? jenuh nak jawab. dia assumed hantu la yang Sam ori tu nampak. ada yang dah tengok S.A.M. boleh tahan la. cerita psycho thriller. tapi aku dah agak dah yang buat semua tu bukan orang lain tapi S.A.M tu jugak. cumanya tak tahu macma mana dia  buat la kan. ending pn aku tak tahu yang dua-dua akan mati. hehehe...


Budak Pailang pun dah banyak kali ulang. bosan dah aku menengoknya. cerita ni banyak scene yang tak elok untuk budak-budak kecik tapi Alya kan jenis suka bertanya kenapa itu dan kenapa ini. kena bagi jawapan la untuk setiap persoalan dia. Alya ni sifat ingin tahu dia tinggi. 10 kali ulang pun 10 kali jugak la dia tanya soalan bagai. Anis pun sama jugak. banyak scene gaduh-gaduh jugak. nak bagi budak-budak tengok kita kena tengok sekali.


Taikun ni pulak komedi gitu walaupun ada scene tumbuk-tumbuk dan gaduh-gaduh. kena sama-sama tengok dengan anak-anak. Alya suka la cerita ni. boleh ualng banyak kali. berebut nak tengok dengan Anis sebab makcik kecik sorang tu ada cerita pilihan dia sendiri. TaiKun ni pasal dua orang polis menyamar orang jahat bernama Tai dan Kun. macam mana dia orang benteras kes CD cetak rompak. tak ada la best sangat pun tai aku suka tengok aksi Miskun bergocoh dengan orang. cool je. adehhh... Alya kan jiwanya keras sikit. memang dia suka la tengok cerita-cerita macam ni. aksi-aksi gitu.


ini pun dah banyak kali jugak ulang. sampai tertidur depan laptop tengok. Anis la pilih cerita ni. aku dah peant tengok. tak tengok pun kadang-kadang tertengok jugak. dah tertayang depan mata. simple je ceritanya. tak ada la nak sesaksesak memikir jalan ceritanya tu. duration pun kejap je. kalau tertidur, sedar-sedar dah habis. hahaha... nak kata sedih sangat tu, tak ada la jugak. cuma time Lisa tu masak dan tanya Johan nak makan ke tak dan dengan bengangnya Johan tu pulak rasa lepas tu tanya: "Puas?" yang mana kemudiannya tunjuk Lisa tu makan sambil menangis aku rasa kalau tengah mood jiwang mahunya menangis sikit. ngeee... sikit je la.

apa pun, anak-anak aku ni tipa kali tengok tiap kali tu jugak la dia orang bertanya. tapi paling dia orang tak jemu-jemu tengok? Aji Noh Moto. sampai hafal dialog okay. bukan setakat anak-anak, mak pun dah sama hafal dia log. kadang-kdang cd terpasang tapi dia orang entah ke mana. kejap lagi duduk tengok. lepas tu sambung main. Aji Noh Moto la dia orang duduk je tengok. sebab kasih sayang Aji kat adik dia Si Noh tu yang buatkan anak-anak aku tertawan. hahaha...

bulan depan dah ada tv, tak ada maknanya la dia roang nak tengok sangat cd pun. eh, bulan depan tu tahun depan la kan? dah sekolah. jadi aktiviti pagi at sekolah. balik rumah buat homework dengan belajar mengaji. tengok tv pun malam-malam or petang. kalau dia roang tak keluar bermain depan rumah la kan. apa pun, itu cerita tahun depan ye. (^_^)



11 December 2012

Terima Kasih Syiela dan Mrs. Rongoks.

dah dua minggu aku rasa hadiah ni sampai. tapi tak terbuat jugak entrinya sebab melayan perasaan M bercampur pulak dengan Azfar yang demam, makanya entri ni tertangguh la. ni kiranya entri dah agak-agak nak basi dah la sebab orang lain dah buat pun entri, aku je baru terkial-kial. muahaha...

daripada ibu kembar Double H: Syiela.

bookmark.

pocket calendar.

daripada Ika.


terima kasih kepada yang sudi memberi. kepada garfu tu dah selamat pun melekat kat peti ais. penyu dengan kura-kura dah ada teman baru. itu pun hilang jugak dibawak lari Azfar. adehhh... ada masa Alya la suka berdiri depan peti ais mainmain dengan garpu, penyu dan jugak kura-kura. siap ada dialog lagi okay. hahaha...

pada Syiela dengan Ika, terima kasih daun keladi. mmang suka sangat dengan hadiah yang diberi. bookmark tu pun dah siap guna jadi penanda husben baca novel M.A.I.D yang mana aku beli dengan Syiela jugak. dia jenis kalau nak tanda suka lipat kat bahagian atas yang mana aku bukan berkenan sangat. sayang buku.  teringat aku ada dapat bookmark. terus la bagi kat dia buat tanda bahagian yang dia nak berhenti tu. hehehe... lepas ni nak cari almari untuk diletakkan kesemua buku dan novel yang aku ada. hmmm... mini libraryku. (^_^)



Bacaan Al-Fatihah.



* jom belajar sama-sama dengan Ustaz Don. *




* semoga bacaan kita betul ye. *



10 December 2012

Tak ada mood.

tak ada mood langsung nak update blog. nak on komputer apatah lagi. mahu tudr dan merehatkan diri sendiri. mana tahu mood datang kejap-kejap lagi. (*_*)



07 December 2012

Kad pengenalan baru.

mula-mula nak cerita pasal handphone. hantar ke kedai semalam untuk repair. pergi kedai tu kata kena tukar ic tapi dia tak ada stok. dia suruh datang pagi ni. itupun kalau dia ada benda alah tu. husben tanya nak try kedai lain pulak ke? alkisahnya sebab aku tak ada kamera. handphone tu la yang aku suka ambik pic budak-budak ni. kalau kamera ni belum tentu aku nak pegang 24 jam berbanding dengan handphone kan? itu aku la. orang lain, lain la pulak. 

second kedai kata mungkin masalah screen sebab handphone tu still berbunyi cuma tak ada gambar. dia suruh husben aku datang lagi setengah jam untuk ambik telefon tu la. kalau masalah skrin je okay la kan. bila husben nak ambik lepas sejam, kedai tu kata tak ada stok untuk skrin. petang ni baru nak ambik stok. bengang la husben aku tu. tak nak checked awal-awal. menyusahkan orang je. hehehe... jadinya tak tahu la apa cerita handphone tu. esok baru tahu.


dan semalam jugak konon-konon nak pergi ambik IC baru. aku dah buat hari tu kat kampung. IC tu pun dah lama siap. tak sampai dua bulan pun walaupun dalam surat untuk kita ambik IC tu cakap 3 bulan. benda tu kan ekan check online nak tahu siap ke belum. tapi selalu tertangguh nak ambik. dan semalam tak sempat sebab JPN dah nak tutup. husben kata pergi awal pagi hari ni la. tak ada la awal jugak pergi. pukul 10 lebih sampai kat JPN dan orang still ramai. husben kata masuk je la tengok. mana tahu untuk ambik IC tu cepat.

aku pun pergi je la. bila checked angka giliran ada 10 orang lagi sebelum aku. adehhh... kebanyakkan datang nak tukar IC baru. menunggu la kejap dengan ada orang yang dipanggil nombornya tapi hilang entah ke mana. jadik, aku dah dapat IC baru la ye. hehehe... IC lama dia bagi kita simpan tapi dia dah musnahkan cip tu la. kamu dan kamu dah tukar IC baru ke?

dapat IC baru pun kecoh ke? eh, suka hati aku la. apa sibuk-sibuk. muahaha...



Suami yang baik.

‎"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..."

-Imam Al-Ghazali-




Alpaca Rugs untuk saya.



alhamdulillah... menang alpaca rugs daripada GA Marya Yusof. adik manis ni anjurkan GA tu kat fb. Marya sekarang ni kan berada di Peru. selalu dengar dia bercerita tentang kelembutan bulu Llama yang dibuat karpet ni. teringin jugak nak ada seketul. sebabnya alpaca rugs ni tak ada kat Malaysia. mahal.

memang rezeki sangat. bersyukur dapat jugak rasa kelembutan alpaca rugs ni. tidur dengan karpet bulu lembut la aku lepas ni. hahaha... aku menang hadiah UTAMA. jadik diberi pilihan untuk pilih ruana or alpaca rugs. dah tentulah aku pilih alpaca rugs. hehehe... terima kasih kepada juri aka hubby si Marya yang dah pilih aku sebagai pemenang UTAMA.

pemenang kedua dan ketiga milik dua nama ini:


tahniah jugak buat Ina dan jugak Izan. tak sangka menang kan? Ina, komen dia panjang. ingatkan Ina yang menang. nanti alpaca rugs dah sampai boleh la aku stroy pasal kelembutannya pulak ye. (^_^) ceh, berangan sudah!!! apa pun bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNYA. walaupun tak dapat ke Peru tapi ada jugak rezeki untuk terima barang daripada sana melalui adik yang seorang ni.

ramah tau Marya ni. walaupun berbalas komen kat fb je tapi rasa macam dah kenal lama. kalau rajin boleh la singgah ke blog beliau. dia bercerita tentang kehidupan dia akt Peru dan jugak tentang keistimewaan Peru tu sendiri. moh ler ke blog Marya Yusof.



Redha Allah.





06 December 2012

Azfar dah semakin okay.



dalam proses nak tidurkan Azfar. setakat petang semalam dan hari ni keadaan dia dah bertambah baik. SIL aku yang kerja dockat HSA kata bagi ubat untuk tiga hari lagi. even demam dah kebah pun bagi jugak. dia cakap susah sangat bawak je Azfar ke HSA. cakap Azfar kurang minum air. boleh masuk wad. hahaha... dia jaga wad kanak-kanak, memang la dia suka anak saudara dia masuk wad. boleh dia datang main 24 jam time kerja. adehhh...

cumanya semalam time nak tidur dan time tengah tidur tu dia meragam lebih sikit. sebelum tu elok je dia main-main dengan kakak-kakak dia. tiba-tiba dia datang kat aku sambil pandang ke dapur cakap "Hantu!  Hantu! Akut (takut)!" alahai... dalam proses dia nak baik demam ni mungkin ada gangguan sikit la kot. kakak-kakaknya pulak bukan main galak lagi time tu. maghrib pulak. aku pulak baru je nak berangkat untuk solat maghrib. ada je budak-budak ni. dah la husben pernah bukak cerita bila aku cakap jiran nombor dua belah kanan tu rumah dia asalnya ada 'penghuni' lain, husben pun kata apa nak hairan. even kat belakang rumah kita ni pun ada orang pernah cakap ada Cik Lang. huhuhu... benda tu makhluk Allah jugak. buat apa nak takut. kat mana-mana pun dia ada.

dah tu time nak tidur pun mengamuk bukan main lagi. pukul 12 lagi sekali mengamuk. terkejut la sebab aku pun dah tertidur time tu. sekali lagi pukul 2. baru berkira-kira nak call husben tapi tak jadi la. lepas 10 minit dia tidur semula. alhamdulillah, lepas kurang sikit panas badannya, dia terus main macam biasa. memanjat, melompat, duduk atas perut abah dia. kalau tak, jangan harap la semua tu ada. 24 jam dengan ibu je la kecuali time-time terpaksa tinggal. pantang tak nampak mesti tanya abah dia mana ibu. 

bila badan dia dah tak panas, berpeluh dan sejuk... aku rasa demam dia dah makin okay kot. tak macam hari balik daripada klinik lepasmasuk ubat bontot. sejuk dingin badan dia. dalam hati aku ni memang rasa tak sedap je. rasa macam demam dia tu akan datang semula. bila mak punya instinct macam tu, biasanya betul la. semalam tak rasa apa-apa. rasa tenang je. memang dalam hati tak ada rasa or terlintas pun "Demam abang ni nanti." dan alhamdulillah... memang dia tak demam. sebab tu aku elak bagi ubat bontot walaupun suhu dia cecah 39 sekalipun. sekarang ni la. sebab aku tahu kesannya cuma sementara. masa belum ahu tu memang bagi ubat bontot sebab doc suggest kan. sekarang ni bagi bawak mandi je kaalu dah panas sangat. biar demam tu secara semulajadi baik. tak ada la hati maknya ni risau je.

terima kasih pada yang mendoakan ye... mata mengantuk gila. macam 4 hari tak tidur. semalam tidur kejap-kejap je. hari sebelum tu pun tak tidur mana jugak. biasa la kan kalau anak-anak sakit. dan aku rasa makin lama aku taip ni boleh jadik entri merapu-rapu la. huarrrghhh...





my foot: nanti story apa rezeki yang aku dapat. nanti nak pergi hantar repair itu handphone la. macam mana nak capture moment anak-anak yang kreatip ni? baru tadi dia orang buat kami parents dia orang tersenyum dengan sesuatu yang diluar jangkauan. tak ada kamera. tak ada la picnya. (^_^)



05 December 2012

Rezeki saya.

dalam pada melayan Azfar yang demam ni dan baru berkesempatan buka FB dengan blog untuk sesi blogwalking setakat mana mata aku ni termampu, terima satu berita gembira. Ya Allah... sangat bersyukur dan berterima kasih. memang tak sangka dan jangka la. rezeki yang Allah bagi dalam pelbagai bentuk kan? dah ada pengumuman nanti aku cerita ye. hehehe...








my foot: handphone yang sakit itu akhirnya koma juga. terpaksa la repair samsung berkamera 1.3 megapixels tu memandangkan aku dah tak ada telefon berkamera. kamera pun tak ada okay. alahai... anak-anak. terlebih pandai teknologi pun susah juga. kan dah jahanam satu lagi handphone ibu ni. uwaaa...



Bila anak demam, mood pun melayang.

itu hakikat. tapi cuba jugak untuk taip sepatah dua kata untuk jadikan entri. iya la tu. sepatah dua la sangat kan? semalam Azfar macam dah okay sikit kan bila balik daripada klinik. itu kesan daripada ubat yang masuk kat bontot. sebenarnya aku tak berapa berkenan sekarang nak bagi ubat bontot tu walaupun doc suggest. sebab aku tahu ubat tu akan bertahan sekejap. nanti panas baannya naik semula. sebelum ni aku guna ubat tu la. dan aku perhatikan bila ia demam, masuk ubat kat bontot, reda sekejap demam tu, nantinya panas tu datang semula.

memang dia okay la semalam. tapi dia aktif demam pun. bila panas badan dia hilang, dia berpeluh. tapi berpeluh sejuk. badan dia pun sejuk je. aku memang dah musykil. memang tak pernah lagi la jadi macam semalam tu. sampai ke tidur malam pun badannya tetap sejuk walaupun berpeluh. aku dah agak yang panas badan dia akan datang semula. cuma tak tahu bila. aku tidur lewat sikit semalam pun sebab nak pantau keadaan si Azfar ni la. pukul 12 pun still macam tu. masuk je pukul 2, kepala dia dah rasa macam dedar-dedar gitu. dan membawa ke pagi panasnya datang semula. sampai saat aku taip entri ni, dia still demam. lepas bawak mandi tadi, menggigil-gigil dia kesejukkan. sekarang tengah tidur dan kepala serta badan dah panas semula.

ubat dah makan. Ya Allah... kalau sebelum ni berperang nak bagi ubat. tapi tadi dia makan tak ada tumpah setitis pun. dia makan sendiri. aku tukang picit syringe tu je. dia yang pegang. sebelum ni ada jugak aku suruh dia makan sendiri. tapi dia tak nak. tadi, abahnya yang tanya nak makan sendiri ke? terus dia ambik dan makan sendiri. alahai... kalau aku tahu senang macam ni, semalam lagi dah aku bagi dia makan ubat tu. tak ada la kes berperang bagai. ini petanda dia dah besar. walaupun demam, alhamdulillah... pagi tadi dia makan nasi goreng banyak jugak. lega aku tengok dia nak makan. kalau tak susah hati la sebab dia nak mengombeng je kerjanya.

memang anak demam buat parents susah hati kan? kita tak tahu apa dia rasa. tambahan pulak Azfar ni ada kes dua kali masuk wad sebab demam je. adehhh... kalau siang dia demam okay lagi sebab abah dia ada. kalau malam? alahai... aku dengan anak-anak je. mujur jugak la aku ada jiran yang prihatin. incase jadik apa-apa dan dia ada kat rumah boleh la aku mintak tolong dengan dia. dia pun dah cakap, apa-apa hal call je la.

sebab tu jugak mood nak BW agak merudum la. ada je yang aku jengah tapi tak ada komen. semalam nak komen dua tiga blog tapi sudahnya tertidur. bila tengok kat kotak komen, entah apa-apa aku taip. muahaha... lagi satu dok berebut dengan budak berdua tu laptop ni. dia rang nak tegnok cd. makanya, mak ni pun beralah la. okay... dia roang bukan ank tengok seklai je. tapi cd yang sama dia orang boleh tengok sampai 3-4 kali sehari. lepas habis, ulang semula. sampai dialog pun aku dah hafal. terutama Aji Noh Motor tu.

maaf pada kamu dan kamu yang aku tak balas jejak dan terima kasih pada yang sudi follow. in shaa Allah, bila keadaan dah terkawal, aku akan ke teratak kamu jugak nanti. sayang kamu dan kamu dan terima kasih jugak sebab doakan kesihatan Azfar.



04 December 2012

Tekak ada mata ikan.

rasanya baru la boleh rehatkan badan sekejap sementara Azfar ni tidur. sejak dah pandai cakap ni macam-macam yang dia tak nak. kain basah atas kepala tak nak letak. nak bawak mandi pun menangis bagai. tidur pun ada meragam sikit la. tapi time demam ni je la. semalam tidurnya atas pangku sambil duduk. dia tak nak baring. tak selesa kot. layankan saja la. dan awal pagi tadi jugak bawak dia mandi pukul 1 dengan 2. sebabnya the temperature was very high. 

aku dah lap-lap dnegan air badan dan kepala dia. tapi still tak cukup. dia dah start menyentak-nyentak dalam tidur. sampai dia terkejut sebab sentakkan tu kuat sangat. dah jadi macam tu better bawak mandi je la. at least temperature dia turun la sekejap. boleh la rehat-rehat dalam tempoh tu kan? SIL aku yang kerja doc tu pun suruh kerap mandikan. katanya biar la dia nangis, bawak je mandi. itu la yang aku buat. sebab dia dah da kes kena sawan masa demam, lebih baik ambik langkah berjaga-jaga.

kali ni demam dia berlarutan. daripada pagi ahad tu membawa ke malam dan pagi ni. kalau sebelum ni demam dia on off. jadinya bawak la dia ke klinik tadi. doc check kata kat tekak ada mata ikan. sebab badan panas sangat la jadik macam tu. ubat untuk tekak dan demam pun dapatlah. antibiotik pun dapat jugak. doc spare SUPP in case demam panas sangat insert je kat bontot. kat klinik tadi pun masuk ubat bontot jugak. temperature dia 38.2. balik beli barang dengan bola untuk dia, bagi makan aiskrim. itukan ubat paling baik untuk tonsil.

dan setakat dia tidur ni dah berpeluh sikit badannya. Azfar kalau nak demam boleh detect. badan dia tak berpeluh langsung. dia memang ikut husben kalau demam. kaki tangan sejuk macam ais. dan aku pulak boleh la buat kerja lain jugak walaupun mata mengantuk bukan main lagi. kalau tak, rumah macam tongkang pecah. mamat kecik ni nak berdukung je. hilang je aku sikit, dia akan tanya abah dia: "Mana Ibu?" Azfar dah banyak mulut. dah banyak perkataan yang dia belajar sekarang. 

harapnya jugak aku boleh blogwalking kejap lagi. dah banyak komen tak terbalas ni. huhuhu...



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign