✿ Rumah SalYa ✿: December 2011

Fresh from the owner...

31 December 2011

Goodbye and Welcome...








my foot: segala-galanya atas ketentuan Ilahi. semoga dipermudahkan semuanya sepanjang tahun. jika ada jua rintangan dan dugaan, itu kerana KAMU sangat menyayangi kami. terima kasih Ya Allah kerana masih diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ini.



Entri kedua terakhir tahun 2011

aku rasa aku start rajin berblog semula selepas lahirkan Azfar. sepanjang pregnantkan dia memang alah dengan komputer. sama jugak dengan Kak Long dulu. lepas tu baru la macam seronok sikit nak menaip itu dan ini. walaupun sibuk dengan 2 anak dara dan seorang teruna, hidup aku masih dirahmatiNYA. dikurniakan si bijak pandai dan keletah dengan macam-macam gelagat dan aksi memang cukup menghiburkan dan menaikkan darah jugak adanya.

anak dara ni akan ke sekolah next year. alahai...

yang ini pengikut setia her sister.

yang ini hencem boy saya yang suka sembur-sembur.


dugaan dan rintangan tetap datang silih berganti. tapi kita masih di sini. setia menyokong sesama sendiri walaupun ada kala badai menjengah tapi hati kita masih satu. masih mahu berada di sisi menemani kerana kita sudah mengikat janji.

harapnya, 2012 menyatukan kita di bawah satu bumbung. dan harapnya ada impian yang berjaya direalisasikan tahun depan. insyaAllah. kita tetap bersatu kerana adanya kamu dan kamu dan kamu dan juga kamu.







my foot: bersyukur dengan apa saja yang diberikanNYA.


Penutup tahun 2011 yang menyedihkan buat seorang rakan!


ini gambar kemalangan yang membunuh 4 orang di Keningau semalam. credit photo to mymetro. ada apa dengan gambar dan kemalangan tu? actually kemalangan ni melibatkan seorang abang kepada seorang kenalan masa aku belajar dulu.

buka fb dan terkejut tengok status dan linknya. abangnya adalah pemandu kepada kenderaan yang terlibat. penutup tahun 2011 yang menyedihkan buat keluarganya. tambahan pula, sepupunya juga baru je passed away this week jugak.

my deepest condolence to you Karen. kadang-kadang kita kena bersiap sedia untuk menerima apa juga berita kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku hari ini, esok dan seterusnya selagi hayat kita dikandung badan.






my foot: macam-macam berita dan macam-macam warna menyinari hidup kita sepanjang 2011 ni kan?


Para Pemenang GA Rush Hour: TAHNIAH!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


setelah sekian lama menanti, kini tibalah masanya saya pemilik Blog 3A's ini mengumumkan para pemenang bagi GA saya yang pertama tahun ini. cewah... ayat skema tak hingat! memang pening kepala nak pilih pemenang. semua gambar adalah ayng terbaik. tapi daripada kaca mata seorang aku, ada 10 pemenang semuanya. asal 6 je. tapi last minit tambah lagi 4 menjadikannya 10.

pemenang utama yang berjaya menarik minat juri adalah ini:

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tengok muka pokcik tu. muahaha...

tahniah ye fiezahkecik.




pemenang-pemenang lain:

5. qlah


dan ini antara yang menang pics dengan entry ye:

1. Nida
4. Yus


sila ambil perhatian dan emelkan add anda untuk penghantaran hadiah ye. emelkan di nuranisalya@gmail.com. nanti saya dah pos hadiah tu semua saya kasi tahu. takut je pos barang tapi barang tak sampai-sampai kan. kesian kat korang-korang yang menang ni.






my foot: ada GA duet sempena dengan kedatangan Tahun Baru ni. tunggu ye!!!


30 December 2011

Broadband dah exceeded!!!

disebabkan guna prepaid, bila broadband punya bandwith dah terlebih daripada hadnya, macam-macam benda la keluar. line pun semput-semput jugak. ni semua gara-gara tengok kartun kat youtube. tapi tak kisah as long as Kak Long gembira dah cukup buat aku.

so, memang tak dapat la nak merayap-merayap kat rumah kawan-kawan. setakat post entri ni tak tahulah berapa lama sebelum celcom web page amik alih. nanti la beli topup baru. leceh la macam ni. takkan nak ke kedai malam-malam ni carik topup. ingat bujang lagi ke? huhuu...

pada yang sudi singgah tu terima kasih la ye. nanti saya balas kunjungan tu.






my foot: celcom! celcom! reda jelah aku ni dengan dugaan yang satu ni.

Amalan Terbaik Dalam Hidup - Part 4



31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya  - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya - Bukhari




sumber: scripters

pic godek2 kat Google Image

Para Peserta GA Rush Hour: Sila check nama anda!!!

sebab anak-anak dah betul-betul sihat dan me pun dah sihat jugak baru la berjaya update para peserta GA. so nak mintak jasa baik kamu dan kamu la sebab ada yang bagi link blog tapi tak ada apa. mungkin kamu dah delete sebab me lambat umumkan pemenang.

pemenang akan me umumkan selewat-lewatnya esok dan paling awal malam ni. dah review pics dan dah select certain. kepada para peserta, check nama dan tunggu keputusannya ye.





my foot: good luck!!!

Magic ni!!! Berpinar kejap mata saya!






my foot: apa yang kamu nampak? huhuhu... berpinar-pinar kejap mata aku dibuatnya.


29 December 2011

Sedap jugak perasa baru ni.

siapa suka makan Cloud 9? aku memang suka. especially yang perasa mint tu. ada warna hijau pada plastik pembungkusnya. hari tu masa pergi kedai, aku tengok banyak pulak stok Cloud 9. ada perasa baru la pulak. strawberry dengan oren. so aku beli setiap satu tu 3. dua untuk Kak Long dan dua untuk Kak Ngah. dua lagi dah tentunya untuk aku. hehehe...



aku memang hantu coklat. masa pregnant encik suami siap larang lagi makan coklat. hari-hari nak makan coklat. dia kata takut sembelit je sebab orang pregnant memang senang nak dapat sembelit kan? masa pantangkan Azfar, dia belikan Cloud 9 mint almost selalu la bila dia tengok benda tu dah habis. hehehe...

strawberry lagi sedap daripada orange. apa pun coklat memang sedap. lagi sedap perasa mint tu. mahu cari la nanti. nyum... nyum...








my foot: esok je sehari lagi aku akan berada kat sini. kat Johor ni. hari sabtu dah nak balik Pahang sebab isnin nak daftarkan Kak Long sekolah. kesian kat encik suami. mesti rindu anak-anak sebab biasanya kalau balik je walaupun anak-anak tak sedar, dia tetap dapat tengok. huhuhu... kita usahakan la yang terbaik untuk kita ek. semua ni ada hikmah yang tersembunyi. sabar akan ada manis di penghujungnya.


Tunggu la saya besar.


Azfar memang selalu kena buli. ada masa dia yang buli orang. tarik rambut la baju la. kadang-kadang tarik hidung. ikut suka hati dia. tapi memang dia la selalu kena buli sebab kecik lagi. kalau baring je mesti si kakak-kakaknya ambik kesempatan. macam pic kat atas tu la. kesian dia kan?

kalau aku tinggalkan dia dengan kakak-kakaknya nak masak ke mandi ke, kejap lagi dengar la ada suara nyanyi-nyanyi: "Adik dah boleh duduk!" sambil lompat-lompat atas tilam. aduh, tension betul la! Kak Long la biasanya angkat dan dudukkan Azfar ni. nasib baik dia jenis tegap. at the age of 2-month dia dah boleh tegakkan kepala dan keraskan badan.

itu la bezanya antara dia dengan kakak-kakaknya. budak lahir cukup bulan ni memang cepat serba-serbi. macam Kak Long dengan Kak Ngah tak cukup bulan lahirnya, development takde la lambat sangat. cuma badan betul-betul tegap bila dia orang cecah 6 bulan. especially Kak Long sebab dia lahir kurang daripada 2kg.


manja sikit ni. mulut pun bising je. suka sangat ketawa. suka jugak main buih, main sembur-sembur. pening kepala ibu dia ni. rambut gugur la kalau dia main buih kan? encik suami pernah kata apa kena-mengena main buih dengan rambut gugur? okay... sila jawab?!

disebabkan selalu sangat kena angkat dek kakak-kakaknya yang berat lebih kurang nak sama je dengan dia tu, mesti Azfar tension. dalam hati mesti dia kata: "Tunggu la saya besar nanti. Tahulah saya nak buat apa dengan Kak Long dan Kak Ngah ni." ngeee...








my foot: Azfar memang cepat besar. baju yang kakak-kakaknya boleh pakai masa umur setahun or dua tahun, dia dah boleh pakai sekarang. dan dia sangat berat. lenguh tangan nak dukung dia kalau bawak berjalan-jalan. my kids tak pernah ada stroller mahupun buggy. kenapa ye? huhuhu...


28 December 2011

Sedap jugak sambal kentang ni!


ini masakan pagi tadi. bekal buat encik suami. biasa masak sambal kentang ni berlada je. kali ni tukar resepi dan gaya memasak pulak. nak test sedap ke tidak. bahan-bahan senang je. tapi nak dapatkan udang tu makan masa dua tiga hari jugak. asal pergi kedai je tak ada. semalam baru dapat udangnya. konon-konon nak siapkan bahan masakan malam tu sebeum tidur. tapi end up tidur jugak. awal pagi tadi baru sediakan bahan dan siap masak semuanya. cuma bahan-bahan blend je siapkan awal.


SAMBAL KENTANG

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

5 biji kentang - dipotong dan direbus
Udang - ikut suka

Blend dan tumis:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Udang kering
Ikan bilis
Cili kisar - ikut suka

Bahan-bahan tambahan:

1 sudu besar sos tomato
Daun bawang dan daun sup
Sebiji telur - dipukul


Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan blend sampai naik bau.
2. Masukkan sos tomato, udang dan kentang. Sebatikan.
3. Rasa. Kalau perlu tambah garam ke gula, sila la tambah sendiri.
4. Masukkan telur dan kacau. 
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
6. Sedia dihidangkan.







my foot: makan dengan nasi panas dan ikan gorng memang sedap. perghhh... memang sedap la i tell you. muahaha... sendiri masak sendiri kata sedap la kan.


Kenapa la saya sengal sangat eh?!

hari tu nak keluar ke kedai. encik suami ajak. sebab anak-anak tak berjalan ke mana-mana. aku nak berjalan kereta tak ada. huhuhu... sedih. sedih ke? tak adalah. masa tengah cari tudung tu baru aku terperasan yang aku datang ke Johor ni dengan bawak sehelai tudung je. itupun tudung yang aku pakai masa datang ke sini. padahal masa packing-packing barang tu aku dah sediakan tudung-tudung untuk dibawa ke sini.

memang tension la bila tahu tudung ada sehelai je. nasib baik baju aku hitam. pakai tudung pink pun tak apa. tapi tetap hangin dengan kesengelan sendiri. list dah buat tapi tudung tertinggal jugak. apa guna buat list? grrr... geram betul la saya!!! sampai rasa macam tak nak keluar pun ada. tapi encik suami kata, pakai je la tudung yang ada tu. nanti carik lain. hehehe...


dan encik suami bawa kami ke sini. nak cari ikan la apa la. aku kalau ke Johor ni biasa la pergi Kip Mart. cuma Kip Mart baru ni je belum pernah pergi lagi. biasa pergi yang bangunan lama tu. memang padat orang kalau pergi sebab kat bangunan lama tu tempat kecik sikit.

dok ikut je encik suami berjalan dan last-last dia singgah kat butik tudung. hulur duit suruh dan suruh aku beli tudung sendiri yang mana aku berkenan. hehehe... memang besar la tempat tu. tak sempat nak snapped pic sebab excited beli tudung.

banyak gila durian.

tengah tunggu abah pilih dan beli durian.


anak-anak dapat baju sehelai seorang kecuali Azfar. tak jumpa pulak baju yang sesuai untuk dia. semua size besar-besar je. dan last sekali dapat makan durian. ni anak-anak yang request. abahnya beli sampai 5 biji macam ada ramai je orang nak makan. end up ibu abah jugak kena habiskan. tapi aku cukai sebiji untuk buat bubur kacang. sedap!!!

ke sini pun tak lama mana. lepas beli ikan, kami balik la. anak-anak pun dah penat sebab sebelum ke Kip Mart tu kami ke Giant Plentong dulu. ngeee... as long as the kids are happy, then we as parents pun happy jugak.

sekian sajalah ceritanya. (✿◠‿◠)







my foot: terima kasih ye Honey Bunny sebab belanja tudung. lain kali kita beli lagi ye?! hehehe...


Masihkah kau ingat?


Ana, ingat lagi tak dengan tempat ni? hehehe... ala, tempat lepak kita la semester last. selalu duduk hostel je. sem last tu kan ke kita duduk sini. banyak kenangan rumah ni kan? view ni pun ambik masa hari nak hujan and i was alone at home.

sebelah rumah kita tu kan ke bangla yang duduk. hari-hari bau kari. naik pening kepala dibuatnya. bau kari dia orang lain. tak macam kita punya. dia orang letak rempah apa banyak sangat dalam tu. kat bawah tu jugak tempat orang jual burger. ingat lagi tak? 

kat seberang jalan tu ada kakak jual nasi lemak pagi-pagi. nasi lemak sambal paru. alahai... sedap tu!!! kena part paling best bila malas nak turun kan? walaupun lapar tapi memang malas nak turun makan. duduk tingkat tiga pun kecoh. macam duduk kat tingkat 10. muahaha...

ingat lagi tak satu malam tu ekau kena amek eden pasal eden ada kelas malam? kena pulak hari tu hujan. takut-takut eh kau bawak motor. slow and steady je. memang kena la dengan siput yang kau suka sangat tu. tapi tak apa. tu semua kan kenangan kita. macam-macam ada kat sini kan?

terima kasih la ek sebab jadik PA saya sepanjang masa dan sepanjang tahun. masih PA saya kan walaupun dah bersara? ngeee... i lap u la!!!







my foot: dah lama kita tak jumpa ek? last time masa kau baru tunang dengan Mie. sekarang dah ada anak seorang dah. huhuhu... 


~ WW #8 ~ LOVE THE VIEW!!!

Lokasi: Dungun, Terengganu.
Waktu: Early in the morning.





27 December 2011

Nak buat review la konon.

sebelum tu nak tanya ada sesiapa tahu macam mana nak ablekan right click pada blog? last year konon-konon macam best je nak disablekan tapi dah tak ingat semua. kalau ada yang tahu tolong ye. hehehe... ni nak cerita pasal produk la.

hari tu ada kata macam best je Jewel Alaisyah kan? tapi tak masuk pasaran kat sini lagi. sekarang ni pun still tak ada lagi. so, me asked my friend kot-kot area dia dah keluar. Negeri Sembilan kan dekat dengan KL. mesti dah sampai barang tu.


dan biasanya juga, benda-benda macam ni mesti ada dalam pack. tapi tak semua yang kita nak ada dalam pack tu. mesti ada yang kurang. dan harga untuk setiap barang tu, boleh tahan la. macam produk Syahirah la. kalau beli je mesti ada perfume. yang ini pun sama je. perfume dia wangi. aku bagi my dad sebab dia suka bau-bau lembut ni.

setakat guna ni alhamdulillah... kulit rasa lembab je. tak kering. tapi macam biasa. kena ikut step pakai la. kalau tak rajin memang takkan dapat hasilnya. ewah... siapa yang sangat rajin nak cuci muka, pakai toner dengan serum bagai tu? orang yang ala--ala malas tu tak sesuai. ngeee... aku add on toner dengan skrub. dah berkurun guna skrub baru la ni la tahu cara betul menggunakannya. huhuhu... malu saya!!!







my foot: terima kasih Ana sebab bagi hutang produk ni ye. muahaha... masuk buku 3x5 ek?!


Salah siapa jika isteri ditangkap khalwat?



sekarang ni kalau baca kat akhbar banyak jugak cerita isteri ditangkap khalwat. macam menjadi-jadi pulak kan? kena tangkap kat hotel la, rumah la... macam-macam. menakutkan tapi itulah realiti sekarang ni. salah siapa kalau jadik macam ni? isteri ke atau suami?

banyak sudut kena lihat. kenapa isteri jadik macam tu kan? tapi ada kes isteri tipu suami semata-mata nak jumpa boyfriend baru kat hotel. ada yang first time jumpa. alahai... murah sangat maruah isteri yang itu. ada jugak yang rela masuk penjara untuk elak suami tahu. katanya, suami dia baik. dia bagitahu suami dia nak kelaur kerja tapi end up kat hotel. 

apa perasaan suami tu? kenapa dia buat macam tu kalau betul suami dia baik. kalau ada keaksih gelap kat luar or suami tak cukup bagu or tak sesuai lagi hidup sama, lebih baik failkan perceraian kat mahkamah. daripada tanggung dosa besar macam tu lebih baik putuskan ikatan yang ada. itu pun kalau kesiankan anak-anak.

mahkamah pulak jangan la dok tangguh-tangguh kes macam tu. kalau jadik macam sekarang, isteri kena tangkap dengan lelaki bukan suami dan dia jadik macam tu sebab proses perceraian makan masa lambat sebab mahkamah punya cerita la, siapa nak tanggung dosa semua tu?

bukan kena kat kau boleh la cakap. bukan pasal kena tak kena. aku sendiri nak tahu apa perasaan isteri-isteri tu? tak ada rasa bersalah ke? tak ada rasa malu? kenapa sampai ke situ sekali perginya sedangkan ada yang dah kawin lama. ke mana perginya akal waras yang ada tu? alahai... kesiannya. maruah tercalar. sampai bila-bila pun takkan hilang. anak-anak entah apa pulak perasaannya.

nauzubillah... harapannya agar kita terlindung daripada perbuatan sedemikian rupa. bersama-sama la kita ingat atas dunia mungkin kita lepas tapi kat sana? huhuhu...








my foot: i wonder la... kenapa? kenapa? kenapa? dan mengapa?

pic credit to myMetro


Ini baru namanya Ombak Rindu. Huhuhu...



dulu pun pernah jadik kejadian yang sama kat area ni. tapi bukan jalan yang runtuh. ombak hakis persisiran pantai. memang jalan dia orang tutup untuk tambak area yang runtuh akibat hempasan ombak yang besar tu. kali ni lagi teruk daripada dulu. siap menghentam jalan. akibatnya jalan runtuh. bukan semua tapi sebahagian daripadanya je.


Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat. - Petikan Kosmo! Online


aku biasa jugak guna jalan ni. memang air laut semakin lama semakin dekat dengan jalan raya. according to encik suami, dulu pantai dengan jalan jauh sangat. jarak dalam 300 meter kot. tapi makin lama makin dekat dan dekat. bila air pasang je naik sampai atas jalan.

macam mana cara kita nak tangani semua ni? kalau daripada mungkin ada solution. tapi sekarang? hopefully ada la jalan penyelesaiannya. kalau dah makin lama makin lama makin dekat dengan penempatan orang ramai, nanti dia orang nak duduk mana. berdekatan dengan pantai tu jugak ada UiTM dan sekolah agama Imtiaz. pihak berwajib, good luck okay!!!






my foot: sesekali balik, entah macam mana pulak la rupa pantai area Dungun tu.

sumber dan pic: Kosmo! Online


Semangat baru di pagi hari.



achievement hari ni, berjaya jugak la masakkan encik suami mee goreng sempoi. ingatkan dia nak makan kat rumah je. tapi tadi dia mintak letak dalam bekas nak bawak bekal. nak makan tengahari nanti katanya. niat untuk masakkan dia makanan pagi-pagi memang ada.

tapi biasa la. kalau dah mak bondanya ni bangun, anak-anak pun mesti nak bangun jugak. cari apa entah bangun awal pagi. dan alhamdulillah... berjaya juga masak sebelum anak-anak bangun. lepas je masak dengar abahnya cakap dengan Azfar. Kak Ngah dah bangun awal-awal lagi sebab daripada semalam dia meragam sikit time tidur.

seronok jugak memasak awal pagi ni. mood ceria je. dah tu... lepas abah pergi kerja, Kak Ngah mointak nak makan mee jugak. alahai, anak!!! paginya makan sarapan. tapi sekarang dia dah tidur semula ye.







my foot: kamu-kamu sarapan apa pagi ni?

pic godek2 kat Google Image


26 December 2011

Anak-anak punya cerita.

sepanjang seminggu duduk kat sini, aku perhatikan perubahan yang anak-anak buat. abahnya keluar kerja around 6.30 am setiap hari. perjalanan daripada rumah ke tempat kerja ambik masa lebih kurang 45 minit ke sejam. tengok pada keadaan highway dan kenderaan apa dia bawak.hari pertama dia kerja dengan family kecik dia ada kat sini, dia balik awal sikit walaupun kerja banyak. sempat la dengan anak-anak malam tu.

esoknya, dia keluar kerja anak-anak tak bangun lagi dan sampai rumah anak-anak dah tidur. so, hari tu memang tak jumpa abah la budak-budak ni. dia orang memang bertanya. tapi nak buat macam mana. kemudian rutin tu bertukar. biasa kalau aku mengantuk dan tidur awal, Kak Long dengan Kak Ngah ikut je. Azfar memang tidur awal jugak. tapi hari tu, dia orang tidur lambat sampai la abahnya balik. dah la tu, Azfar yang biasanya tidur tak terkejut tu pun bangun jugak tak nak tidur-tidur lagi. dok carik abah je.

sampai ke hari ni macam tu la dia orang. kalau sebelum datang sini tak macam tu pulak. pandai je sesuaikan dengan keadaan semasa abahnya. tapi abah bila dah balik kerja dah tentunya penat. penat sebab perjalanan. bukan sebab kerja. anak-anak sibuk nak bercerita itu ini. tapi abah layan walaupun muka penat je. siap layan makan lagi walaupun anak-anak jadik tukang sibuk je. huhuhu...

kalau malam dia orang tak sempat jugak dengan abahnya tu, awal pagi sebelum abah pergi kerja mesti dia orang tersedar. Azfar pun sama. lepas abah pergi kerja, semua tidur semula. pelik pulak aku dengan perangai anak-anak ni. tapi ye la... daripada dok tanya je mana abah, jumpa kejap-kejap pun jadik la.

hai Hagemaru!!!

ni la aktiviti dia orang.

yang bulat tengah tak pakai baju tu sebabnya baju dia kena susu coklat. huhuhu...







my foot: kesian kat abah. penat-penat pun dok layan karenah anak-anak yang macam-macam ragam tu.



Mood ceriakan pagi anda!!!




WIKIPEDIA: Aku tahu semuanya.

FACEBOOK: Aku pula kenal dengan semua orang.

GOOGLE: Aku ada semuanya.

MOZILA: Tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE: Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA: Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE: Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET: Sudah!!! Jangan gaduh-gaduh. Kalau aku takde, korang lagi la takde. Power tak aku?

FACEBOOK: Hmmm... akulah yang paling ramai dikunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk!!!

YAHOO: Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE: Yahoo, gua kan boleh buat email gak!

INTERNET: Zzzz… gua tau gua paling hebat.

TNB: Diamlah korang!!! Nanti aku matikan elektrik, baru korang tau siapa paling power!







my foot: muahaha...

pic godek2 kat Google Image


25 December 2011

Mood baik je nak update peserta tapi...

budak-budak dua orang ni dok berkelahi la pulak. ada je yang tak kena. tension la pulak ibunya ni. tambahan pulak pagi ni hujan. macam sedap je kalau layan mata. hahaha... tapi perut la pulak berkeroncong. nak makan apa la pagi ni? macam malas je nak masak. huhuhu...

ingat nak goreng durian. tapi penyakit M tu ada. mahu layan Azfar tidur sebelum fikir nak makan or nak masak apa. hmmm... ada suggestion? kamu-kamu makan apa?






my foot: baju pun banyak lagi tak basuh. semuanya tunggu mood. ngeee...


Who killed your father?




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign