✿ Rumah SalYa ✿: November 2011

Fresh from the owner...

30 November 2011

Mesti kaya ke? Hargailah apa yang kita miliki.



tertarik dengan status ni kat wall FB kawan aku. zaman sekarang ni semuanya mengejar kebendaan kan? kadang-kadang yang sedikit tu pun ada yang tak bersyukur. alhamdulillah... aku bersyukur sangat sebab aku bukan jenis yang meminta-minta. setakat berkeinginan tu ada la. tapi lebih pada teringin dan simpan sendiri.

encik suami pernah melalui tahap kejatuhan yang teruk. even dia pernah cakap dia tak pernah rasa jatuh seteruk ni. jatuh terduduk. dan dia kesiankan aku dengan anak-anak sebab tak dapat nak bagi apa-apa kecuali barang-barang keperluan. dan aku pernah cakap dengan encik suami: "Sekurang-kurangnya kita cukup makan pakai. Ada orang langsung tak ada apa-apa. Makan siput lagi. Kita boleh jugak makan nasi dengan lauk ayam lagi."

banyak sebab kenapa dia jatuh. dan walaupun dia tak tunjuk tapi dia selalu rasa tertekan. bila tanya, dia selalu cakap okay je. pesan dia pada aku, cuma jaga hati dan bagi moral support je. selebihnya, bab cari duit, itu kerja dia. orang sekeliling tak tahu tentang keadaan dia dan tak faham kenapa boleh jatuh macam tu sekali. tapi kami anggap ni semua dugaan Allah. dan encik suami selalu cakap: "Ada sebab kenapa DIA uji kita macam ni. Dan rezeki tu DIA yang beri. Usaha, yakin dan percaya. InsyaAllah, ganjarannya manis di kemudian hari."

semuanya ada hikmah tersendiri. sama ada kita sedar akan hikmahnya atau tidak, Allah penentu segala-galanya kerana DIA yang memberikan segala ujian dan dugaan kepada kita. ada orang langsung tak bersyukur dengan apa yang dia orang ada kan? bila dah hilang dan rasa yang lebih teruk baru menyesal. entah apa la nak jadik dengan spesis orang sebegini.





my foot: semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang terlalu meminta-minta dan sabar menghadapi segala cabaran. amiiinnn!!!

~ WW #6 ~








my foot: abah tanya kenapa masam sangat muka Azfar? okay... dia nak tidur sebenarnya.


Bluetooth and Wi-Fi!!!




GA: Jelajah Jemari Asmara!



pagi Rabu ni nak sertai GA daripada Puan Zefa. support GA kawan-kawan. hadiah daripada Jemari Asmara pun best. tak rugi pun join GA ni. mana tahu untung nasib boleh menang.

tarikh tutup GA ni 1 Safar 1433H bersamaan dengan 26 Disember 2011. jangan tunggu lama-lama. nanti ter'missed' tarikh dah rugi.

"apa yang saya suka tentang Jemari Asmara? hakikatnya, saya masih dalam proses mengenali dan juga menjelajahi blog Jemari Asmara ini. saya tahu tentang blog ini pun dua tiga bulan lepas dan tertarik dengan bahasa yang digunakan.



penting sesuatu bahasa tu kan? walaupun blog untuk diri sendiri tapi kata-kata yang tertulis ada masanya cukup mencuit hati dan perasaan.



ada juga terselit motivasi untuk lebih memajukan diri.



juga kata nasihat dan pandangan untuk renungan bersama agar diri sendiri tidak lupa, apatah lagi kita yang membacanya.


dan yang paling saya suka adalah ruangan resepi. menjadi atau tak tu perkara kedua. yang pasti, apa yang kita masak itulah yang akan menjadi santapan keluarga. apa yang penting air tangan ibu walau sesibuk mana sekalipun bekerja.

itu yang dapat saya simpulkan tentang Jelajah Jemari Asmara saya ye!!! harap-harap ada rezeki saya. kalau tak bernasib baik pun tak apa. sudah tertulis semuanya tu. hehehe...


- ID follower: anisalya
- Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list di sebelah kiri (Lovely Mom)
- Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di sudut kiri bawah




pics godek2 di Google Image


29 November 2011

Okay!!! Buat penat je ada debit card.

welcome!!!


apa cerita ni weh? banyak sangat ke duit dalam debit kad tu? hehehe... mana ada la. hari tu nak makan pizza sebab macam tertarik je dengan pizza Ultimate Cheesy 7 tu. my BIL la belanja. hehehe... tapi dia cakap guna debit kad Maybank la. dapat less 30%. sebab dia tak ada Maybank, dia masukkan la dalam akaun orang yang ada Maybank (dia belanja kan!).

dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, keluarga kecik kami ni pergi la ke Pizza Hut ditemani my SIL sebab yang bakal meng'oder' pizza tu nanti aku la. encik suami malas nak order-order ni. boleh la jalan pimpim tangan sebab anak-anak tinggal dalam kereta. hari hujan. bawak dia orang semua tu kira bawak jalan-jalan je. sebab tu jugak bawak my SIL. tolong tengokkan anak-anak kejap. hahaha... ambik kesempatan gitu.

inilah Ultimate Cheesy 7 kepunyaan aku. ni baru first slice. hehehe...


memang dapat beli pizza tapi yang jadi masalahnya, waiter kat kaunter kata tak boleh guna kad debit. ada masalah apa entah. dan service sangat slow. boleh ulang makan sup tu empat kali. mungkin lebih. sebab ada pelanggan yang makan kat situ siap tanya, lambat lagi ke. sekalipun cuaca sejuk, takkan la servis sesejuk cuaca kat luar tu. aku siap boleh ke Watsons beli barang dengan tengok-tengok barang lagi. 

jadik in the end, tak ada la less 30% tu. bayar macam harga biasa. cumanya time tu, Ultimate Cheesy 7 tu datang dalam pakej. beli satu lagi pizza dengan harga berbaloi la konon. so me ambik set tu. tambah satu je lagi pizza Supreme Chicken.

Chicken Supreme sebelum direbut.


balik kiranya dah nak Maghrib. lepas solat baru la ada makan beramai-ramai. boleh tahan la Ultimate Cheesy tu. especially kalau suka cheese macam aku ni. memang sedap la. cuma cream cheese tu je la yang kureng sikit. tapi kalau cicah dengan cili sos, sedap je. dan tambahan makanan malam tu adalah ini:

dalam pada nak beli pizza, dibelinya jugak KFC.


memang pesta makan-makan la. aku makan 3 keping je. dua ultimate dan sekeping chicken supreme. ayam kongsi anak-anak punya je. time hujan. perut memang lapar. makan je.






my foot: sekarang ni dah ada baru pulak pizzanya. macam-macam la.


Berwajah baru la.

blog dah bertukar rupa. editied by Shiela Latif. terkejut jugak pagi ni bila buka tengok dah ada rupa baru. thank you yang!!! saya suka dengan hasil kerja awak. puji lebih-lebih nampak? hehehe... kalau nak edit blog, boleh je ke blog shiela. dia sure layan dengan baik.

mahu menikmati permandangan blog ni kejap ye. hehehe... bukan taksub tapi menyayangi je.







my foot: hari pertama untuk encik suami. semoga dirahmati Allah hendaknya.


28 November 2011

Auto publish!!!



aku rasa, siapa je yang ada entri 4-5 or more sehari tu mesti guna autopublish kan? unless online guna handphone. tak pun masa tu kat tempat kerja. tapi kalau banyak sangat entri mustahil la pulak boleh online je 24 jam. kalau tak ada kerja tu lain la.

sama la jugak macam aku ni. taip entri banyak-banyak lepas tu autopublishkan je. bukannya boleh online sentiasa. tak ada masa jugak. dengan anak-anak lagi. kerja yang tak pernah selesai lagi walaupun cuma fulltime housewife. tapi tetap sibuk ye.

macam nerti inilah. ini autopublish. terpaksa la buat macam tu. nanti nak BW senang sikit. tapi kadang-kadang tu dok melyan ke anak-anak ni dapat la buat satu je entri. ada masa tu kalau ada benda lain nak kena buat, langsung tak sempat nak update. hehehe...

rutin blogger macam tu la. apa pun, janji happy.




my foot: ingat nak lajutkan tempoh GA la. macam pendek je ruang masa untuk kamu-kamu carik pic. macam la ada sambutan sangat GA tu. tak apa la. buat pun untuk kepuasan diri. sob... sob... sob...

pic godek2 kat Google Image



27 November 2011

Untuk renungan bersama.






my foot: pernah bacakan cerita Kura-kura dan Monyet to the kids. ceritanya macam dalam pic ni la. dia orang jumpa sebatang pokok pisang. Monyet nak bahagian atas dan bagi kat kura-kura bahagian bawah. in the end, yang monyet rasa dia akan dapat hasil lumayan sebab dapat bahagian atas, tak dapat apa-apa pun. tapi kura-kura pisang dia akhirnya berbuah. tu yang ada peribahasa: 'Don't judge a book by its cover!'


Magic sakit hati!!!







my foot: kalau buat magic macam ni sure cepat terkenal. cubalah!!!


Sudah masuk tahun baru pun kita.



tutup buku lama dan buka buku baru. buku lama jangan dibuang. sesekali kena buka juga untuk nilai kembali apa yang telah kita lalui, hilang dan apa yang patut diperbaiki di tahun baru ini. cuma tutup saja buku duka. gantikan dengan buku ceria. semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih kuat, tabah dan sabar.

tahun baru juga menuntut kita menjadi hambaNYA yang lebih baik. sesuatu yang patut kita renungi dan muhasabah kembali diri andai ada kekhilafan yang tidak kita sedari yang menuntut kita kembali kepadaNYA menjadi hamba yang lebih bertakwa dan beriman. peringatan juga untuk diri sendiri. masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. semoga tahun baru ini kita lebih bersemangat. 

1 Muharram detik permulaan
perkiraan tahun Islam Hijrah
perpindahan nabi dan umat Islam
dari Kota Mekah ke Kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semnagat tegakkan syiar Islam
untuk sepanjang zaman


Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah. 1 Muharram 1433H.






my foot: rasa macam baru je kita melangkah ke tahun baru 1432H. alih-alih, masuk tahun baru 1433H dah. cepat sangat masa berlalu.

pic godek2 kat Goole Image

26 November 2011

Jewel ni macam best je!!!


masa beli Jelita hari tu terperasankan iklan ni. mula-mula tu ingatkan apa benda la ni. rupa-rupanya set penjagaan muka terbaru daripada Alaisyah dengan nama JEWEL. macam menarik je. macam tertulis kat atas ni la. Jewel ni terhasil daripada emas, berlian bla... bla... bla... in conclusion, mineral asli. kalau sebelum ni ada emas dalam Rania Gold dan Iffah Syahirah. yang ni ada batu permata ye.

aku try jugak carik kat Watson masa jalan-jalan nak beli pizza. tapi tak ada pulak lagi produk ni. ingat nak try kalau-kalau sesuai dengan kulit boleh stick dengan produk ni. sekarang aku guna Garnier untuk cuci muka dan jugak BB cream. okay je setakat guna ni. lagi pulak, kulit aku ni alhamdulillah. tak ada masalah. cuma masalah minyak kat area T-Zone tu la. mungkin sebab aku tukar pada Garnier light kot. sebelum ni guna Aqua. okay je.

setakat cuci muka ni rajin je la. tapi kalau nak pakai krim siang malam dengan serum tu la payah sikit. kadang-kadang ingat. kadang-kadang tu hampeh. bukan malas nak jaga kulit tapi ada la malas-malas sikit tu. saja tak nak mengaku.

next time around, nak try lagi tengok kat Watson. kot-kot dah masuk dalam pasaran Watson kan? hari tu tak masuk lagi sebab terlalu baru agaknya. survey-survey je la dulu. kalau ada trial pack, beli trial pack je. ada siapa-siapa yang dah pernah cuba ke produk ni?







my foot: ingat nak guna produk Zai's Beauty je. tapi ada pun kat Shah Alam. kalau dekat-dekat tu nak jugak pergi beli. mahal tak apa asal tak bagi kesan pada kulit 10 tahun akan datang. hmmm.. dok memikir lagi ni.


25 November 2011

FF - Ada yang berminat?







my foot: tengok kat FB siapa pun aku dah lupa. tapi iklan macam ni memang menginsafkan pada yang hatinya masih terbuka untuk menerima kebaikan. sentiasa berdoa agar hari terang dan sentiasa terbuka menerima teguran agar diri tidak alpa kepadaNYA.


My BIL's wedding!!!

kek untuk acara sesi potong-potong dan suap-menyuap.


sambungan entri ini. my BIL balik daripada laut 5 days earlier. disebabkan akad nikah buat kat rumah, memang banyak la benda yang tak settle lagi. daripada cat, hantaran, goodies pack. encik suami balik awal jugak ke kampung daripada Johor. dia la yang dok arahkan buat itu dan ini. my BIL and all the BILs jenis menunggu arahan. tak ada arahan tak adalah pergerakan. even my MIL said, kalau encik suami tak balik tak tahu la apa nak jadik.

‎8 Golongan Doanya Sangat Mustajab.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






1-Orang berada dalam kesusahan.

2-Orang yang dalam keadaan keluh-kesah.

3-Ibu bapa mendoakan untuk anaknya.

4-Doa Imam yang adil.

5-Doa orang-orang soleh.

6-Doa orang dalam musafir kerana Allah.

7-Doa seoarang anak yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8-Doa orang berpuasa ketika berbuka puasa.






my foot: Allah itu Maha Pengasih, Penyayang dan Pemurah. selagi berdoa dengan ikhlas, DIA tidak pernah melupakan hambaNYA.

pic godek2 kat Google Image


24 November 2011

Hujan oh hujan!!!

aku dah selamat sampai kat Pahang hari selasa petang. dalam keadaan hujan yang lebat dan renyai-renyai. ada certain area hujan lebat. certain kawasan pulak tak hujan langsung. dan certain kawasan yang lain hujan bukan main lebat. even masa turun daripada rumah my MIL pun hujan lebat gila. encik suami cakap tak nampak jalan.

tapi alhamdulillah... perjalanan kami selamat adanya. sampai rumah my father, nak kena kemas bilik la, lipat baju, susun baju, tukar cadar bagai. basuh baju yang menimbun. pergh... kerja yang tak pernah habis! tambahan bila cuaca lembab macam ni, baju susah nak kering. rasa macam nak beli drier je tapi my SIL kata baju dia habis rosak bila guna drier. dia tak beli tapi guna dobi punya. basuh kat rumah, dry kat dobi. self-service.

musim tengkujuh paling sedap tidur dan ramai jugak yang tak ambik perhatian langsung bahaya air tu. kalau banjir sekalipun, tak semestinya kita boleh main air macam tu je. kalau air setakat paras buku lali tu okay la. kalau kena yang paras pinggang tu memang saja je la kan?

dan hari ni bawak Azfar ke KKIA. monthly check and inject 6 bulan. hensem boy saya ni menangis la pulak sebab lama sangat nurse letak jarum kat pehanya. apa la. dan berat Azfar setakat bulan ni dah 8kg. dah besar dan makin berat. huhuhu... nurse pun cakap Azfar chubby.

hensem tak saya?






my foot: encik suami dah nak balik Johor. tinggal la anak-anak dengan aku je. macam biasa la. hopefully they will do just fine dan encik suami pun akan sihat-sihat je kat sana.


22 November 2011

Harimau Malaya baham sayap Garuda.




gol daripada Baddrol Bakhtiar inilah yang membolehkan Malaysia menang sepakan penalti dan menang ibu segala pingat. walaupun Indonesia dah menang banyak pingat emas, takkan sama dengan menang emas untuk bola sepak.

apa pun tahniah dan Rabu ni team yang sama akan jumpa dengan Syria. walaupun penat tapi perjuangan tetap kena teruskan jugak. good luck Harimau Malaya.






my foot: pengulas bukan main lagi. sama seronok dengan pemain.


Ada apa dengan Asrarudin?



kalau tak sebab gol penyamaan daripada Asrarudin ni, kita belum tentu dapat pingat emas untuk bola sepak. tapi bukan itu yang aku nak cerita. dalam pada orang rumah ni dok meneka siapa la yang akan sumbat gol bagi team Malaysia, Anis dok bising-bising sebut 'Asrarudin'. bukan sekali tapi banyak kali.

abahnya tanya, Baddrol Bakhtiar ke sumbat gol. Anis geleng. aku tengok je. lama sikit, memang Asrarudin yang sumbat gol. memang bersorak gila orang kat sini. lepas tu abahnya tanya lagi, siapa yang akan buat Malaysia menang. tapi Anis diam je. last-last dia masuk bilik tidur.

dan memang betul, tak ada siapa yang buat Malaysia menang sebab terikat satu sama terpaksa la ambik sepakan penalti. dan Malaysia menang dengan cara tu. memang terbaik la game tadi.





my foot: hahaha... kebetulan ke? kebetulan je tu. my BIL siap cakap: "Patutlah Anis tak jawab bila tanya siapa score lepas ni. Memang tak ada orang pun."

21 November 2011

Mampu ke Harimau Malaya mematahkan sayap Garuda?

harapnya kita menang la malam ni. semua orang semangat nak tengok bola ni. aku? tak ada la semangat sangat. dok melayan Azfar je lebih. hohoho...

good luck la untuk Harimau Malaya.





my foot: kalau hujan kat sini, alamatnya tak dapat tengok bola la. mesti tension orang rumah ni. muahaha...


Eh, ada BE sangkut kat blog kecik ni!


terima kasih nuffnang sebab bagi dua BE untuk blog kecik ni. entah ini BE yang keberapa, aku pun tak pasti. tapi terima kasih daun keladi. lain kali beri la lagi. muahaha...







my foot: mesti ramai yang dapat BE kan? orang sibuk nak tengok bola, kita cerita pasal BE pulak. hehehe...


The kids!!!


ini my kids dengan twin cousins dia orang. ni time resepsi. kebetulan, cuaca cerah panas. budak-budak ni bergerak ke sana sini macam tempat tu dia orang yang punya. mujur jugak buat kat dewan. jadik ada space untuk dia orang ni berjalan tanpa perlu fikir selamat ke tak kalau dia orang main. sebabnya, kereta parking kat luar. yang parking kat dalam tu families je.

4A's. dia orang ni ada masa tertentu kamceng la.ada masa, bergaduh jugak. kena pulak Alya memang dominan. garang. dia kecik tapi suka buli orang. dia tak kira siapa. hopefully jangan samapi besar macam tu dah le. tapi ada bagusnya jugak. orang pun tak berani nak buat macam-macam kat dia.

next year nak hantar sekolah. entah macam manalah keadaan dia nanti. huhuhu...






my foot: anak nak sekolah, ibu pulak yang risau lebih. dia mesti okay punya la.


Dah kahwin dah my BIL.


ni entri tak sempat nak published. my BIL dah selamat jadik suami orang 4/11/11. hari jumaat. akad nikah kat rumah lelaki. baru aku tahu. according tu encik suami, kalau sama mukim, sunat akad nikah kat rumah lelaki. kalau lain-lain mukim tu tak apa la. tapi aku tengok trend sekarang, even sama mukim pun still akad nikah kat rumah perempuan. tak pun kat masjid. punya la aku ni tak tahu. huhuhu... 

Dalili Michelle, Deqwan, Zahiril Adzim dan Sheira Ayob dah selamat pun.

semalam tertengok Melodi sebab my SIL dengan biras ni tengok rancangan tu. tengok pun dah dekat nak habis. so, dapat la tengok pengacara Melodi Michelle Wee atau nama Islamnya Dalili yang dah selamat jadik isteri kepada Deqwan. manis je rupanya. Michelle dah convert since Julai this year.

Zahiril Adzim dan Sheira Ayob pun dah selamat jugak jadik husband and wife. musim artis kawin ek. dalam pada tu, heboh jugak dengan perkahwinan Syella Kamaruddin yang cecah RM15 juta. hmmm... perlu ke cakap perkahwinan tu cecah RM15 juta?! boleh keep it as a secret kan? tak ada la nak dengki-dengki. tapi artis ni masa nak kawin canang bukan main lagi. tapi bila ada je yang tak kena, senyap. no comment bagai.

apa-apa pun, harap masing-masing bahagia. semoga kekal ke akhir hayat. eh, Ezylnn pun dah selamat jadik wife orang. jom la layan gambar pics kawin artis-artis ni.

Dalili Michelle dan Deqwan

Zahiril dan Sheira

persalinan kedua Zahiril dan Sheira

Syella Kamaruddin dan perkahwinan RM15 juta

seksi kan? huhuhu...

Ezylnn yang sah bergelar isteri







my foot: ada lagi yang nak kawin ke? hehehe...

pics kredit to Beautifulnara, Kosmo! online dan godek2 kat Google Image


20 November 2011

Cuaca yang sangat sejuk dan kemalasan yang melanda.

semalam cuaca cerah je. tapi pagi tadi dah start hujan. lebat pulak tu. pergh... sejuk gila!!! my MIL pulak baru je balik daripada Melaka after sending my SIL kat Tangkak. dah tua-tua baru la dapat berjalan. masa muda-muda dulu arwah my FIL kerap tinggalkan my MIL. dah berumur ni la baru dapat ikut anak-anak berjalan-jalan.

pukul 12.30 pagi tadi baru sampai rumah. berjalan sakan eh. hari tu pergi JB hantarkan kereta untuk anak daranya yang jadik doc kat HSA tu. bila dah sejuk sangat pagi ni, jadik malas pulak nak bangun awal. lepas solat subuh, dok baring-baring melayan Azfar. mamat ni morning person. kalau kita bangun solat, dia pun sama sibuk la.

daripada baring-baring tu, terlelap pulak. sedar-sedar je rasa Azfar tepuk muka. eh, mana pulak Azfar ni?! pesal gelap ni? meraba-raba kejap dalam gelap dok mencari Azfar (ingatkan mimpi tadi). hahaha... boleh pulak gitu?! 

MIL kot tutup lampu semua. tengok-tengok jam dah pukul 7.45 am. tak ada orang pun bangun lagi. semua dah bermalas-malasan. okay, hari yang sejuk dan aman damai memang macam ni kan? sabar je la.






my foot: weekend kamu-kamu macam mana?

19 November 2011

Malaysia jumpa Indonesia di final Sea Game!!!


game belum tamat lagi. tapi Indonesia dan score 2 dan Vietnam 0. nampaknya kita akan jumpa Indonesia juga di final nanti. mesti gamat dan gawat. tambahan pulak dua tunggak utama Malaysia tak main. harapnya boleh pertahankan emas.

tapi kalau gagal jugak bersyukur la dengan sekadar kilauan perak. tapi apa yang pasti kalau tak berusaha takkan berjaya kan? kalau sebelum ni boleh kalahkan Indonesia, kenapa masa final nanti tak boleh. cuma kena bermain dengan lebih baik la. itu je.







my foot: harapan rakyat Malaysia terutama peminat bola ni tinggi. tapi jangan terlalu mengharap sebab nanti kalau kalah mula la nak menuding jari, nak mengata pemain itu tak baguslah apalah. semangat kesukanan kena tinggi okay. good luck untuk team Malaysia.

pic godek2 di Google Image


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign