✿ Rumah SalYa ✿: October 2011

Fresh from the owner...

31 October 2011

Ada apa dalam Jelita keluaran November 2011?


lambat sampai majalah ni kat sini. hari tu masa my friend called bagitahu tentang tu, esoknnya encik suami carikkan tapi kedai-kedai cakap tak sampai lagi. so, menunggu je la. esok, encik suami balik minta dia carikan sama ada beli kat Terengganu je or balik sini baru cari semula.

ada apa kat dalamnya? nanti dah dapat baru boleh cerita. hehehe...




my foot: sabar menanti walaupun dah terbawak-bawak dalam mimpi. huhuhu...

pic daripada portal rasmi Majalah Jelita di FB!


Azfar dan ...??? Hmmm...

ini saya punya. awak ada?


nak cerita pasal budak kecik ni. sangat suka masukkan benda dalam mulut. tangan orang, tangan sendiri, apa-apa je yang kita bagi dia dengan riang rianya kunyah. gatal gusi kot. jadik baru-baru ni aku belikan dia mainan. walhal, Alya dengan Anis pun ada benda laha ni. tiap-tiap anak ada satu. bukan tak nak bagi yang kakak-kakaknya punya tapi biar la dia ada mainan dia sendiri. yang kakak-kakaknya punya entah ke mana la menghilang. ada. cuma malas nak mencari. hehehe… 

macam ni la rupanya dia bila dapat mainan yang aku belikan tu. memang excited. tapi yang lagi excited adalah sepupu-sepupunya tu. sibuk je. bukan tak pernah tengok pun sebelum ni. tapi entah la bebudak ni. pantang nampak ada benda baru. mesti nak tengok punya la. 

sekarang ni aku dok mencari kemana pulak la menghilangnya mainan Azfar ni. lupa dah letak mana. ngeee… harus cari baru ke? mungkin tidak!!! 


saya lapar ni. makan dulu!



my foot: carikan mainan yang sedia ada untuk Azfar so, senang la dia nak kunyah-kunyah.









Esok nak balik kampung ye!!!

daripada Terengganu encik suami akan balik ambik aku dengan anak-anak esok. bila dia akan sampai dan bila pulak nak bertolak semula ke sana, tak tahu la lagi. barang-barang pun tak packing lagi ye. baru je lipat-lipat baju nak susun dalam almari baju aku, encik suami dan anak-anak. okay, aku dan encik suami ada almari baju yang berbeza. senang gitu. hahaha...


tujuan balik yang utamanya sebab my BIL nak kawin. akad nikah hari jumaat dan majlis kedua-dua pihak hari sabtu. ahad tu dah raya haji. so, sambut semua sekali kat sana la. insyaAllah majlis akan buat kat dewan. katanya senang sebab keluarga duduk dekat-dekat je. depan dengan belakang. jadik buat majlis sekali harung je. tak payah nak buat dua tiga kali.

tapi pada aku la. walaupun dekat dan mungkin jimat cost, aku still prefer dua majlis yang berlainan. kawin ni sekali seumur hidup. dan itu jugak yang kita harapkan. pada aku la kan, momen tu takkan berulang lagi dah. nanti bila tengok pics kawin rasa menyesal pulak la sebab tak buat dua majlis. macam aku sendiri, rasa macam nak buat majlis semula sebab ada yang pincang pada majlis aku tu dulu walaupun akhirnya semua berlangsung dengan baik. mungkin next year boleh buat outdoor photoshoot sempena ulangtahun ke-5. siapa tahu kan? ngeee...

my BIL terlebih mampu nak buat majlis lain. tapi jenis dia malas nak berfikir. orang kata macam tu, macam tu la. lagipun aku rasa dia sukakan sesuatu yang mudah. yang tak serabutkan kepala dia. apa yang penting akad nikah tu. nanti aku cerita lagi la ye pasal wedding ni bila masanya tiba.





my foot: masa wedding aku dulu, semua aku dan encik suami uruskan sendiri. reasonnya encik suami tak nak susahkan my MIL. my MIL ada jugak bunyi tapi better macam tu. mungkin dia terasa tapi kami tak nak dia susah-susah. kesian dia.

pic godek2 kat Google Image


30 October 2011

Awas ha!!! I'm dangerous!!!






my foot: takut tak? takut tak? hahaha... sure takut punya la...

Negeri Sembilan 2-1 Terengganu!!! Huhuhu...



Piala Malaysia dah habis. so, tunggu next year punya game pulak ye. ini gol sepanjang perlawanan. mesti ada yang menyirap kalau tengok ulang tayang gol ni kan?

dedicated video ni khas untuk encik suami. next time around, kita tengok lagi ye gol ni. hahaha...




my foot: mesti ramai gila yang tengok bola semalam kan? aku? tidur je. ngeee...

29 October 2011

Okay! Terengganu tewas sudah. Cuba lagi ye next year!!!

encik suami dok sibuk sent sms sepanjang perjalanan dia balik daripada Johor ke Terengganu. sempat ke tak dia sampai sebab dia balik naik bas. dia kata driver bawak slow je. kenapa? nak tengok final Piala Malaysia la. negeri kelahiran dia main.

kenapa sampai ke Terengganu? bukan ke dia boleh tengok kat Johor or balik Pahang je? my MIL mintak dia tengokkan his sister dengan anak buah seorang esok sebabnya my MIL nak ke Shah Alam. my BIL konvo. itu la alkisahnya. dan sepanjang perlawanan pun dia dok messaged lagi. masa Terengganu gol bukan main lagi dia. tapi bila Negeri Sembilan gol di saat masa perlawanan berbaki sikit je lagi, dah cuak dah masing-masing. penalti ke?

last-last Negeri Sembilan score lagi. dan tak mungkin untuk Terengganu kejar. terpaksa terima hakikat yang Terengganu kalah 1-2 kepada Negeri Sembilan dan Piala Malaysia ke sana jugak. syabas buat Negeri Sembilan dan Terengganu sebab main game yang memberangsangkan (aku dengardengar je. bukan tengok pun. hehehe...).

next year boleh cuba lagi ye Terengganu. at least dah masuk final tu kira terbaik dah. kalah menang tu adatlah kan?!



p/s: kepada kawan aku, tak ada cutinya untuk Terengganu esok. sekolah macam biasa ye dan selamat mengajar. hahaha...





my foot: encik suami sure tak banyak bercerita tentang kekalahan Terengganu esok pagi. ngeee... sabar je la ye. jangan tak sokong Terengganu lagi. jadik la macam fans Kelantan. menang sorak walaupun tak menang games!!! ✿◕  ◕✿

IKan celup tepung ala Kentaki!!!

hari tu kan encik suami buat kayu keramat aka lempung. kayu keramat tak tahu la asalnya dari negeri mana. tapi orang Ganu panggil kayu kramat. hehehe... betul ke tu? bila kat Pahang especially daerah aku ni ada yang panggil kramat, ada yang panggil lempung. bukan nak cerita pasal kayu keramat ni lagi.

tapi nak cerita pasal ikan celup tepung. encik suami jugak yang buat sebab ayah aku ada beli ikan kembung fresh. baru naik daripada laut. besar-besar pulak tu. memang sedap la kalau buat celup tepung. dah dia offer diri nak buat, aku iyakan je la. bukan senang dia nak buat. tapi yang tukang goreng dah tentu la aku.

ini rupa yang dah dicelup dengan telur dan tepung jagung.

yang ini tengah goreng la.


memang sedap la. sampai dua kali buat. malam tu sekali. yang tengahari tak puas makan sebab buat dua ekor je. aku pulak kongsi dengan Alya dan Anis. malam tu buat tiga ekor. aku seekor dan anak-anak yang dua orang tu kongsi seekor. hehehe... tapi malam tu dia orang banyak makan kulit tepung yang digoreng. sebabnya encik suami bancuh tepung jagung tu dengan telur. mabeles la. pedas-pedas gitu. sampai ke tulang-tulang nak dimakannya. 

rupa ikan lepas goreng? nan ado. hehehe... tak sempat nak snap dah masuk perut dulu. lain kali la snap kalau encik suami rajin buat lagi.





my foot: terima kasih la Yang sebab rajin masak. awak rajin carik resepi. saya malas. ngeee...


Header baru. Macam mana? Comel tak?



sesekali nak tukar header baru. bentuk doodle pulak. cantik kerja cik adik manis ni.  orang pandai berdoodle. kadang-kadang dengki la pulak. pesal la aku ni tangannya tak berseni? hehehe... ala, dah tentu ada kelebihan lain pulak kan? masing-masing bukan ada ability and speciality yang sama. ewaahh...

ni header lama. boleh tukar-tukar header anytime je.


kalau rasa nak ada header baru, pergi la terjah blog si manis ni: merahitujambu. promosi masih ada lagi. cepat sebelum terlambat. kalau tak nak buat header, but watermark pun boleh. simpan je pun boleh. hehehe...





my foot: thank you la yang. i loike...


28 October 2011

Ada BE tengah running!!!



ada dua BE yang tengah running kat blog ni.
tiba-tiba je nak cerita pasal BE kan?
seronok tengok orang dapat banyak BE.
jadik bila dapat BE, join seronok kawan-kawan yang dapat tu.




my foot: terima kasih ye nuffnang!!!



Main masak-masak!!!

tajuk tak sama dengan entri ye. lately encik suami sangat suka main masak-masak. actually bukan main masak-masak pun. bila dia demam hari tu dia nak makan kayu keramat aka lempung. dia ada tanya aku reti ke buat. dengan jujur dan ikhlas, aku jawab tak. tapi kat kedai ada je jual. dapat la dua kali dia makan yang beli sebelum dia google for the recipe. nak harap aku? malas kadang-kadang tu. hehehe...

dia memang rajin carik resepi. kadang-kadang dia buat sendiri. kadang-kaang aku yang kena buat. macam kayu keramat ni, dia sediakan bahan je tapi aku la yang kena uli bagai. tak sempat tengok dia isi apa dalam bekas. sedar-sedar je dia panggil mintak tolong uli.

rupa mungkin kureng tapi rasanya sedap la.


hasilnya? memang terbaik la. dah tiga kali buat. anak-anak buah makan siap cakap sedap lagi aku buat (walhal yang buat orang lain, dapat nama aku la jugak. hahaha...). semalam ada balance sikit daripada hari sebelum tu. aku modified tambah planta lebih sikit. jadik crunchy la. encik suami tak suka planta banyak sebab dia cepat muak. anak-anak buah aku siap nak beli tu. seringgit 6 biji katanya. dia sanggup bayar sebab nak makan. boleh gitu?

first time buat bentukkan panjang-panjang. last-last malas punya pasal bentukkan bulat-bulat je. bila buat bulat-bulat lagi rancak pulak bebudak ni makan. kena pulak makan time hari hujan. makan panas-panas. memang sedap la. hehehe...




my foot: next time around kena tanya apa bahan-bahan yang dia gunakan. yang aku tahu sodium bikarbonat, gula, tepung gandum, perisa pandan sikit, pewarna kuning sikit, yis. apa lagi? harus tanya. suami kalau sesekali dia masak, memang sedap kan?

Kenduri hari sabtu dan Azfar cucuk 5 bulan!!!

hari sabtu lepas pergi kenduri kawin. dekat je dengan rumah. dekat sangat tu tak la jugak. encik suami bab-bab kenduri ni dia suka sangat sebab kat sini ada opor. dia memang suka opor. tapi kadang-kadang tu tak ada opor pun. ada kari or daging masak kicap. dan kebetulan rumah yang pergi kenduri ni masak opor. rezeki dia. dan pulak masa kami pergi, hujan ada la dalam setengah jam dah berhentinya.

sampai je kat sana, aku ajak encik suami duduk hujung sekali. masa aku dengan encik suami duduk, ada satu family ni baru je habis makan. dia orang tengah makan rambutan. aku senyum je. lama sikit, si anak cakap: "Macam pernah tengok!" aku senyum lagi. aku kenal la dia orang ni sebab dia orang ada hubung kait dengan member aku masa sekolah menengah dulu. lepas tu maknya cakap: "Tanya la."

amik pic family sekeping sebelum pergi kenduri.


aku pun tanya dia ni sepupu member aku tu ke? saja nak berbasa-basi. hehehe... last-last anaknya tu tanya, betul ke aku ni kakak bla... bla... bla... okay! awak tau nama saya. saya pun tau nama awak. mak dia cakap: "Pernah jadik cikgu dulu kan?" okay mak dia pun kenal aku. ngeee...

bila dia orang tengok Azfar, dia orang tanya umur. aku cakap la baru 5 bulan. dia orang cakap: "La... ingatkan dah setahun." Azfar dah setahun ke? kecik-kecik comel tu dia orang kata macam setahun. mesti kes anak-anak kecik. tu yang cakap budak besar Azfar macam budak umur setahun. or memang budak-budak sekarang ni cepat je besarnya? entahlah...

dan semalam, bawak Azfar cucuk 5 bulan. berat dia okay la lepas demam panas tu hari. dan masa cucuk pun, dia steady je. tak ada menangis pun. memang kuat la adik kecik ni. sesuai dengan nama IZZnya tu yang bermaksud kekuatan. semalam ramai jururawat pelatih. memang satu tempat tu ada la 2-3 orang. pening tengok. kira BMI pun salah. apa kes?

ni budak kecik yang orang cakap setahun plus kena cucuk 5 bulan semalam.





my foot: lepas balik daripada klinik, makan-makan kejap sebelum hantar encik suami. nak balik Pasir Gudang. ada kerja sikit. huhuhu..

27 October 2011

Memang kelakar!!!



p/s: mungkin ada yang dah baca. tapi saja je nak share kat sini sebab kelakar. dah ada dalam draft lama dah. tak ter'post pulak. ngeee...





my foot: lebih kurang sama dengan kejadian me and kawan-kawan masa belajar dulu. Aji (nama budak ni), ni dok siap letak kaki kat pintu kereta nak cuba bukak. tapi tak dapat-dapat. walhal masa dia tekan alarm kereta, kita orang nampak dah kereta lain yang menyala. tapi dia tak perasan, dia pergi jugak kat kereta tu. disebabkan kesian tengok dia terkial-kial, kita orang cakap dia salah kereta. malu dia sey!!! anggap aje la dia tak berapa nak nampak sebab malam kan? hehehe... memang kereta dia sama warna dan paten. Aji... Aji... kelakar la pulak ekau nih!!!


I think...





my foot: senyum la walau macam mana pun keadaannya.


Terima kasih TNB!!!



sebenarnya bengang jugak pagi ni. alkisahnya, TNB kan suka buat kerja awal-awal pagi. kadang-kadang tengah tidur tersedar letrik tak ada. pagi ni pun sama jugak. nasib baik la hujan. cuaca memang sejuk la. pagi-pagi ak ada elektrik pun tak ada hal la jugak. 

tapi kalau dah dekat nak masuk subuh pun elektrik tak ada, memang menjengkelkan sikit la. sebenarnya letrik ni macam biskut chips more. kejap ada kejap tak ada. lepas blakout lama, ada la letrik semula. lama jugak. ingatkan berpanjanganlah. tiba-tiba padam. tak sampai dua minit ada semula. lepas tu padam lagi. dan begitulah keadaannya. adalah la dalam tiga kali laptop ni off. pergh...!!!

time ni orang dah bangun la abang-abang TNB. anak-anak pun nak pergi sekolah dah. apa pun, saya ni tak nak la berfikiran negatif. saya anggap je la ada pokok tumbang ke, tiang elektrik tumbang ke dan anda semua bertungkus-lumus nak bekalkan apa yang ada pada kami-kami ni.

sebab tu jugak nak ucapkan terima kasih di awal pagi sebab dalam hujan pun kamu-kamu masih buat kerja. syabas mere bethe!!! hahaha... toce-toce!!!




my foot: saya tak marah dengan orang-orang TNB sebab my BIL pun kerja dengan TNB. hehehe...

pic godek2 kat Google Image

26 October 2011

Puyuh oh puyuh!!!


according to my nephews, puyuh dua ekor ni ayah aku ambik sebab dibuang oleh seorang manusia. reason kenapa dibuang, aku pun tak tahu. tapi aku perhatikan kat rumah ni, ayam-ayam peliharaan pun dah start mati. dah tiga ekor kot sepanjang minggu ni. mungkin sebab perubahan cuaca sebab sekarang ni pun hujan tak menentu.

anak-anak sangatlah excited tengok burung puyuh secara live. setakat tengok je la sebab ayah aku letak burung dua ekor ni dalam sangkar. aku tak tahu jugak sama ada ayah aku nak bela burung-burung ni atau disembelihnya untuk bagi makan kat anak cucu (macam la isinya banyak. huhuhu...).

apa pun burung-burung ni mesti happy duduk kat sini. anak-anak buah aku dengan benda-benda baru ni dia excited lebih. segala macam makanan dia  orang nak bagi. sure kenyang la kamu. hahaha... tapi kena pastikan jugak sebab ada di antara dia orang ni 'pengganas' antarabangsa. tambahan pulak ayah aku dah jual lembu-lembu belaannya. dah tak ada mangsa untuk pengganas ni lakukan keganasan. bergembiralah sebab kamu akan sentiasa diawasi daripada pihak pengganas terbabit. 



my foot: bila tengok my niece pegang cacing untuk diberi makan pada puyuh ni, teringat zaman aku bebudak dolu. tak ada geli-gelinya nak pegang cacing. tapi sekarang ni? hmmm...


~ WW #3 ~



LOL ^o^ 



25 October 2011

Sedapnya masakan saya. Hehehe...

hari tu encik suami nak makan pecal timun. aku mana pernah makan pecal timun sebelum ni. nak buat lagi la. tak pandai. sedih kan? huhuhu... last year kot tak silap aku, masa balik Terengganu, my MIL buat pecal timun. so, aku tengok la bahan-bahan dengan cara nak buat. kalau ada permintaan senang. kononlah. tapi memang senang pun nak buat.

bila dah lama, aku macam ingat-ingat lupa macam mana nak buat. bila encik suami mintak nak makan, mula la. melilau kejap nak ingat. tapi dalam pada tu buat jugak la. sedap tak sedap belakang cerita. janji buat je dulu. aku pun dah tak berapa ingat macam mana my MIL buat. aku buat style aku sendiri la.

ni la rupa pecal timun aku. tak menarik kan? tapi rasa dia sedap seh! tu kata encik suami la.


resepinya pun senang. aku tulis kat blog ni in case satu hari aku terlupa macam mana nak buat, ada jugak la tempat untuk aku refer semula. untuk tatapan anak-anak jugak. senang untuk dia orang buat sendiri nanti. tak ada la nak tanya ibu dia orang je.

BAHAN-BAHANNYA:

Timun sebatang
Ikan selayang@kembung (4 ekor) - suka ikan banyak tambah la lagi. ikan ni dipanggang
Pati santan
Garam secubit
Serbuk lada hitam untuk pedas
Asam limau aka limau nipis

CARA-CARA:

1. Timun disagat halus.
2.ikan pulak asingkan daripada tulang dan tumbuk lumat.
2. Pati santan tambah air panas sikit. Campurkan dengan garam dan lada hitam.
3. Ikan tadi gaulkan dalam pati santan.
4. Kemudian tuang pati santan dan ikan pada timun dan kacau rata.
5. Perah limau nipis ikut suka nak masam mana.
6. Boleh hidang.


my foot: pecal timun makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng tepung memang sedap. semalam aku makan itu je la. dua kali tambah sebab makan dengan budak kecik. hehehe...


Nak beli yang mana satu ye?

alhamdulillah... Alya sekarang tidur malam tak pakai diapers lagi dah. tapi kena atur la waktu bila dia patut bangun buang air. so, jimat la diapers kat situ. pakaikan untuk Anis dengan Azfar je la. hari tu belikan Azfar CD tapi tak boleh nak pakai lama sebab getah bahagian tepi kat peha tu bagi kesan. chubby sangat susah jugak. huhuhu...

masa nak carik stok diapers, aku carikan Drypers untuk Anis sebab kalau beli Huggies dia senang cabut. dah pandai cabut-cabut diapers ni susah jugak. untuk Azfar aku ingat nak belikan Huggies je tapi bila terpandang something kat Drypers tu terus tukar niat.


ada kemeja T percuma kalau beli Drypers. kemeja T ni pulak sama patennya masa Drypers ada limited special edition tu hari. jadik belikan je la Drypers untuk Anis dengan Azfar. masa beli tu dah terdetik macam manalah kalau sama patennya. selalu macam tu la. kalau terdetik je dalam hati mesti benda tu sama. tapi masa tu malas nak tukar. tak apalah kalau sama pun.

balik rumah je terus bukak dua-dua Drypers tengok betul ke tidak macam yang aku jangka. hehehe... memang betul la patennya sama je. tapi nasib baik jugak dapat paten yang ini:


dua-dua sama je saiz. tak muat lagi kalau Azfar nak pakai pun. jadik satu untuk Alya dan satu lagi untuk Anis. Azfar kita carik yang lain pulak la. hehehe... seronok jugak kalau dapat barang free daripada Drypers ni. hari tu pun Drypers ada bagi towel tapi untuk newborn walhal Azfar dan tak pakai lagi newborn. pakai pun kejap je. kalau ada masa Azfar lahir, sure aku rembat satu. tak pun dua. mungkin jugak tiga. hahaha...

tak ada rezeki kat situ. tak apalah. janji design ni cantik. i like!!!





my foot: boleh pakai kat rumah. boleh je nak pakai bawak pergi jalan-jalan. design tu yang mahal sebab love mummy and daddy. kau ada? hehehe...


Ini baru betul-betul Angry Bird!!!

siapa yang bikin itu burung marah, inilah hasilnya ye:

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*





my foot: memang habis la burung-burung tu lepas ni. muahaha...

sumber: Forum CG!

24 October 2011

Hari ni cuti!!!

Negeri Pahang cuti hari ni bersempena dengan birthday Sultan Pahang. pagi tadi dengar 21 das tembakan meriam. tiap-tiap tahun mesti ada tembakan meriam punya la. last year lupa nak counted berapa das dia orang tembak. dan tiap-tiap tahun jugak mesti ada jualan kat ekspo. benda yang sama dijual setiap tahun. tapi aku rasa zaman aku sekolah dulu lagi banyak barang yang dia orang jual. macam-macam ada.

sekarang ni dah tak banyak macam dulu. paling banyak jual baju dengan tudung la. ada jugak jual karpet dengan toto. tak variety la. dah tak best macam zaman aku bebudak dulu. kalau dulu setiap kali ada ekspo mesti dah siap kumpul duit sebab nak beli barang-barang kat situ. best seh!!!

semalam saja je bawak anak-anak berjalan ke ekspo. seronok jugak bawak anak-anak ni. macam-macam benda ada. layan gambar je la dulu.

yang ni ada nyanyian dikir barat.

kedai jam yang menarik minat Alya. siap singgah nak beli jam.

macam-macam paten angry bird ada. rambang mata tengok. hehehe...

si abah melayan anak-anak yang nakkan croc. Alya pilih hitam hijau. Anis punya kaler hijau pucuk pisang.






my foot: sambil jalan-jalan sempat ambik pics. hehehe... tapi ada jugak yang bawak baby kecik. kesian kat baby tu sebab tempat tu macam panas sikit. orang pun ramai. ada baby yang menangis. Azfar? maintain cool.


Fingers are created for a reason!



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign