✿ Rumah SalYa ✿: September 2011

Fresh from the owner...

30 September 2011

Trend zaman sekarang.

gambar hiasan semata-mata


trend zaman sekarang ni kan. mesti ambil gambar sebelum kawen. gambar pra perkahwinan. apa yang best sangat ye gambar pre-wedding ni? mungkin aku kolot kot bab-bab ni. tapi aku rasa la (pendapat aku je), tak ada pun tak apa. bukannya time kawen tak boleh nak ambik gambar. ambik la gambar peluk sakan pun. tak ada orang nak marah. dah tentu-tentu sah lagi halal gitu. ada jugak lepas habis majlis ambik gambar kat luar. okay je.

aku pun tak faham konsep pra perkahwinan ni. cuma macam dah jadik benda wajib ada. apa-apa jelah. berkemampuan dan rasa wajib ada, teruskan la. kalau rasa nak ikut jugak orang lain untuk ada pre-wedding album pun, ikut kamulah. semuanya terpulang pada kamu-kamu. pada aku, yang tak perlu tetap tak perlu. bukan dengki sebab aku tak ada pics pra perkahwinan. tapi kalau ada pun aku nak buat apa?

ni pun gambar hiasan semata-mata


dibuatnya anak-anak tengok pics pra perkahwinan aku tu dia orang tanya: "Ibu dengan abah ambik gambar ni masa bila?" kalau aku jawab: "Ooo... sebelum hari kahwin ibu!" anak-anak tanya lagi: "Kalau macam tu ambik gambar daring dengan orang lelaki tak salah la ye!?" erk... apa nak dijawab?! kena garu kepala je la. apa pun jawapan yang kita bagi tetap tak menghalalkan apa yang kita buat tu kan? hehehe...




my foot: bukan guru agama, bukan ustazah. cuma tertanya sendiri kenapa mesti ada. hak kamu dan hanya kamu saja yang tahu.

pics godek2 kat Google Image

Rempit oh rempit!!! Jangan sampai tersepit.


bila terjah blog mamanoriz tadi dan ada pulak cerita pasal rempit ni teringat masa aku duduk kat Shah Alam dulu. mula-mula bawak motor. pergi kelas ke meronggeng ke... naik motor je la. Shah Alam kat banyak roundabouts. pernah jugak kena sound dengan budak lelaki masa kat roundabout Seksyen 3 depan McD tu la. aku ingat lagi kata-kata budak tu. " Oiii... ada lesen ke bawak motor ni?!" eh, suka hati saya la nak bawak macam mana pun! saya bawak bersopan macam ni dah kira bagus apa. muahaha...

pernah jugak trlibat secara tak langsung dengan kemalangan melibatkan mat rempit ni. masa tu aku tengah drive. nak ambik encik suami yang baru Shah Alam daripada Johor. on the way tu, ada la segroup budak lelaki ni bawak motor siap whellie bagai. ada la dalam 5 orang. cara dia orang bawak memang menakutkan. aku bukan apa, takut la aku terlanggar dia orang.


itu waktu siang dok merempit. waktu malam tak tahu la macam mana. dalam hati dah terdetik: "Jatuh budak ni nanti baru tahu!" alahai... masin betul la kata hati aku ni. elok-elok je lepas kata, budak soerang ni terlanggar member dia kot. jatuh la terseret kat tengah jalan. aku kira kat belakang dia orang la. mujur jugak tak ada orang lain yang bawak motor berada berdekatan. kalau tak, tak pasal-pasal je terlibat sama. apa jadik dengan budak tu, aku tak tengok. tapi tak teruk sebab dia boleh bangun je lepas tu. cuma  motor la kot jammed sikit.

aku tak tolong? TAK! first sebab aku terkejut. kira aku bawak kereta perlahan je. tu yang dapat tengok semua tu. lepas eksiden tu aku belok masuk simpang rumah siapa entah. called encik suami kejap ambik semangat. kalau bawak laju dan budak tu jatuh depan aku, mahu aku langgar dia secara tak sengaja. macam mana la dengan perasaan orang yan langgar orang ni. lepas tu, orang yang dilanggar tu meningal? aku yang terlanggar anak kucing secara tak sengaja pun dah terkenang-kenang. secondly, ada orang lain yang bawak kereta  berhenti tolong. tu aku tengok lepas semangat dah pulih sikit.

aku pun tak faham apa yang dia orang dapat dengan merempit ni. kepuasan? selama mana? keseronokkan? sekejap je. kalau mati macam mana? seronok la kena seksa dalam kubur tu? tension? tak ada cara lain lagi dah nak hilangkan tension. terjun bangunan la senang deiii... okay, jangan buat ye!!! masih banyak cara nak yang boleh kita buat untuk seronok-seronok ni. rasa macam nak pergi selami je perasaan bebudak tu. aisey!!!




my foot: memang itu la yang patut kita buat. selami perasaan budak-budak ni. menghukum tak membantu. tapi ada jugak yang memang jenis tak boleh nak bantu dan tak mahu dibantu. susah jugak.

pic godek2 kat Google Image

29 September 2011

Tengah berkira-kiralah ni...


bukan nak kira duit la. no money-money. sebenarnya tengah berkira-kira nak tukar tajuk blog kepada sesuatu yang simple. dua patah perkataan je. ada idea tak? mungkin kena buat GA khas ni. rajin ke? tunggu je la ye!!! hehehe... 

mood nak tukar header pun ada. nak tukar yang simple-simple je. mungkin nan tukar tulisan dengan letak sekeping je pic. haruskah ku ubah kesemuanya? masih berkira-kira. pendapatan kamu? 




my foot: ada-ada je aku ni.

pic godek2 kat Google Image

Tiba-tiba pulak rasa...


rasa macam nak sambung buat masters je. dah lama simpan hasrat tu. lepas habis buat degree rasa macam nak sambung je buat masters. tapi hold dulu. aku ingat lagi ada lecturer persuade aku suruh mintak TPM. tapi aku ter'missed' tarikh or actually aku cuak nak hadiri interview. kalau dia tahu aku tak pergi, mesti dia hangin dengan aku kan?!

saya fobia sikit dengan interview la Pak Lah. kalau tak, mesti saya dah jadi lecturer dan tak cukup masa nak layan keluarga kecik saya ni mengikut kehendak suami saya tu. ada hikmah untuk setiap apa yang berlaku. aku percaya tu.




my foot: Ana, jom kita buat masters secara berjemaah nak? hehehe...

pic godek2 kat Google Image

Majlis perkahwinan RM12 juta. Kau ada?

pagi-pagi dah buat dosa gossip-gossip orang ye? hahaha... ni bukan gossip. saja nak simpan memori 'wedding of the year' ni. RM12 juta tu bukan sikit. sekarang ni persiapan majlis Norman Hakim dan Memey Suhaiza tu tengah berjalan kot. persiapan Mahligai New York. bunga-bunga saja diimport okay. dah cecah RM330k. hebat kan? nak tahu lebih-l;ebih boleh klik sini. kredit to murai.com.my.

classic pic Memey Suhaiza. i loike!!!


pics gaun Vera Wang pun dah keluar. cantik ke? entahlah. tengok dan komen sendiri. aku memang tak berapa nak berkenan. nampak sarat je perhiasan dia tu. bukan gaunnya tapi rantai leher dan mutiara. aku sukakan simple tapi nice.

kecik je nampak muka Memey dibuat dek rantai dengan crown tu.

kasut mahal ni. kau ada?

no komen

hmmm... yang ni?

gambar-gambar lain kita tunggu je la ek. tahniah sekali lagi buat pasangan ni sebab time majlis resepsi nanti ada bunga-bunga segar. bunga-bunga tu nanti simpan la ye. penat import daripada luar negara. habis majlis takkan nak buang. takkan buang punya la kan. bunga oh bunga! dah lama tak dapat bunga. kredit photos from beautifulnara.com.





my foot: Danny X-Factor pun dah selamat jadi suami orang. baru ku tahu rupanya. selamat-selamat la semua hendaknya ye!!!

28 September 2011

Berkejar-kejaran dengan masa.

lepas 4 tahun baru ada pic berdua


apa kisah dengan pic tu? dah lama sangat tak ambil pic berdua. last time ambik pun masa raya berdua sebelum adanya Alya. lepas tu ambik pics anak-anak je lebih. hari ni memang tak sempat nak buat apa-apa. encik suami dah nak balik Johor. by the time aku post ni, dia dah selamat ada kat Johor.

so dia request nak makan itu dan ini. kena layan la. itu pun baju-baju dia belum dapat settle. nasib baik jugak dia bawak balik sehelai dua je baju. jadik lipat-lipat letak dalam beg. siap! hehehe... encik suami kalau dia balik, dia akan rquest nak makan apa. biasanya kalau tak tomyam, dia nak sup sayur. tak pun tumis kubis. selayang goreng pedas. tumis kubis tu, dia mesti mintak letak ikan banyak-banyak. baru sedap katanya. selalunya jugak aku akan pastikan encik suami dapat apa yang dia nak makan. 

cuma ayah aku punya permintaan je belum tertunai semuanya. semalam dia nak makan bubur jagung. sebab dah petang sangat baru dapat barang, mood nak buat tu tak ada. pagi ni baru buat. kek memang tak sempat nak usik apa-apa sebab assistant saya yang kecik tu tak sihat la pulak. mana sempat. encik suami dah balik. orang lain nak pegang Azfar lama-lama pun tak larat. lagi pulak, Azfar pun kadang-kadang tak nak dengan orang. memang dok berkejar dengan masa je la.

penat sebab Anis pun batuk je. bila batuk je muntah. kalau dah start muntah tu habis la jugak sehelai dua kain batik yang aku buat alas kat tempat tidur. huhuhu... okay!!! ini supermom. belum mahu pitam lagi. masih boleh bertahan.




my foot: nasib baik dapat khabar gembira. my BIL dah boleh keluar wad. sekarang ada kat rumah dan dia tengah beristirehat dalam biliknya tu. itu bermaksud kakak aku akan ambik alih tugas melayan karenah anak-anaknya semula. alhamdulillah. sihat dah BIL aku.


Syawal pun dah nak tinggalkan kita.



hari ni dah syawal ke-30. dan hari ni jugak hari last syawal untuk tahun  ni. entah bila lagi boleh jumpa tak tahu la kan. pada yang dah habis puasa 6 tu, tahniah. pada yang tak buat dan still ada puasa ganti... lepas ni jangan lupa ganti puasa pulak.

ada lagi ke rumah terbuka walaupun syawal dah tutup tirai? kenduri kawen ada la kot. kalau terlambat buat open house, tak apa. next year boleh rancang menu, budget, berapa ramai tetamu. boleh buat undangan awal-awal ye. hehehe... entah jumpa entah tak syawal ke puasa tahun depan. tak apa. perancangan. ketentuan Allah tu memang kita tak boleh halang.

siapa-siapa yang dah kenyang, badan padat dan bulat sepanjang syawal ni sebab open house banyak sangat (makan tetap kena makan), boleh start diet. hehehe...





my foot: ada plan nak buat open house plus reunion sekolah. tapi plan je la. bab reunion tu kena ada orang rajin gerakkan. kalau tak, kekal plan je la sampai sudah. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

27 September 2011

Andai ku tahu!!!


tema lagu satu kemalangan yang tengok kat youtube.
sangat menginsafkan.
hmmm...




my foot: mati itu pasti!!!

Tranformasi yang tak habis.


masa ni belum mulakan operasi. kesian sebab rambut dia panjang sangat. bila berpeluh boleh timbuk biji-biji merah (padahal tak ada pun. hehehe...). rimas tengok rambut panjang dia tu. menutup dahi. melepasi telinga. bahagian belakang pun sama la jugak.


ini selepas gunting. gunting je yang mampu setakat ni. sebabnya dia tak boleh diam. nak cukur terus tak boleh sebab rambut dia ni keras sikit. buat sakit kepala dia je nanti. bila guna mesin, dia lagi tak boleh duduk diam. encik suami cuak jugak nak teruskan. takut luka kepalanya. kepala baby kan bukannya keras betul sangat lagi. keadaan rambutnya sekarang macam kena gigit dengan tikus. ngeh... ngeh... ngeh... tak apalah. janji tetap nampak handsome dan cool.






my foot: ibu akan bawak Azfar cukur or gunting rambut kat kedai la sebelum kita balik Terengganu bulan 11 ni. abah pun kata okay. lagi pun masa tu Azfar dah 6 bulan. dah pandai kan?! lagi senang buat kat kedai. kasi handsome time Bob kawen okay!!!

Sedap tapi kena minum air masak banyak ye!!!

tak ada maknanya nak snapped pics. Google je lagi senang. time ni ingat makan je. tak ada masa nak bergambar bagai. hehehe... apa ceritanya ni? aku tak tahulah tempat lain. tapi kat rumah aku sangat banyak dengan buah ini. memang mabuk kejap la tengok. aku suka je makan. tapi takut panas dengan Azfar la pulak. dia kan 100% breastfeed. tapi encik suami kata, insyaAllah... tak ada apa-apa. minum banyak air masak. makan kena seimbang.

jangan dok hadap buah tu je. benda lain pun kena makan jugak. pagi semalam dah makan dua biji. lepas tu ayah aku bawak balik la dua biji daripada kebun kawan dia kot. jenama lain. so, hadap le lagi buahnya. petang semalam, time hujan, makan secara berjemaah dengan ayah aku dan anak-anak buah aku. Anis dah tentunya ada sebab dia la yang mintak aku kopekkan. lepas tu baru ayah aku ambik alih. Alya makan ikut mood dia.

encik suami tak boleh nak makan sebab sakit gigi dan gusi. masa aku taip entri ni dia baru je tidur. sakit sangat sampai tak boleh nak tidur. dah macam-macam dia buat. kumur dengan air garam la, guna gambir sarawak. tapi macam tak berapa nak jalan. hari nak try petua lain pulak. nak kata gigi berlubang, tak nampak pulak lubangnya. better check la kan.

dah tukar cerita pulak. buah apa yang kami-kami semua ni makan? buah ini la.

kat tempat kamu ada ke?




my foot: sangat sedap. alhamdulillah. Azfar okay-okay je. tak ada efek. tapi air masak la kena minum banyak gila. hahaha...

pic godek2 kat Google Image


26 September 2011

Lagu favourite budak-budak sekarang!


budak-budak kat rumah ni suka dengar lagu ni sekarang. 
even Alya pun suka lagu ni. 
layan je la. 
hehehe...




my foot: tanpa pokok, mesti bumi ni panas kan?

Bawa anak-anak melawat ayah!!!

my kids panggil my BIL, ayah. sebab kat rumah my dad ni cuma ada seorang je ayah. ibu ada dua tiga. mama ada seorang je. jadik ayah dengan mama dia orang kekalkan panggilan tu. anak-anak pun panggil ayah dengan ma. anak-anak sendiri pun sama jugak. cuma melibatkan ibu je la berbeza. kalau my kakak dia orang panggil Ibu Ngah sebab me dia orang panggil ibu.

kebetulan encik suami ada lagi, kami ni bawak la anak-anak melawat my BIL. lepas tu ayah aku pulak suruh bawak anak-anak buah 3 orang untuk tengok ayah dia orang. tapi bila sampai sana bukannya dia orang tenok pun. melompat la. berlari la. kejap ke sana kejap ke sini. sampai satu tahap, melilau my sis carik anak-anak dia sebab time tu dah nak balik tapi dia orang entah berkejar ke mana.

anak-anak pun sama. tak reti dok diam. Anis mengusik si adik-adik polis. Alya berlari ke sana sini. Azfar memang cool. diam je. sampai masa tidur.

ni tengah tengok orang ramai

yang ni pulak asyik nak lari je

super cool

melawat ayah tu kejap je. selebihnya masing-masing nak buat hal sendiri. bila dah ramai sangat orang mula la masing-masing. pening kepala encik suami melayan karenah anak-anak. sabar je la Yang!!!




my foot: cuma Azfar bila naik lif dia mula menangis. encik suami kata dia lupa nak bacakan ayat kat Azfar sebab dia baby dan dia senang nampak 'benda-benda' pelik. malam tadi anak-anak ni kejap-kejap menangis. huhuhu...

Jangan marah!!!



Fill this blanks with "Yes" or "No".

1. _____ I don’t have a BRAIN.

2. _____ I don't have SENSE.

3. _____ I am STUPID!




my foot: lawak je la. muahahaha...

pic godek2 kat Google Image

My BIL is getting better!!!

ini la my BIL tengah main dengan Azfar


kenapa semalam tak post entri lain? sebabnya inilah. semalam aku dengan encik suami bawak anak-anak including anak-anak buah melawat my BIL. actually encik suami nak pergi sendiri. tapi daripada dia pergi sendiri baik aku ikut kan? sejak BIL ni masuk wad, mana ada aku ke encik suami melawat dia lagi. dah ada ruang masa tu, pergi saja la. bawak anak-anak BIL ni 3 orang. yang kecik-kecik. yang besar-besar tak nak ikut. especially yang lelaki sulung tu la. dia tak boleh naik kereta ber'air cond'. cepat pening dan muntah. daripada terpaksa melayan dia sakit, lagi baik dia duduk rumah tengok ternakan ayah aku. hahaha...

my BIL alhamdulillah, dah semakin okay. cuma tangan sebelah kiri dia bengkak. hemodialisis dia kena buat selang sehari sebab buah pinggang dia dua-dua dah rosak akibat jangkitan kuman daripada kaki dia yang luka tu hari la. dia duduk sebelah a chinese guy yang ada masalh mental. my sis kata, dia takut nak duduk situ sebab that guy, kalau tak dilayan pertanyaannya akan buat dia terkam kat orang tu. kat hujung kaki my BIL ada OKT (orang kena tahan). 24 hours guarded by 2 policemen. tak sempat aku nak snapped pics Anis dok mengacau adik-adik polis tu.

berbalut. tak sempat tengok doc bukak.


dalam bungkusan kaki tu ada ulat. ada 50 ekor semuanya. seekor berharga RM1. aku tak faham kenapa sampai seringgit. bukan doc bagi makan pizza pun kat ulat-ulat tu. ulat-ulat lalat tu la. padahal ulat-ulat tu makan kulit mati je. kena bayar cash ye bila balutan tu dibuka. CASH!!! kalau orang tu tak berkemampuan macam mana? tiga hari dah RM150. kalau terapi tu berjaya, akan repeat lagi rawatan tu. my BIL kata, boleh rasa ulat-ulat tu bergerak-gerak dalam balutan. nyum... nyum... nyum... delicious!!! hahaha...

keadaan orang dalam wad lelaki memang penuh. ramai sangat pesakitnya. tapi kalau turun ke tingkat 7 (ada saudara kena strok. me ajak encik suami melawat terus), orang kat wad perempuan boleh kira dengan jari la. sikit sangat. keadaan my BIL pun stabil. cuma tangan dia tu aku tak tahu la apa ceritanya. encik suami cakap hari khamis ni my BIL dah boleh keluar wad. okay tok bomoh, kita tengok betul ke tak ramalan awak kali ni ye!!!




my foot: semalam jugak pergi carik kain pasang untuk my little girls ni sebab adik ipar nak kawen bulan 11. famiy dah belikan kain untuk me. untuk the kids tak ada (my other SIL ter'bawak' balik the rest kain for the kids ke Lumut). semalam carik kat ALAMODA sebab katanya beli kat situ. dah habis pulak. so kids... kena pakai gaun je la nampak gayanya.


Masa berlalu dan usia berganjak lagi!


semalam tak sempat nak pos entri lain. kenapa? ada la. hahaha... semalam jugak birthdays 3 orang. mula-mula dah tentulah abang sulung aku. yang kedua anak buah aku masuk 3 tahun. next year dah nak dapat adik dah dia. thirdly, my SIL. 

HAPPY BIRTHDAY dear all!!! semoga dirahmati Allah sentiasa adanya.



my foot: bulan 9 saja ada 4-5 orang celebrate birthday. starting dengan anak buah 2/9 (ayah dia warded pun tarikh ni la), my beloved daughter 5/9, my other nephew 23/9 dan lastly... mereka-mereka yang di atas. ^_^

25 September 2011

Selamat Pengantin baru Norman Hakim dan Memey Suhaiza!!!

aku bukan peminat setia apatah lagi tak setia Norman Hakim dan Memey Suhaiza. sekadar memeriahkan suasana sebab sebelum ni pun dah fames dia orang ni. fames bukan sebab lakonan tapi sebab kes yang 'terpencil' tu. bila declared bercinta pun fames. time bertunang up sikit famesnya. dah nak kawen lagi fames dengan gossip-gossip panas dan kata-kata yang tak langsung menyokong dia orang. tapi kalau dah jodoh tu tak ke mana.

layan pics dia orang je la ye!!!

berdebar ke?

baca taklik

kurang seri sikit kan?

berbahagialah hendaknya!!!


mas kahwin untuk Memey cuma RM22.50. tapi hantaran RM24k. hantaran 5 dulang berbalas 7. okay... Norman tak la segemuruh mana sebab sekali lafaz je dah jadi suami Memey. well done bro! hehehe... antara hantaran dia orang yang menarik perhatian aku adalah ipad2 pemberian Memey untuk Norman. boleh chatting-chatting, surfing-surfing ye. GPS daripada Norman untuk Memey dengan harapan dah dapat GPS mesti tahu jalan balik rumah tak sesat lagi. Memey ada bagi Norman cincin berlian. erk, lelaki boleh pakai berlian ke?

kepada pasangan ini, sekali lagi semoga sentiasa berusaha membahagiakan antara satu sama lain. dan selamat menjadi suami isteri adanya.




my foot: best ke ada ipad? kenapa aku macam tak tertarik je dengan ipad ni.

24 September 2011

Pagi-pagi promote GA dulu ye!!!

my friend pernah buat GA ni sebelum ni. masa bulan puasa hari tu la. me ada promote. tapi macam tak dapat sambutan yang menggalakkan. so, dia rasa ralat sebab nak bagi hadiah tapi tak ada orang nak join. jadik dia buat GA baru. GA yang ni kira simple la. tak payah jadik follower. just leave comment dengan teka apa yang si kecik buat. 

hadiahnya adalah ini:


sedap seh!!! GA ni sampai 1 Oktober je. next time around ada lagi GA.
tungggguuuuuu!!!!

nak join GA boleh ke SINI.



my foot: coklat tu. sedap! aku memang coklat nombor 1 ye!!!

23 September 2011

Adakah aku akan menjadi milikmu di syurga?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

Alahai...!!! Kena dera ke?

 senyuman si bambam saya!


hari rabu aku dikejutkan dengan kepulangan encik suami. kepulangan. ayat tak hingat. masa tengah bagi susu kat Azfar, aku dengar anak buah sorang kat dapur tu cakap: 'Ayah Su!'. dalam hati tu terdetik la jugak. eh, ada balik ke?! kenapa tak cakap nak balik. baru je berkata-kata, encik suami masuk bilik. anak-anak semua tidur lagi. muka encik suami berkilat kena matahari.

bila anak-anak bangun dan tahu abah balik, bermula la segala macam perangai yang ada dan tak pernah ada masa dia orang dengan aku. memang pelik budak-budak ni. time dengan aku okay-okay je. tapi ada je abah dia orang, mula la. nak berdukung la. nak itu ini. pening kepala encik suami nak melayan.

tapi yang paling hebat bila dia orang start panjat belakang, berdiri atas dada. memang pantang nampak abah dia orang tu bersenang-lenang sikit. memang dikerjakan baik-baik punya. aku kesian juagk. tapi budak-budak ni bukan makan saman kalau abah dia orang ada. huhuhu... layan je la abahnya! bila tak dilayan, kejap lagi ada la bunyi: 'Malas kawan abah. Kawan ibu je.' ^_^

aksi-aksi kanak-kanak ribena yang selalu buat abah pening kepala. hahaha...


memang abah surrender dengan kelasakkan dia orang berdua ni. memanjat, melompat tak kira tempat. abah pulak jenis skeptikal sikit. ada protokol. itu tak boleh, ini tak boleh. ibu okay lagi. selagi tak sakit dengan cedera parah, main la kalau nak main. abah tak bagi main sebab abah masa kecik pun lasak jugak. ini menurun perangai abah la semuanya ni. ibu lasak jugak tapi tak selasak abah, okay!!!

setakat masuk hutan, keluar hutan. main kat paya. tangkap lintah. tangkap belut tapi tertangkap ular. pancing ikan. tu semua kenangan ibu. abah? up sikit ye. sebab ada kes belasah-belasah orang. tapi belasah pun bersebab. bukan suka-suka. nanti kita story-mory. abah sesekali balik memang kena dera sakan la dengan anak-anak. sabar je la abahnya.

tapi yang paling cool adalah budak kecik ni.


lagi sedap hisap jari daripada layan abah kan? hahaha... rambut dah panjang. sebelum abah balik kita paksa abah gunting rambut Azfar. kasi pendek. tak sakit mata ibu tengok. sebab Azfar cepat sangat berpeluh. Azfar ada potensi untuk dera abah ke? setakat ni belum lagi sebab Azfar lebihkan ibu berbanding abah kan? ngeee...




my foot: anak-anak ni macam-macam karenah dan macam-macam ragam kan?


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign