✿ Rumah SalYa ✿: August 2011

Fresh from the owner...

31 August 2011

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...

quick update...

hari ni hari kedua syawal. baru sempat update blog.
hari ni jugak hari kemerdekaan negara.

selamat menyambut kedua-duanya.
semoga kita jadik insan berguna dan rakyat yang berbakti pada negara.
hehehe...

macam mana dengan raya kamu-kamu sekalian?
seronok ke?

GA daripada Ana (Sesuci Kasih Setulus Hati)

ENTRI MELEKAT-LEKAT


my friend ada buat GA. dia nak carik follower ke 68 dan pengunjung 6811. tapi semua ni berlangsung sampai penghujung Ogos ni je kalau tak silap aku la. hadiah untuk follower coklat handmade sebab dia jugak buat coklat (kalau baca entri ni, dia la yang buat coklat tu. sedap i tell you... nak lagi boleh?)

29 August 2011

Balik kampung! Hohoho... Balik kampung!!!

quick update.
tak sempat nak update blog sebab busy nak settle barang-barang nak bawak balik kampung.
nak kemas-kemas beg lagi. hehehe... tu pun tak siap packing lagi la.

pagi ni pulak hujan.
hopefully selamat sampai dan jalan tak jam.
dah sampai kampung la baru update lagi.




my foot: alahai... Azfar ni selesema pulak. esok dah nak raya la sayang!!!

27 August 2011

Kampung awak, kampung saya juga!!!


mungkin ada antara perantau-perantau yang dah start balik kampung semalam kan? mungkin ada yang bertolak hari ni ataupun esok. yang bertolak malam raya pun ada juga. dan paling kesian yang tak dapat balik rayalah. tapi nak buat macam mana. * raya kali ni turn you. next raya, turn I lah pulak. *

26 August 2011

Kesinambungan Fadhilat Surah Al-Fatihah...

Air Fatihah

Ibnu Abas r.a mennyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakannya sebanyak 40 kali dalam satu bekas. kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan kedua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuhlah penyakitnya.

Jangan segan nak ambil kad raya ni ye...


buat para tetamu yang saya hormati...
boleh la ambik kad raya buatan sendiri ni.
puasa pun tinggal berapa hari je lagi.
elok-elok balik kampung jangan pulak nak bertaki.
tak elok di bulan mulia ni bermasam muka suami isteri.

harap-harap dapat jumpa Ramadhan ni lain kali.
bertambah amal terbit rasa sayu di hati.
mahunya tak ia akan meninggalkan kita sekali lagi.
entah macam mana la amalan kita tahun ni.
apa pun harapnya ia amalan terbaik dan diberkati.

mohon maaf atas kekhilafan sepanjang aku berblog.
mana tahu ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan serta hati nurani.




my foot: sedih je rasa bila ramadhan dan tiba ke penghujungnya.

Ciumlah anak-anak anda!!!



Pada sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu…never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents.



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Baju anak-anak dah siap!!!

encik suami akan balik lagi 2 ke 3 hari. tadi aku called tailor tanyakan baju anak-anak dah siap ke belum. tailor kata untuk si dara dua orang tu dah siap. Azfar dah siap baju. seluar je belum. jadi, dia cakap sama ada petang atau malam Jumaat boleh la datang ambik baju-baju tu. kira cepat la dia buat baju-baju tu walhal my sis yang hantar dulu kat dia. patutnya dia dulukan my sis la kan. tapi katanya dia sakit kepala dengan kain yang my sis hantar tu. something wrong dengan kain tu sendiri. jadik dia dulukan buat baju-baju yang tak sakitkan kepala  dia adanya.

malam tadi my sis pergi tengok baju dia. nak make sure ukuran betul. kadang-kadang baju ni masa ukur tu elok je. bila dah siap ada la yang kita tak berkenan kat mana-mana. sebab tu ada tailor suka ambik ukuran ikut baju yang paling kita suka berbanding ukuran direct kat badan. my sis bagi kat aku baju si Azfar. dia suruh tengok baju tu okay ke tak. nak kena repair kat mana-mana ke. sebab tailor tu cakap kain tak cukup. tapi masa aku pergi kedai, tukang kedai tu cakap cukup semeter untuk buat baju melayu baby boy. seluar tu je si tailor ni takut pendek sikit bahagian cawatnya.

aku tengok pun aku rasa macam tu jugak. tapi tak kisah sangat sebab boleh bukan bahagian pinggang tu je. tambah la kain lain yang seumpama kaler dengannya. dah siap. dah boleh pakai raya pun. tapi disebabkan my sis bagi baju tu around kul 11pm, Azfar pun dah lama tidur. esok je la aku check kat si empunya tubuh badan. muat ke tidak baju melayunya tu. kalau okay semuanya. esok petang aku boleh ambik baju si kakak-kakak dan terus basuh untuk pakai raya.

mesti comel Azfar pakai baju melayu, tapi kaler dia lari sikit la daripada kaler asal me and encik suami. tapi dekat dengan kaler his sisters punya baju. masa beli kain tu nampak macam sama je warnanya. dalam kedai kot memang macam tu. huhuhu...




my foot: mata aku sebelah kanan ni bengkak pulak tiba-tiba. tak ssakit tapi menganggu my eyesight. ingat nak pergi klinik la check.

25 August 2011

JOM PHOTOBOOK GiveAway...

ENTRI LAMBAT MELEKAT




terlewat menyedari tentang GA yang sangat best ni. anjuran KedaiGambarKami.
dah nak dekat tarikh tutup pun. tapi selagi belum sampai ke tarikh tutup, peluang tu tetap ada kan? huhuhu... rugi la kalau tak dapat join GA best macam ni.

Boleh pengsan kalau macam ni...

‎satu hari kat kelas agama, Aminah tidur je macam biasa. 
Ustazah tanya soalan: "Siapakah orang yang patut kita hormati dan sayangi?"
tak ada siapa jawab.
adalah seorang budak lelaki kat belakang Aminah tu jahat sikit. 
dia pun cocok punggung Aminah dengan jarum.
Aminah pun menjerit: "MAK!!"
Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur. 
Ustazah tanya lagi soalan: "Siapakah pencipta alam dan segalanya?" 
Budak tu cocok lagi dengan jarum dan Aminah pun menjerit: "YA ALLAH!!" 
Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur balik.
 pastu ustazah pun tanya lagi soalan: "Apa yang patut seorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" 
budak tu cocok lagi. 
tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata:
 "Kau cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" 
Ustazah tu terus pengsan.



my foot: jangan pengsan la ustazah. akekeke...

Nak keluar kejaplah!

nak keluar kejap la pagi ni. nak pergi jalan-jalan tengok apa yang ada kat bandar tu. sementara tu melayan si Azfar ni. dok bercakap je daripada tadi. dia suka membebel. hahaha... kalau lambat sikit, dia akan masukkan dua jari dia dalam mulut. berdecit-decit bunyi dia menghisap jari. alahai... lapar lagi ke yang kecik oiii...

nanti sambung lagi ye!!! nak pergi cari baju raya ni. nak ikut? hehehe... mana ada nak cari baju raya la. nak pergi beli barang keperluan anak-anak je.

Cikgu selalunya betul!!!


Cikgu: Peraturan kelas cikgu cuma ada 2.

Murid: Apa peraturannya cikgu?

Cikgu: Yang first, cikgu sentiasa betul!

Murid: Satu lagi?

Cikgu: Yang second... jika ada kesilapan, sila rujuk peraturan yang first!

Murid: .....??




my foot: muahaha... sengal punya cikgu.

pic godek2 kat Google Image

Nak beli ke tak? Abah je la belikan ek...

tadi encik suami sms bagitahu yang dia dah bank-in kan some amount of money untuk kegunaan aku dan anak-anak. dia kan tak ada dengan kami. jadik apa-apa urusan aku kena settlekan sendiri. katanya jugak, beli la baju raya anak-anak. aku dah belikan sepasang seorang. Azfar je aku beli dua pasang. sebabnya ada baju yang still brand new dan ada jugak yang tak pernah pakai lagi. lagi pulak, tak banyak pilihan ada kat sini. semuanya yang biasa-biasa je.

sebab encik suami tak tahu balik bila, aku mintak dia survey dekat KipMart baju dan seluar anak-anak. aku suka ke KipMart time nak raya ni sebab banyak pilihan. tambahan pulak tempat tu dah ditukar ke bangunan baru untuk lebih selesa. branded items bukan style aku tapi lebih kepada citarasa encik suami. even yang tak ada brand pun aku pakai. tapi encik suami lain sikit. bukan tak boleh pakai tapi gatal kulit nanti kalau pakai selesa dengan kualiti kain kot. 

24 August 2011

Lailatul Qadar yang kita cari penanda Ramadhan akan berakhir...

hari ni ke-24 Ramadhan. sekejap je kan masa berlalu. dah nak habis dah bulan Ramadhan ni. hati pulak rasa sayu je tiap kali Ramadhan sampai ke penghujungnya sebab tak tahu bila lagi akan berjumpa. tahun depan? belum tentu. banyak ke amalan tahun ni? entah. kalau kata banyak sangat tu, memang tipu la. kalau kata sikit... takkan la sikit sedangkan Ramadhan datang setahun sekali.

10 malam terakhir memang malam yang dinanti-nantikan. tapi tak semua orang bertuah bertemu dengan malam istimewa tu. teringat pulak sms daripada kawan aku. dia kebetulan dah start 'bercuti' daripada puasa. rugi katanya miss 10 malam terakhir. tapi nak buat macam mana. bukan kita mintak. dah itu memang fitrahnya. 'bercuti' tak bermaksud tak boleh buat amal ibadat yang lain. masih boleh berzikir kan?

tadi masuk blog juneaina. aku tertarik ddngan entrinya pasal Ustaz Amin. jadik nak quote sikit la bahagian yang menarik perhatian aku tu. perkongsian bersama kan?

2. Bagi ibu-ibu yang keuzuran menjelang 10 malam terakhir, tidak perlu merasa runsing kerana rahmat Allah (s.w.t) sangat luas. Janji Allah (s.w.t) pahala amalan kita di malam lailatul qadar adalah bersamaan 1000 bulan. Makanya ibu-ibu akan mendapat pahala bangun malam menyusukan anak sebanyak 1000 bulan, pahala tukar langsir sebanyak 1000 bulan dan pahala masak sahur selama 1000 bulan.

Makanya perbanyakkanlah amalan di sepuluh malam terakhir Ramadhan, demi mengejar pahala 1000 bulan. Apa-apa juga amalan kebaikan kita dari waktu magrib sehingga menjelang subuh besoknya akan digandakan menjadi 1000 bulan. Bayangkanlah sekiranya kita berqiamullail di malam lailatul qadar seolah-olah kita telah berqiamullail selama 1000 bulan. Wallahuaqlam...

hebatnya malam Lailatul Qadar tu kan? mana-mana mommies yang dah 'bercuti' tu jangan khuatir. masih banyak amalan yang boleh kita lakukan. 



my foot: sangat bersyukur jadik ibu dan semoga amalan yang kita lakukan diberkati ALLAH SWT adanya...

Kak Ngah oh Kak Ngah...


Anis ni pun dah makin petah bercakap. dan sekarang ni makin nakal pulak. suka sangat mengusik Kak Long dia. masa aku dengan encik suami panggil dia adik, dia tak pernah bahasakan diri dia adik. tak macam sepupu-sepupunya. bila parents panggil adik, dia orang tetap bahasakan diri dia orang adik. even cakap dengan Anis yang lagi muda ni pun dia orang bahasakan diri dia orang adik. dan aku pun tak tahu kenapa dia bahasakan diri dia Insyirah dan bukannya adik.

dua tiga bulan jugak nak tukar panggilan adik kepada Kak Ngah bila dah ada Azfar. dah biasa dengan adik, kadang-kadang tersasul jugak panggil adik. Azfar dipanggil adik aby. sekarang ni dah tak panggil adik aby lagi sebab Azfar baby yang bambam. dan sekarang jugak, Anis dah tak gunakan Insyirah lagi. apa-apa pun mesti dia gunakan kata ganti Kak Ngah. cepat jugak adapt dengan pertukaran nama ni.

Kak Long oh Kak Long...


asalnya dulu, Alya aku panggil kakak. masa tu ada Anis je. jadik aku bahasakan la dia tu kakak. tapi dia tetap gunakan Alya. dan Anis aku panggil adik. Alya pun panggil adik jugak. tapi bila adanya Azfar, aku tukar panggilan dia kepada Kak Long dan Anis kepada Kak Ngah. tapi Anis akan bahasakan diri dia Insyirah bukan adik macam kebanyakan adik-adik lain. mungkin jugak sebab selain adik, kami panggil dia Insyirah.

jadik bila Alya bercakap dengan Anis, dia akan gunakan ganti nama Alya jugak. kami la yang kena betulkan apa yang dia cakap. kata kami padanya: "Kak Long kalau cakap dengan ibu atau abah atau dengan adik, kena guna Kak Long. Bukan Alya. Kalau cakap dengan De, Chik, Abang... boleh la guna Alya." dan dia seorang yang cepat belajar. bila kerap cakap dengan dia macam tu, dengan kami dia akan gunakan ganti nama Kak Long. dengan sepupu atau dengan ibu saudaranya, dia gunakan Alya.

Wordless Wednesday #2


pic from Google Image


Wordless Wednesday #1



pic from Google Image

23 August 2011

Sekarang boleh la merayap-rayap ke rumah kawan-kawan!!!


diiringi dengan lagu Aishiteru, aku boleh la BW malam ni. anak-anak pun dah tidur. kenapa aishiteru? entah. ni penangan anak-anak buah aku la ni. hari-hari dok mintak nak salin lirik lagu ni. aku pernah dengar dia orang nyanyi tapi tak berapa fokus dengan nada lagu tu. bila dia orang search internet dan bukak youtube semata-mata nak denagr lagu ni, baru la aku perasan... sedap jugak lagu ni rupanya. lambat kan?

padahal sebelum ni dah pernah dengar lagu ni. theme song untuk sinetron Cinta Melody kot kalau tak silap aku. sebabnya, lepas tengok sinetron tu, bebudak ni mintak aku carikkan lirik lagu tu. tapi aku je buat endah tak endah. suruh eja aishiteru pun tak berapa nak tahu. nyanyi je tahu la dia orang.

lagu ni kalau ada la di antara kamu yang duduk jauh-jauh dengan pasangan masing-masing memang boleh layan la jiwangnya. memang feel jugak la. kena pulak kalau dengar malam-malam. mungkin aku je kot yang layan jiwang. hahaha... jiwang pun jiwang la. janji bahagia.




my foot: aishiteru means i love you...

pic godek kat Google Image

Nak cerita pasal apa ek?!

banyak benda nak cerita. tapi si kecik saya ni dok nangis je. nak suruh orang pegang dia je la. jap lagi la saya cerita-cerita ye. tunggu dia tidur baru boleh buat kerja.

p/s: marion counter dah pregnant 5 months. berseri je mukanya. bahagia la tu. tiba-tiba je cerita pasal marion counter. hahaha...

Siapa kita untuk melawan takdirNYA?

Dania Emelda

terbaca tentang pemergian seorang bidadari kecil milik seorang ibu di blog Mummy Ayu. aku lantas menjengah ke blog si ibu bidaari kecil itu Roslina Hanim. harapannya agar si ibu tabah menghadapi dugaan itu. berat mata memandang, berat lagi hati dan jiwa orang yang merasai. pemergian puteri kesayangannya Dania Emelda menjelangnya syawal yang bakal tiba tak lama lagi pasti menerbitkan air mata.

aku yang baca kisah Dania pun sedih sangat. apa sangat la yang budak dua tahun tahu. tapi DIA berikan kita masa untuk memberikan kasih sayang dan yang terbaik untuk si kecil sebelum DIA mengambilnya kembali. itu hakNYA. dan siapa kita untuk menghalang. kuatlah semangat si ibu dan aku juga ibu. aku tahu macam mana rasanya dan peritnya perasaan bila anak sekecil tu sakit. dugaan sebesar itu terlindung hikmah yang tersembunyi. mungkin suatu hari kita akan sedar tentang hikmah pemergiannya.




my foot: hakikatnya kita sentiasa diuji. aku juga sedang diuji. dan aku masih bertahan dengan ujianNYA kerana aku tahu DIA sayangkan aku sebagai hambaNYA walaupun ada kala aku terlupa dan terleka...

Shopping rayakah? Oh... mungkin tidak!!!


semalam lepas isyak, lepas pastikan Anis (tak tidur pun tak apa. tapi sebab dia tak tidur siangnya, susah jugak) dengan Azfar tidur, aku keluar la kejap pergi beli kain pasang untuk si kecik aku ni. setiap tahun itulah rutinnya. buat baju raya last minute. hahaha... kebetulan, memang ada tailor kat sini yang ambik tempahan (daripada saudara mara je la) saat-saat akhir. lagipun aku cuma nak buat baju anak-anak je.

tahun ni jugak tak ada baju baru untuk aku dengan encik suami. cari je baju-baju lama yang boleh dimix and matchkan colornya. lepas tu baru carik baju anak-anak yang sepaten colornya dengan baju kami. aku dah hantar baju tu minggu lepas. kebetulan, hari tu (Nuzul Al-Quran), tailor tu ada kat rumah waktu siang. kalau tak, kena jumpa dia waktu malam. susah jugak nak bawak Azfar malam-malam ni. siang hari dia kerja. 7 days/week. kain pasang pulak aku dah beli minggu pertama puasa. tak berkesempatan nak hantar je. lagi pulak, kena bawak budak-budak ni untuk diambik ukuran segala.


masa belikan kain pasang tu, aku tiba-tiba jadik tak ingat berapa meter la patutnya aku beli. jadik, aku beli la dua meter. patutnya jugak aku tanya orang kedai tu. tapi tak terfikir jugak. fikir kalau aku tinggalkan Azfar lama-lama ni okay ke. last-last aku beli 2 meter je. tahun ni buat baju kurung je dengan kain english cotton. panas-panas pakai cotton senang sikit. bila cakap dengan tailor tu, dia kata tak apa. dia tengok dulu cukup ke tak 2 meter untuk si kecik dua orang ni. kalau tak cukup, dia called.

tunggu punya tunggu, dua hari kemuadian dia called bagitahu kain tak cukup. aku nak pesan kat my sis beli, dia tak tahu kainnya tu macam mana. dua hari jugaklah aku ambik masa untuk keluar beli kain tu. malam semalam beli dan terus hantar ke tailor tu sebab dia ada malam je kan. sempat jugak jalan-jalan ke mydin. terbekenan dengan baju kurung moden budak color maroon. price RM49.90. tak tahu la sama ada nak beli ke tidak untuk budak-budak ni. aku pun tak pernah sediakan dua pasang baju kurung. sepasang je untuk pakai raya pertama. selebihnya t-shirt dengan jeans je.


seronok jugak tengok bekas-bekas kuih yang pelbagai jenis dan warna tu. dan lagi 'seronok' sebab terpaksa beratur panjang untuk bayar lepas beli sebiji kek pisang, sebiji kek marble, sebotol orange F&N dan juga pen (untuk my nephew sebab dia temankan aku keluar malam tu. Alya pun ikut sama). perh... orang ramai yang tak pergi terawih ye. hehehe... balik dari mydin, singgah rumah tailor tengok baju Alya dah siap. dia dulukan baju Alya sebab nak tengok kain yang aku beli tu cukup ke tak. suruh Alya test. sebab buat baju kurung jadik of course la okay je.

ramai jugak orang yang shopping last-last minute. nak beli barang buat kuih la. ada jugak yang beli baju raya. aku nak shopping ke? entah la. setakat ni baju anak-anak ada la aku siapkan dua tiga pasang seorang. mungkin jugak akan pakai mana-mana baju yang ada. kalau tak pakai nanti tak tahu bila lagi boleh pakai kan. huhuhu...




my foot: tak ada baju for me. tak ada blouse dan tak ada apa-apa. tapi ada baju kurung yang buat awal tahun belum pakai lagi. jadik buat raya je la kan. tak payah nak bazir-bazir duit encik suami tu. kesian dia.

pics credit to Google Image

22 August 2011

Untuk ibu menyusukan anak. 11 tips yang perlu kita tahu...


pic from Google Image


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Kad raya kesukaan saya. Dulu, kini dan selamanya...

dalam banyak-banyak kad raya yang pernah aku terima... kad raya ni la yang paling aku sayang. of course la aku sayang sebab aku pun sayang si pemberinya. hahaha...

simple je kadnya. kat dalam pun cuma tulis maaf zahir dan batin.


jadik apa yang specialnya kad ni? orang lain lagi dapat grand daripada ni tak ada pun kecoh-kecoh. istimewanya sebab:

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 bahagian dalam tu dah dibuang dan diganti dengan ini.


dan yang mahalnya bahagian inilah. hahaha...


encik suami kata dia suka tengok pic aku yang ini. dan sampai sekarang, pic ni tetap ada dalam wallet dia. disimpan rapi. ini kad raya pertama lepas declared. sebenarnya... apa yang sebenarnya ek?! tak ada apa-apalah. nanti cerita sama kamu. eh, nanti cerita untuk tatapan anak-anakku!

dan untuk bahagian dalam ni encik suami design sendiri dan hantar untuk print guna kertas yang berkualiti ye. dipos direct ke rumah aku dengan salah ejaan nama my dad. tujuan dia salah eja sebab nak tengok aku perasan ke tak masa terima kad ni. of course la perasan. tahu dek my dad dia salah eja nama, confirm kena reject. hehehe...




my foot: itu la jugak kad raya terakhir yang aku dapat daripada encik suami ye. walhal masa belum ada apa-apa... every year dia bagi kad. dah malas katanya.

Terengganu's version of pesbuk...


saja nak simpan ni untuk tatapan encik suami sebab dia orang Terengganu dan Alya pun lahir kat Terengganu. mana la tahu kalau satu hari nanti dia orang buat social web ala-ala Terengganu's style kan. hahahaha... jangan buat main orang-orang zaman sekarang. semuanya kreatif-kreatif belaka.

jom layan...



my foot: buat la gane-gane pung kalo tak nampak apa yang tertulis kat situ. masih belajar memahami loghat orang Terengganu ni


21 August 2011

Kad Raya Siti Nurhaliza...

terbaca tentang entri ni kat blog lizarazak. dia peminat tegar siti nurhaliza. jadik walau macam mana kita kata tak cantik pun peminat siti tetap akan kata cantik. okay... aku mengaku aku bukan peminta siti pun. just boleh layan je la. minat tu tak ada la pulak.

kad raya siti dah tentunya ada muka siti (takkan la nak letak muka aku kot. hahaha...) la kan. satu yang aku suka tentang kad raya siti ni pic dia tu. pure je. asli je kan muka dia. tak ada make up bagai. mungkin dia nak tunjukkan kesan daripada pemakaian produk SimplySiti tu sendiri.

kada raya 

sampul duit raya





my foot: tak kisah la... tapi pic tu memang nice. asli tu lebih cantik. tak gitu?

pics from lizarazak

Seni daripada kulit telur...

jom layan gambar...








my foot: berseni betullah orang yang buat ni kan?

Jangan malu-malu... Jangan segan-segan...

semalam cuma sempat pos dua entri je. penat sikit. kebetulan semalam hujan dan cuaca sangat redup dan sejuk. memang sesuai untuk bersantai dan tidur. hahaha... BW sempat dua tuga buah rumah je. kira pagi ni nak cover BW la... tapi tetidur jugak bila mengadap si kecik Azfar ni. kelakar tak saya? ngeee... siapa yang nak kad raya dari saya boleh emel atau boleh tinggalkan add kat ruangan komen. add takkan aku publish punya... ^_^ tawaran sampai la hari terakhir puasa. jangan la segan-segan nak kad raya sebab aku pun ikhlas memberi. puasa bukan selalu pun. jadik tak salah memberi dengan niat mengeratkan ikatan persaudaraan kita kan?


my foot: jadik jangan malu-malu. jangan segan-segan ye. nak mengembalikan nostalgia lama bagi kad raya macam zaman bebudak dulu-dulu. meriah sesangat...

20 August 2011

Ada sesiapa yang nak kad raya tak?

STICKY  POST...
Kad raya akan sampai after raya la kalau pos next week...
new entry kat bawah ye!!!



sekarang ni dah tak ramai orang nak hantar kad raya guna pos kan? tak macam aku masa zaman kanak-kanak ribena dulu. even masa masuk U pun still berbalas-balas kad raya. best sangat. sekarang ni dah tak ada dah semua tu. orang send kad raya guna emel, ikut facebook... sms or mms. mudah dan menjimatkan. tapi satu je kurang. tak ada sentimental value.

aku pun dah lama tak hantar kat raya. tapi aku akan pastikan yang every year, encik suami akan dapat kad raya dari aku. dah macam habit. mesti nak bagi jugak walau macam mana sekalipun. tadi ada jugak survey kada raya tapi tak banyak choice dan tak ada yang berkenan kat hati nurani aku ni. ye la... untuk isteri ada satu je kad. untuk suami tak ada langsung. macam mana tu?

sempena bulan ramadhan tahun ni... aku tergerak hati nak bagi kad raya pada sesiapa je yang mahu. boleh email add or letak je kat comment box. add takkan dipublish. sekadar mengeratkan ikatan persaudaraan antara kita. moga diberkati adanya.



my foot: memang berhasrat nak bagi kad raya. bila masuk blog NOTTI NETTI lagi la kuat feel nak bagi kad raya tu. hehehe...

pic godek2 kat Google Image


Eh, ada sesiapa tahu tak berbuka puasa pukul berapa?! Sengal semuanya...


kes ni terjadi masa kat PPP/UiTM jugak. hari tu semua berpuasa macam biasa. sebab kami duduk tingkat 5 yang mana hostel sebelum ni pun tingkat 5... jadik masing-masing macam malas je nak keluar. kecuali terpaksa macam nak beli makanan untuk berbuka. tapi yang pastinya... kami sangat close. sebab bila ada di antara  mereka-mereka tu (my housemates la) tak ada appointment dating, kita orang selalunya akan keluar ke Bazar Ramadhan depan Giant Seksyen 18 untuk sama-sama beli makanan. dan sama-sama berbuka puasa. kadang-kadang tu makan kat luar jugak. tapi sangat jarang la.

tapi betul la... masa belajar TESL dulu, walaupun ada yang tak sekelas dan tak berapa nak kenal sangat... tapi hubungan kami sangat rapat. tapi bila bertukar ke induk, feel tu dah tak sama la. tak tahu kenapa. mungkin jugak sebab masa kat PPP tu (masa tu la) kami je batch yang tak fly. boleh jadik jugak sebab kami semua melalui orientasi (perh... memang gila ah orientasi masa tu!) yang sama. atau pun mungkin jugak benda tu berlaku secara semulajadi.

bercerita bab berbuka ni, aku rasa time tu la kesengalan kami terserlah. masing-masing dah siapkan makanan dengan minuman semua la. dah duduk pun kat tempat masing-masing. lama jugak kami kat situ sebelum aku tanya, tahu tak pukul berapa masuk waktu. aisey... sorang pun tak tahu. masing-masing dok geleng kepala. azan? langsung tak dengar. radio memang tak ada. last-last salah sorang housemates aku pergi rumah depan (member-member TESL jugak) tanya dah masuk waktu ke belum.

hahaha... member-member rumah depan tu pulak dah nak selesai bersantap masa housemates aku tu datang bertanya. gila kentang. orang lain dah selamat, kami la yang baru terkial-kial nak buka puasa. dah tu makan siap gelak-gelak mengenangkan betapa sengalnya kami-kami ini. tapi lepas daripada hari tu, semua ambik port tentang waktu berbuka ni.

ye la... masa duduk kat Seksyen 6, boleh dengar azan sebab surau betul-betul belakang hostel. memang best la. tapi yang tak bestnya... lepas setahun kat situ, dapat arahan kena pindah ke Seksyen 18. duduk kat Seksyen 6 tu boleh jalan kaki je kalau nak pergi ke PKNS (biasa jugak kami buat). kalau kat 18? memang sah-sah la kena naik bas kan?



my foot: kadang-kadang senyum sendiri bila ingat semula insiden-insiden zaman belajar dulu.

19 August 2011

Selalu sangat disalaherti...


kadang-kadang niat nak membantu selalu jadik lain. selalu jugak disalahertikan. selalu jugak jadik tak betul. memang aku salah. harus akui kesilapan tu walaupun pahit. banyak buat salah. tapi bila niat dipertikaikan, aku jadik hampa dengan keikhlasan menolong tu.

aku pun tak tahu apa yang menyebabkan aku terdorong buat pertolongan tu. tapi niatnya cuma nak membantu sebab dia selalu mengadu. sebab aku sendiri tak dapat nak membantu dengan cara lain. hanya itu je yang aku tahu. tapi silapnya pada aku. tak meneliti dengan betul sedangkan aku rasa macam dah tengok dengan betul. rasa tu la yang sebenarnya boleh rosakkan semuanya. itu silap aku yang utama dan tak ada apa yang boleh dibetulkan. aku cuma boleh minta maaf sebab benda tu dah jadi. 

maafkan la saya atas kekhilafan yang saya buat dengan sengaja tanpa saya sedar kesannya pada kamu. cuma saya sedih bila niat saya untuk membantu selalu dipertikaian. selalu disalahertikan. mungkin sebab saya macam ni, jadik saya terima semuanya kesalahan tu. biarlah niat saya tu jadik niat je. cuma saya tak tahu macam mana saya nak bertanggungjawab untuk kesilapan tu.


my foot: frustrated!!! damn frustrated!!!


Fadhilat Surah Al-Fatihah...


Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah s.a.w.berfirman yang bermaksud: "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah.Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKU dan hambaKU kepada separuh, dan bagi hambaKU apa yang dipintanya…”

Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba: Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukkilah jalan yang lurus.

Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka murkai dan
bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(Hadith riwayat Muslim,al-Tarmizi dan al-Nasa’i)


Sesiapa yang mengekalkan mambaca Al-Fathihah di antara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:

Meminta pangkat melainkan dapat.
Ia miskin melainkan kaya.
Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari. Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dan penyakitnya berkurangan.”

Begitulah fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, InsyaAllah atas izin Allah jua kesembuhan itu.



my foot: ada la kesinambungannya. tunggu....

sumber: scripters

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign