✿ Rumah SalYa ✿: July 2011

Fresh from the owner...

31 July 2011

Jangan lupa niat puasa dan solat terawih malam ni!!!






Lafaz niat untuk sebulan :


Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taâala


Lafaz niat untuk harian :



Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taâala


Lafaz doa ketika hendak berbuka :



Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.




my foot: untuk ingatan diri sendiri.

pic godek2 diGoogle Image


Mood saya di awang-awangan especially mengenangkan esok nak puasa...


alhamdulillah... puasa yang tertinggal tahun lepas pun dah habis berganti. dah boleh sambut ramadhan dengan tenang. pada siapa-siapa yang belum ganti atau ada baki puasa ganti tu, selamat membayar fidyah ye. kesimpulannya... ganti la puasa tu awal-awal. jangan tunggu hujung-hujung dekat-dekat nak puasa baru nak ganti. tak pasal-pasal tak berganti nanti.

hari ni last untuk makan siang. pada yang boleh berpuasa tu, dah-dah la mengelat tak nak puasa atas alasan gastrik la apa la. bukan lama mana pun. sebulan je. bukan puasa sia-sia. terkandung seribu satu macam rahmat dan kelebihan dalam bulan ramadhan ni. itu pun tak nak ambik peluang ke? rugi la... berkesempatan merebut apa yang sepatutnya, tapi kita rela la rebut benda lain yang belum tentu ada faedahnya.

first puasa tahun ni aku dengan anak-anak je tanpa encik suami sebab dia tak ada kat sini. tak tahu bila la dia boleh balik. encik suami pun ada cakap jugak... tak dapat nak puasa sama. nak buat macam mana. dugaan macam ni la eratkan kasih sayang kan? huhuhu...

apa-apa je la. hari ni nak masak apa ek? nak makan sedap-sedap la. apa la... macam la bulan puasa tak boleh makan sedap. rasanya bulan puasa la orang makan sedap-sedap berbanding bulan-bulan biasa kan? duit habis banyak pun bulan puasa jugak. betul tak? berbelanjalah dengan bijak. itu je la...



my foot: what to do?! itik patuk ayam menyudu.


Tak sempat je nak BW... Bukan BMW ye! Huhuhu...

selain daripada kelembapan line broadband including the whether yang kejap-kejap hujan dengan ribut petir, ditambah pulak dengan assistants aku yang tiga orang ni memang susah nak blogwalk. baru je on lappy, dah ada tukang taip bersedia menanti. kalau tak tukang taip pun... si kecik yang mintak dipegang sentiasa nih.

macam mana nak menaip kalau sorang duduk depan, sorang lagi nak kena pegang? hahaha... kadang-kadang tu boleh la berjalan kejap-kejap. tapi dengan line yang a bit slow ni makan masa nak loading pages certain blogs. bila jadik macam tu, susah la pada aku yang ada limited time nak BW ni. hehehe...

kebetulan malam ni free. tapi mata pulak tak berapa nak free. aduhai... lately mengantuk je. pukul 9pm dah tidur. tapi kejap-kejap bangun sebab Azfar still menyusu. kadang-kadang the sisters mengigau ke apa... kena pujuk bagai. so  in the end... badan jadik a bit penat sebab tidur kejap-kejap je. especially bila me alone. ada encik suami lain sikit. ada bantuan. ni tak ada bantuan. penat berganda dibuatnya. huhuu...



my foot: miss my encik suami la. hehehe... tiba-tiba je jiwang kejap!!!

30 July 2011

Al-Fatihah buat arwah Mohd Ashraf aka Aleesha Farhana...

perginya sebab kemurungan yang melampau. kita tak tahu tentang isi hati arwah. kenapa dan mengapa. yang kita tahu bila je keluar paper atau on tv, kita terus buat judgement yang arwah ni begitu dan begini tanpa menyelami isi hatinya.

kenapa? sebabnya memang sikap orang melayu begitulah. kadang-kadang malas nak selidik. menghukum terus lagi baik. tapi kesian pada orang yang terkena. apa pun... al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya.

kematian datang tanpa ada isyarat. bersediakah kita menghadapi saat pemergian yang abadi. cukupkah bekalan yang bakal kita bawa? astagfirullah al-azim...



my foot: beringatlah sesama kita!!!

Especially dedicated to NUR ISMAHANI ALYA!!!



entri ini untuk Kak Long


birthday Kak Long dah lepas. 17 Feb 2011. dah berapa bulan pun kan? ibu memang nak buat satu entri khas untuk Kak Long masa birthday Kak Long tu hari la. tapi ibu alergik dengan komputer la. sepaten je Kak Long dengan adik Azfar. masa pregnantkan Kak Long pun ibu cukup alergik dengan komputer. dengan handphone jugak. sebab tu la entri ni terlewat berbulan-bulan.

birthday Kak Long tahun ni first time kita celebrate kat Pasir Gudang. tu pun sebab ikut abah. abah kan nak bukak simen kat tangan dengan pindah barang-barang daripada Kulai ke Pasir Gudang. masa on the way ke Pasir Gudang, ibu dengan abah ingat nak beli kek kat Secret Recipe. tapi bila fikir-fikir, beli masa nak balik Kulai nanti la. kat Pasir Gudang tak ada Secret Recipe. kat Kulai ada la.


sampai Kulai dah malam. Kak Long dengan Kak Ngah pulak dah penat. tak jadik la nak beli kek kat Secret Recipe. ended up beli kek kat Season, Pasir Gudang. kek tu pulak Kak Long yang pilih sendiri walhal ibu suka kek lain. dah Kak Long nak yang tu jugak, abah belikan je la.

ini jugak first time kita celebrate birthday Kak Long sesama kita je. sebelum ni pun sesama kita jugak tapi ada la cousins Kak Long sekali. kita pun bukan pernah buat birthday besar-besaran. tak buat pun tak apa. as long as we are together, itu dah cukup baik dan cukup manis untuk kita. pada ibu dengan abah macam tu la. tengok pada Kak Long pun sama.

ye la... Kak Long excited nak potong kek. kejap-kejap tanya bila boleh potong kek tu. Kak Ngah pun sama naik. macam la hari tu birthday dia. tapi kalau birthday Kak Ngah pun, Kak Long sama naik jugak nak potong kek adik.


birthday girl yang excited nak potong kek


lepas potong, memang comot la Kak Long dengan Kak Ngah makan. tapi ibu tak kisah. janji Kak Long happy. orang kedai tu dah cakap, kek yang Kak Long pilih tu kek sponge. yang ibu nak tu choc moist. alahai... kalau sponge ni ibu kureng la sikit. hahaha... demand tak ibu padahal tu birthday Kak Long kan? suka hati Kak Long la nak pilih kek apa pun.

17 Feb 2011 tu genap la usia Kak Long 3 tahun. Kak Long dah besar. dah makin cerdik. banyak cakap tu memang daripada umur setahun lagi. ye la... Kak Long belajar bercakap dulu baru berjalan. apa yang ibu harapkan, Kak Long dengar kata dan jadik anak yang solehah. 

Kak Long memang anak yang baik. kadang-kadang uji jugak kesabaran ibu dengan abah sebab Kak Long manja mengalahkan Kak Ngah. tapi yang pasti, ibu dengan abah dengan Kak Ngah jugak SAYANG Kak Long. Kak Long anak sulung dan permata hati ibu dengan abah yang pertama dan akan kekal jadik yang pertama. we LOVE you so much dear!!!






my foot: anak-anak dilahirkan seputih kain. bergantung kepada ibu bapalah untuk mencorakkannya. hitam coraknya, hitamlah si kecil kita itu. jadi ibu bapa yang baiklah kita hendaknya. amiiiinnn!!!

Happy Birthday dear friend, IJA aka ADIK manja!!!


kita berkawan dah lama. ada pasang surut. ada masa berduka, kecewa, gembira, ketawa, tak bertegur sapa dan macam-macam rencah lagi ada dalam persahabatan kita selama lebih kurang 14 tahun ni. ada masa berutus letter surat le. tapi dah lama dah kita tak buat sebenarnya. kad raya pun kita dah lama tak kirim towards each other. 

kita kawen tahun yang sama cuma berbeza bulan je. dua daripada anak kita (ko memang ada dua je) lahir tahun yang sama, berbeza bulan jugak. aku tahu apa yang jadik antara kau dan dia. hahaha... hidup ni tak selalunya indah macam yang kita harapkan. ada masa gembira, ada masa terlebih dukanya. cuma pada kita untuk menentukan hala tuju hidup sendiri.

kita kenal masa sama-sama join TESL. banyak yang kita belajar bila jauh daripada keluarga. sesama kitalah untuk berkongsi setiap rasa. ingat lagi masa kita solat Maghrib kat surau Section 6? apa sengal la kita masa tu. hahaha... last-last kena solat maghrib semula.

masa aku kawen ko tak dapat datang. dan masa ko kawen pun aku tak dapat datang. tapi aku sentiasa mendoakan ko daripada kejauhan sebab ko SAHABAT aku. dan aku SAYANG ko. apa yang dah kita lalui bersama tu harta berharga yang kita takkan dapat di mana-mana.


today is your birthday... semoga kehidupanmu dilimpahi kebahagiaan hendaknya. dan semoga persahabatan kita berkekalan dan sentiasa di bawah lembayung kasihNYA. amin!!! terima kasih sebab sudi jadik SAHABAT aku walaupun aku tak kaya. erk?! hahaha...



my foot: macam ada kencang je bertiup nih. kurang-kurangkan le angin tu makcik oiii. ngeee...

29 July 2011

10 AMALAN TERBAIK TAPI TERBALIK... sambungan!!!



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.



my foot: renungan hari Jumaat yang terlewat!!!

28 July 2011

Harimau tewas di tangan Singa akhirnya...


perlawanan dah berakhir. dua gol yang dicari kita dah dapat. tapi satu datangnya daripada kita dan satu lagi daripada Singapura. tabik spring for the players. satu atas sebab kita tak ada langsung pemain import. yang kedua sebab dah berusaha sebaik mungkin untuk menang tapi dah bukan rezeki kita.

apa yang pasti, defence team Harimau memang out la. tahniah buat Safee Sali yang dah menjaringkan gol dan buat Khairul Fahmi yang bermain cemerlang. mungkin Khairul Fahmi dapat 'semangat' baru kot. tu yang cemerlang sangat tu. hahaha...

walaupun kalah dengan agregat 4-6... Malaysia tetap yang terbaik!!!



my foot: melaporkan tanpa melihat perlawanan.

Suami saya pernah cakap...


bila terjadinya pergaduhan antara suami isteri, berlaku kes dera or kes yang melibatkan suami bertindak kasar dengan isteri... orang cepat je buat tanggapan yang si suami tu memang zalim, tak berhati perut, kejam bla... bla... bla... macam mana boleh kawen.. bla.. bla... blaaa lagi.

tapi orang-orang yang baca atau dengar cerita tu tahu ke kisah sebenar kenapa jadik macam tu? memang 100% salah suami ke? atau isteri ada buat silap kat mana-mana? okay... tak semua kes yang berlaku tu salah suami. dan begitulah jugak sebaliknya. mesti ada silap dua-dua pihak.

actually, aku tertarik dengan kes Jimmy Shanley dengan wifenya.

LG Optimus Black. Cantik beb!!!



baca review tentang phone ni dalam akhbar. okay je aku baca review tu. design pun cantik. cuma penguji kata this phone kureng sikit la as compared to LG Optimus 2X. biasa la. yang ni murah sikit berbanding Optimus 2X. kalau sama harga susah jugak.

aku pun guna LG jugak sekarang. cuma LG aku tu dah mengong la sikit. mana taknya, jatuh dah berpuluh-puluh kali. dicampak anak-anak pun dah banyak kali. dipijak-pijak si Anis. dan bermacam-macam seksaan lagi la yang LG aku tu dah rasa. tapi aku takkan mungkin trade LG tu sebab ia hadiah daripada encik suami. sayang la nak trade-trade ni.

rasa macam nak grab je phone ni satu. ada siapa nak tolong bayarkan? harganya dalam 1k ++ je. ngeee... ada la rezeki aku tu nanti. insyaAllah... tak dapat phone ni htc pun jadik la. hahahah...




my foot: aku sayang tipon-tipon lama aku. nanti kita cerita pasal tipon pulak ek?

pic godek2 kat Google Image

Fizz Fairuz pun orang tuduh curang ek!!!


aku suka dengan Fizz Fairuz. cute-cute je aku nampak mamat ni. kalau dalam Nur Kasih tu, aku paling suka watak dia la. ramai yang suka Adam tapi aku lagi suka watak dia. watak abang sejati. hehehe...

bercakap, perwatakkan dia dalam drama tu pun lembut je nampak. alahai... bertuah badan dapat suami macam tu!!! (actually i'm referring pada those yang belum kawen. me memang bertuah pun dapat the greatest husband in the world!)

terbaca dalam mstar.com.my pasal Fizz Fairuz jawab dia dituduh curang. dunia artis macam tu la. ada je yang tak kenanya kan? tak apolah Fizz. layankan aje!!!

berita lanjut di sini.



my foot: aku bersyukur sebab tak diberi bakat untuk jadik artis. kalau tak mesti aku pandai melukis kan? ayark... apa kes?!

story credit to mstar online and pic godek2 kat Google Image


Ammar Alfian jelaskan isu pukul kekasih...

mungkin salah wartawan. mungkin saja-saja je nak panaskan dunia hiburan yang sedia panas tu. mngkin jugak ada keterangan daripada pihak Ammar or Sarah yang menyebabkan wartawan salah tafsir. tak tahulah mana satu.

kesimpulannya Ammar Alfian kata dia tak pukul ataupun cekik Sarah. masing-masing still baik macam dulu. okay!!! press sila betulkan kenyataan anda.

berita lanjut boleh ke SINI.



my foot: rasanya papaer yang sama pernah buat silap bila keluarkan kenyataan tanpa bukti sahih. kalau tak silap aku la.

27 July 2011

Bertuahnya GSTT sekarang...


GSTT yang seramai 13 ribu orang tu kemungkinan besar akan diserap ke jawatan tetap jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. bertuahlah badan GSTT yang sedia ada sekarang tu ek? bukan mudah nak dapat kerja. pada sesiapa yang pernah tolak jawatan GSTT tu mesti kata rugi kan? tu la... siapa suruh tolak.

Puteri Sarah Liyana buat laporan polis...



KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.

Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya. 

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.

Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.



berkias-kias pulak la paper ni. kalau nak berkias jangan la sebut nama drama. kan orang dah tahu jugak siapa dia. ngeee... apa yang pasti, benda-benda macam ni la orang akan kata publisiti murahan. betul kan? tu la nak buat sangat kejutan. kan dah terkejut besar dek perbuatan boyfriendnya. hmmm...



my foot: macam-macam hal la dia orang ni.

pic godek2 kat Google Image

Duet GA by mommy yen & ibu Sheila Latif...


join GA duet mommy yen and ibu sheila latif.
pada kalian yang nak join tu boleh la terus terjah si mommy yen yang cute ni.
tarikh GA: 22 july 2011 ~ 20 august 2011

me tag:


moh ler meriahkan GA ni...
dapat makan-makan kek sarawak yang sedap tu kalau menang.
huhuhu...
bertuahkan aku?


Wordless Wednesday...





my foot: dua jiwa satu hati. kekal hendaknya hingga syurgawi.

26 July 2011

Bila Alya berkata-kata...


tahun ni durian tak berapa nak menjadi kat rumah aku ni. tupai dok kebas je. pagi-pagi kena halau tupai dulu. masa aku pregnantkan Anis, durian tengah lebat berbuah. tu yang berat naik sampai 3kg tu dalam masa sebulan. banyak makan durian. last-last disuruh minum air gula. ayark!!!

Alya dengan Anis suka makan durian. tadi ayah aku bawak balik sebiji. pangsa yang diberi ayah aku tu memang ada 3 ulas durian. untuk aku satu, Anis satu dan Alya satu. bila aku panggil Alya suruh ambik durian, tahu dia cakap apa?


"Kak Long tak suka makan durian!" 

erk? sejak bila tak suka? kejap lagi aku dengar suara dia yang tengah tengok kartun tu bercakap dari dalam rumah. aku tentunya kat dapur.

"Kak Long tak suka durian Tok Abah bagi. Kak Long suka durian Abah bukak."

okay! sebelum abahnya balik Johor, bab makan durian, dia orang memang makan dengan encik suami. nak durian, encik suami cari. encik suami jugak yang kupaskan. sampai tahap macam tu sekali Alya. aku sms encik suami bagi tahu fiil anak daranya tu.

as a father, aku tahu la dia sedih. ye la... dia tak ada. anak-anak pulak dok carik je dia. walaupun kadang-kadang dia garang jugak dengan anak-anak tapi berbanding aku dengan dia, garang lagi aku. hahaha... encik suami kejap je marahnya. kalau time dia melayan... memang dia melayan sungguh-sungguh. tu pasal anak-anak manja dengan dia. dengan aku pun anak-anak manja jugak.

lagi pulak siang kan waktu dia orang dengan the father. memang mencari abah la budak-budak ni. tapi nak buat macam mana. encik suami di sana dan aku di sini pun sebab anak-anak jugak. dah ini bahagian kami. kami terima seadanya.


my foot: hidup ni kadang-kadang sukar. tapi akan ada manisnya di penghujung jalan nanti. aku percaya tu!

pic durian godek2 kat Google Image

Suhaila akhirnya dedah cerita sengketa dengan Jimmy!!!


baca tentang ini di mStar Online. perihal kes rumahtangga Jimmy Shanley dan Suhaila yang belum menemukan lagi titik penyudah.


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.



my foot: tak tahulah yang mana benar. tapi Jimmy tak nafikan dia pernah pukul. kadang-kadang ada perbuatan isteri yang tidak disenangi suami dan begitu jugak sebaliknya. carik jalan penyelesaian terbaik. kesian dekat anak yang tak tahu apa tu. huhuhu...

credit berita to mStar Online

25 July 2011

Hati ini...


makin jauh bertambah sayang.
bila dekat nak berperang.
mujur jugak tak berparang.
habis dicampak semua barang.
sudahnya semua melayang.
macam layang-layang.

erk... sekarang ni kejap-kejap hujan.
tak sesuai nak main layang-layang.



my foot: mood merapu ON!!!


Ramadhan sudah hampir tiba. Sudah berada di penjuru simpang...


pejan celik pejam celik dah nak masuk Ogos. bermakna Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. tak sampai seminggu pun lagi. rasanya jugak, first day puasa aku dengan anak-anak je la sebab encik suami tak balik. dia akan duduk sorang-sorang je kat Johor tu. keadaan mungkin sunyi buat encik suami sebab tak ada anak-anak. nak kata apa lagi. ada benda yang kami kena korbankan untuk dapatkan sesuatu yang lain.

aku dah boleh rasa aura-aura Ramadhan ni. nak terawih memang tak dapat punya. kalau dapat buat sendiri pun satu kesyukuran. anak-anak kecik lagi. especially Azfar yang still breastfeeding. macam mana nak pergi terawih? last aku pergi terawih masa pregnantkan si Alya. seronok jugak sebab pergi dengan encik suami. sama-sama mohon rahmat Ilahi.

seronok pergi terawih ni. masa zaman aku belajar dulu memang aku rajin jugak pergi terawih. masa tu surau dekat. kat belakang hostel je. best duduk situ. aku suka duduk dekat dengan surau or masjid. tenang je. bila pindah hostel, solat terawih buat kawasan lapang hostel siswi. time ni dah malas sikit. mungkin feel tak sama dengan feel solat kat surau kot. memilih betul. nak buat ibadat pun memilih jugak. huhuhu...

masa solat berimamkan siswa sorang ni, berlaku la kesilapan yang mungkin tak disengajakan. tapi masalahnya makmum lelaki macam ikut je imam. kami area perempuan ni start solat sendiri dah sebab imam tertinggal satu rakaat. macam mana tu? imam pun salah daa...

tapi betul la... kalau kita muhasabah diri di bulan yang mulia ni, kita pasti rasa tenang. bulan Ramadhan ni bulan menyucikan diri dan hati. sebab dalam bulan ni semuanya battle within us. tak ada gangguan daripada makhluk-makhluk lain. kita je la makhluk-makhluk tu. tapi dalam pada tu, tak ramai jugak nak muhasabah diri. masa tu baru kita tahu... nafsu dalam diri kita ni lebih bahaya daripada devils and demons kan?


Bulan Ramadhan pintu neraka di tutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan



my foot: insafi diri dan maafkanlah sesama kita!!!

pic godek2 kat Google Image 

Kahwin oh!! Kahwin! Nyaris-nyaris kahwin tak jadi...


Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/8/2011
Tempoh : 2 bulan

PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…

5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin 


1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.


semua orang ada impian perkahwinan masing-masing. ada yang nak kahwin atas kapal, ala-ala taman, daripada sebesar-besar majlis kepada yang sesimple yang boleh. apa yang penting, restu keluarga dan rahmat Ilahi. memang kalau boleh kia nak perfect la bersempena dengan hari bahagia kita tu.

memang banyak dugaan nak kahwin. daripada kad sampai la ke mak andam... semua buat aku bengang. sebab mak andam saja buat aku nyaris-nyaris tak nak kahwin. menyesal aku ambik dia. tak dah tak ada pilihan, terima je la apa adanya. kalau nak cerita semua memang terlebih daripada 350 patah perkataan. tapi sanggup ke orang nak baca. ini pun dah terlebih. hahaha...

apa yang manisnya tentang perkahwinan aku ni bila encik suami nak jugak tunaikan impian aku yang satu tu. apa impian tu? ha... baca la dulu baru tahu. alhamdulillah, majlis kahwin berjalan dengan lancar walaupun ada yang tak seperti yang aku harapkan. tapi aku berterima kasih kat ayah aku sebab bersusah payah carik meja dengan kerusi untuk pengantin bersantap hari tu. harapkan mak andam... kelentong je lebih. duit nak bayar full tapi servis macam h***m. sampai sekarang pun rasa bengang je kat mak andam tu. huhuhu...

tapi nak jugak cerita pasal mak andam yang menyebabkan aku rasa macam tak nak kahwin je. masa ambik pakej dengan mak andam, apa je yang kita nak dia kata okay. tak ada masalah. tapi bila tiba harinya... dalam pakej tu ada set pelamin. tapi untuk ambik gambar je la sebab kami tak nak bersanding. buat apa bersanding pun. kerusi yang patutnya dia bagi kerusi satu yang panjang tu. yang boleh duduk dua orang terus. bila datang je, dia bawak dua kerusi. dia kata ada orang lain dah tempah. tak boleh called bagi tahu ke? make up? patutnya as natural as it can be. tapi tak jugak. serabut je aku. dia kata dah natural la tu walhal masa tunjuk contoh ada je yang natural daripada tu.

yang paling buat aku menyirap tahap sirap bila sampai kat meja makan beradap. masa aku tanya dia boleh sekali tak untuk meja pengantin, dia kata boleh. bila tiba harinya... dia kata dia cuma hias je. meja dengan kerusi dia tak sediakan. masa tu dah pukul 10 lebih. mana tak sakit hati. memang rasa macam nak halau mak andam tu pun ada jugak. orang yang tengok aku nangis sebab sakit hati pun mesti kata dia ni kena kahwin paksa ke. tapi ayah aku la pujuk. dia kata dia settlekan bab meja pengantin. argghhh... bengong punya mak andam. masa aku taip ni pun rasa macam nak sabotaj je kat mak andam tu. tapi tak baik la kan. benda dah lepas pun. majlis pun dah selamat dilangsungkan.

tapi yang paling menarik aku rasa...aku pergi konvo degree sku dengan status sebagai isteri dan encik suami temankan ayah aku kat dalam dewan tu sebagai menantu. aku bernasib baik sebab konvo tu sesi kedua. waktu petang. daripada Pahang bertolak ke Shah Alam seawal pagi. dan encik suami kata... dia dah tunaikan keinginan aku untuk konvo dengan dia datang sebagai suami. sebab tu dia gesa jugak untuk kahwin 26 Mei tu. alahai... terharunya aku!!! siapa yang boleh buat macam tu kat aku selain daripada dia? memang encik suami anugerah paling berharga daripada Allah SWT untuk aku. terima kasih sebab cuba untuk merealisasikan impian aku yang satu tu. dan itu hadiah perkahwinan terbaik daripada semua hadiah perkahwinan yang kami dapat.

pada sesiapa yang belum kahwin tu boleh la ke MyKahwin.my ye. ia sebuah direktori perkahwinan terbaik sebab ia menyediakan segala-galanya yang diperlukan oleh setiap bakal pengantin. semuanya ada kat sini. lengkap dan hanya di hujung jari anda sahaja.

sementara 1tradezone.my pula anda boleh Iklan segala barang-barang atau peralatan perkahwinan yang tidak pakai lagi untuk disewakan atau dijualkan kepada orang lain. dengan itu tak adalah berlaku pembaziran kat mana-mana sebab ada web yang boleh kita iklankan barang-barang yang kita ada.



p/s: moh le meriahkan contest anjuran ar-rifke.com ni. sempat lagi la...

24 July 2011

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan...


mood jiwang berkarat...



itu bukan ayat aku ye. belum seminggu pun lagi encik suami balik Johor tapi itu la... rindu la pulak. anak-anak apatah lagi. encik suami ada cakap, "Betul la kata orang. Kalau sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Bila duduk jauh-jauh ni mula la rindu gila kat isteri dengan anak-anak."


my foot: ni la namanya dugaan. huhuhu...

23 July 2011

Persandingan RM12 juta. Sudah naik harga ye...

persandingan Memey dengan Norman cecah RM12 juta ye. persalinan Memey saja dah RM7.2 juta. tambah itu dan ini... jadilah ia persandingan RM12 juta. harga sudah naik sebab barang-barang pun dah naik harga. yang paling utama kena naik adalah HARGA DIRI. kalau HARGA DIRI pun murah juga, tak tahulah nak kata apa.

baca tentang berita ini di sini.


my foot: time kawen semuanya juta-juta. heboh senegara. bila decide nak berpisah, menyorok... tak nak orang tahu. hmmm... harapnya bahagia la Norman dan Memey ye!!!


Tertarik dengan artikel ini... Jom kongsi!!!


AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Persalinan Memey RM7.2 juta... Hebat kan?




KUALA LUMPUR, 21 Julai - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

22 July 2011

Alahai...!!! Ini anak-anak punya cerita.


pening jugak melayan karenah anak-anak ni. macam-macam ada. kadang-kadang tu naik angin jugak. tapi bila ada yang berbunyi mintak abah, alahai... sedih pulak. mana nak carik abah sayang. kalau abah ada depan mata, semua buat tak tahu je dengan abah. bila abah tak ada, mencari la pulak.

Alya dengan Anis, dua-dua carik abah. manja budak dua orang ni dengan abah sebenarnya. cuma abah garang sikit. tu kata Alya. tapi itu la orang yang dia orang carik waktu siang. nak berdukung la... nak apa-apa carik abah. tapi untuk dapatkan sesuatu kita kena korbankan sesuatu.

tengah hari tadi, Alya kemalangan. kebetulan aku baru je masuk bilik nak ambik Azfar. aku tinggalkan Azfar yang tidur dalam bilik. tapi aku tahu si kecik tu mesti tidur sekejap je. tak sampai lima minit aku tinggalkan Alya yang tadinya tengok tv, aku dengar suara dia... "Nak ibu je!" pesal pulak ni?

Menyampah pulak saya tengok...

rasa macam nak hilangkan iklan lepas post entri tu la. tapi macam mana ek? dah lupa la. serabut pulak aku menengok iklan tu terpacak lepas entri baru keluar. 

hmmm... ada idea ke?



my foot: macam-macam!!!

5 DARIPADA 10 AMALAN TERBAIK TAPI TERBALIK...


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

21 July 2011

Bila Azfar pulak demam...


Alya dengan Anis dah baik daripada demam. tapi kalau melibatkan batuk dengan flu, Anis akan ambik masa untuk recover. memang lambat. terutamanya flu. belum lagi dia pulih daripada flu dengan batuk, Azfar pulak demam malam ni.

instinct ibu ni lain sikit. aku dah rasa Azfar ni tak sihat a day before. meaning, yesterday la. hari ni dia tak tunjukkan sangat tanda-tanda nak demam tapi bila dia start meragam nak tidur petang tadi, aku dah agak. mesti ada benda yang tak kena.

tadi bila dia terjaga, rasa badan dia macam panas sikit. aku check suhu... 37.8. hmmm... aku basah kepala dia. tuala basah pun aku letak jugak kat kepala. sekarang dia tengah tidur dan aku update blog. macam tak reti nak tidur time anak kecik tu tidur. hahaha...

ye la... bila dia terjaga nanti baru la mata aku sama naik nak tidur. selalunya macam tu la. time boleh tidur tak nak tidur. bila anak dah jaga baru la sibuk-sibuk nak tidur. huhuhu... Azfar aku dah selimutkan dengan baju encik suami. baju yang biasa encik suami pakai aku dah 'ter'basuh tanpa sengaja. bila dah basuh baru teringat kat Azfar. alahai...

mujur jugak baju solat encik suami tu ada. so guna baju tu je la buat selimutkan si Azfar. mungkin he misses his father. sebab lepas je encik suami balik Johor, baru la dia nak demam. padahal masa encik suami ada dia okay-okay je. hmmm...



my foot: encik suami belum tahu yang anak terunanya demam. belum nak bagi tahu lagi sebab dia tengah tengok bola. nanti spoil mood dia.

Nightmare... Huhuhu...



konon-konon semalam nak update blog dengan buat auto publish plus join GA mana yang ada. dah lama jugak tak join GA ni. tapi kalau dah melayan si Azfar ni memang confirm tak boleh buat apa. Azfar still breastfeeding. my kids semuanya breastfeeding sampai la aku stopkan dia orang. hahaha... start campur formula milk pun after dia orang dah setahun. kalau sebelum, memang 100% breastfeeding la.

malam-malam dalam keadaan cahaya bilik yang samar-samar... bagi pulak susu, sure tertidur punya. tapi aku dah set dalam kepala kalau tertidur jangan lama sangat sebab aku tengah online. biar laptop lama-lama tak guna pun tak boleh jugak.

dalam tempoh 10 minit aku tertidur tu, aku bermimpi ngeri. tersentak daripada tidur. rasa macam real je. huhuhu... takutnya. mujur la cuma mimpi je. ingat nak taip entri tapi terus mati mood sebab mimpi yang satu tu. huh!!! 



my foot: mimpi apa? hehehe... ada la!!!

pic godek2 di Google Image

Rahsia MADU!!!



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan barkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi."

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasulullah saw sangat menyenangi madu."

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran."



my foot: alhamdulillah... anak-anak makan madu jugak.

pic godek2 di Google Image

Meragam pulak pagi ni...


meragam pulak Anis pagi ni panggil abahnya. mana nak carik? dah tentu abahnya tak ada. huhuhu... layankan saja la. nak perfume la... nak masuk buai la. macam-macam. huhuhu...



my foot: adoiii....!!!

20 July 2011

Mata mengantuk tapi anak-anak ni belum mahu tidur la...


penat sikit sebenarnya sebab Anis tak berapa lena tidur malam. dia demam malam. siang okay je. aktif bukan main. bila malam je mula la panas badan. mujur tak panas melampau. bila dia start meragam, aku letak je dia dalam buai. ada masa lena la. ada masa tak jugak.

nasib baik jugak Alya tidur lena. dekat-dekat nak subuh baru terkejut. Azfar pun sama. kalau tak diusik dia tidur je. bangun menyusu kejap-kejap je la. timing dia akan bangun semula area subuh yang hening. ada masa lepas bagi susu dia tidur. ada masanya tak jugak.

susah jugak tak ada encik suami ni. ye la... timing siang anak-anak dengan dia. malam baru dengan aku. aku dengan encik suami ni ada shift. hahaha...  anak-anak kalau dah rapat dengan the father macam ni la. kejap-kejap panggil. especially Alya la. Anis macam tak berapa nak kisah. Azfar? lagi la tak kisah. ngeee...

ini pun anak-anak baru je tidur. aku ambik la kesempatan ni taip something walaupun mata mengantuk bukan main lagi. kalau tak bila lagi nak update blog kan? huhuhu...


my foot: my kids are my angels... my husband is my my soulmate!!! i'm blessed with these gift...

Mood ke laut ke?

entri separa jiwang...



baru kejap encik suami pergi. tak sampai sehari pun lagi tapi dah rasa macam kehilangan (actually i’m missing him la) hahaha… 

mood swing. biasa ada jugak orang untuk bercakap-cakap tak kira la siang ke malam. sekarang ni cakap dengan anak-anak je la. 

huhuhu… sabar je la!!!


my foot: be strong!!!

19 July 2011

Antara suami dan keluarga... siapa pilihan kamu?


lama dah nak post entri ni tapi selalu je tertangguh nak menaipnya. bila dah tiba masa nak menaip, terkeluarlah pulak cerita lain. macam-macam la aku ni. i was once or twice being asked by my nieces... kalau diberi pilihan, antara suami dengan keluarga, siapa yang akan aku pilih?

wah... tricky question! kecik-kecik dah sibuk nak tahu hal orang tua. pergi belajarlah oiii... apa sibuk tanya soalan yang tak masuk exam tu. ada extra mark ke kalau aku jawab? ngeee... budak-budak sekarang ni sibuk je nak jaga hal tepi kain orang tua. orang tua lain la. memang kena tahu hal budak-budak sekarang sebab zaman sekarang ni zaman 'bahaya'.

aku ada jawapan untuk soalan tu. dan jawapan aku rasanya jelas. aku bagi jawapan dan aku terangkan kenapa dalam bahasa yang mudah difahami. tapi budak-budak ni bukan nak terima hakikat. faham pun tidak bila kita terangkan sesuatu yang belum sampai tahap dia orang tu lagi. jadik aku terangkan la... bila dah besar nanti baru faham apa yang aku kata hari ni betul ke tak...

kalau kamu la kan... siapa yang kamu pilih?


my foot: siapa pun yang kita pilih biarlah atas alasan yang kukuh dan pastinya itu pilihan terbaik. itu pun kalau terpaksa pilih la...


Hari ini atau hari esok? Saya pun kurang pasti...


encik suami akan balik ke Johor seorang diri. mungkin hari ni atau esok. aku pun tak berapa pasti. semalam dia cakap nak balik malam nanti. anak-anak mesti nak ikut punya. tapi kalau dah malam, dia orang dah tidur. bila bangun mesti bertanya... mana la perginya abah.

kalau encik suami ke toilet and salah seorang daripada dia orang tersedar, mesti tanya la. setakat bertanya je la. bukan nak pun dengan abahnya. kalau siang-siang boleh la. malam waktu dengan ibu. confirm tak nak dengan abah. pujuk la macam mana pun. 

kadang-kadang naik pening jugak. tak cukup tangan nak melayan. hahaha... kalau terjaganya sorang demi sorang tak apalah jugak. ni kalau terjaga serentak dan semuanya tak nak abah. macam mana nak layan. tapi kalau dah namanya ibu tu, mesti buat sesuatu jugaklah kan?

ini first time la Azfar kena tinggal dengan encik suami. tak apalah. perginya pun untuk keluarga kecik ni jugak. harapannya agar semuanya berjalan lancar dan atas izin Allah juga adanya.



my foot: mendoakan yang terbaik untuk encik suami. ada hikmah jika gagal. itu juga kata-katanya.

Nak kemaskini blog tapi mood malas dah datang...


mood tadi sangat baik la nak kemaskini blog. tapi anak-anak pulak kurang sihat especially si Anis. meragam lebih je sekarang ni. baru je tidur semula. itu pun lepas dia mintak buai dan aku terpaksa la usung buai tu masuk dalam bilik.

huhuhu... sabar je la. anak-anak punya pasal, aku rela apa saja. tak kisah la walaupun tidur tak pernah selena mana. kecuali la kalau dah mengantuk sangat. ni pun danh mengantuk tahap tak ingat. tapi tadi bukak FB, member share video clip. layan lagu jap la.

hehehe...



my foot: ingat nak bawak Anis pergi hospital. at the age of 1 year and 10-month, dia dah pandai ngadu sakit kepala. risau jugak dibuatnya.

18 July 2011

Baca warnanya!!! Jangan baca tulisannya...


mood baik hari ni. jom try test... amacam? boleh ke?


YELLOW  BLUE  ORANGE
BLACK  RED  GREEN
PURPLE  YELLOW  RED
ORANGE  GREEN  RED
BLUE  RED  PURPLE
GREEN  BLUE  ORANGE


otak kiri kita berusaha membaca warna. tapi otak kanan kita tetap akan membaca tulisannya. betul kan?


my foot: pening kepala jap. hahaha...

Giliran Nurul Syuhada pula ke jinjang pelamin...


sama cantik sama padan. tahniah buat Nurul Syuhada Nurul Ain yang selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz saja oleh Raja Amir dengan dinikahkan sendiri oleh bapa Nurul Syuhada di Binjai On The Park, KLCC. mas kahwin Nurul RM777 dan wang hantarnnya pulak RM20,111. hmmm... boleh tahan!



my foot: tengok pics kawin ni teringat momen-momen indah masa aku kawin dulu. next year ambik gambar kawin la sempena 5th anniversary boleh gitu? hehehe...

pic credit to thephotographer

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign