✿ Rumah SalYa ✿: June 2011

Fresh from the owner...

30 June 2011

Tiba-tiba hilang...


tadi macam ada idea nak tulis something. tiba-tiba hilang pulak. terganggu sikit dengan bunyi si Azfar yang tidur tak berapa nak lena. hmmm... mata macam mengantuk tapi hati belum nak tidur lagi. mengadap blog la kejap before i go to sleep. hope can sleep la. ngeee...


my foot: dah tak ada kerja ke?

pic godek2 di Google

Ini entri yang terlewat. Ngeee...


dah 4 tahun usia rumahtangga kami yang kadang-kadang aman, kadang-kadang macam kena taufan. lengkap la dengan asam, garam segala perencah yang ada termasuklah MSG. 4 tahun usia yang masih baru. masih setahun jagung. masih jugak dalam proses pembelajaran.

dalam tempoh 4 tahun ni... ada 3 orang yang jadik buah hati pengarang jantung. first year celebration, Alya dah ada. 2nd and 3rd, Alya dengan Anis. 4th anniversary, ada pulak si kecik Azfar ni. due Azfar pun sebenarnya masa anniversary aku dengan encik suami. 26 Mei. tapi Azfar nak keluar awal, jadik tak ada hal la.

sepanjang 4 tahun ni la, encik suami selalu sakit kepala nak melayan karenah si isteri. kesian dia. sengsara jiwa dan raga. tapi nak buat macam mana. kadang-kadang dia boleh tahan. kadang-kadang menyinga jugak. opsss...!!! apa pun, like i said to you... I LOVE YOU tak kiralah apa pun yang jadik. susah senang, kita sama-sama la harungi dan tempuhi. tu kan dugaan buat kita.

harapnya jugak rumahtangga kita ni diberkati Yang Maha Esa...


my foot: tu coklat yang dibuat seorang kawan. sampai kat rumah esok harinya. sedap homemade chocs ni kan? hehehe...

29 June 2011

Learn from the past!!!


kenapa kadang-kadang kita susah nak belajar daripada kesilapan yang lepas? kenapa kadang-kadang kita ulang buat silap benda yang sama unintentionally? tanpa niat pun. ada yang memanggilnya self-protection sebab tu bila jadik kita buat tanpa sedar. betul ke? mungkin jugak. mungkin jugak tidak. bergantung pada orang yang menilai kot.

and today, i did the same mistake. all over again. unintentionally actually. but then had to pay the price for it la. it was my fault and i had to admit it. reason for doing the same thing was, kalau kita dalam keadaan terdesak dan tak berfikir... benda yang tak kita jangka akan keluar. sebab tu kena fikir sebelum buat.

the truth is, benda tu bukan besar pun. very tiny. little mistake la. tapi macam yang encik suami cakap la, kalau benda tu besar memang kita tak boleh buat apa dah. tapi benda kecik-kecik la kena elak. walaupun kecik sangat. orang akan cakap... alah, benda macam tu pun nak marah! tapi benda kecik tu la yang akan buatkan sesuatu tu jadik besar to some people.

yup! had to admit it that the truth hurt. katakan yang benar walaupun ia pahit. honesty is the best policy. so from now on... from the moment i write this, i will... with my very best to avoid small mistakes and repeating the same mistake and i hope that Allah will guide me!!! i apologised for my wrongdoings. I'M SOOO SORRRRYYY!!!


my foot: kesilapan dan manusia tu tak dapat dipisahkan. tapi yang selalu menjadikan manusia itu terpisah adalah kesilapan itu sendiri. betul kan?

pic godek2 di Google

Tahniah buat Jimmy Shanley dengan kehadiran Zahrah Shanley...


tahniah untuk Jimmy Shanley atas kelahiran puteri sulung beliau, Zahrah Shanley. read about it dalam akhbar atas talian Harian Metro. mesti beliau teruja sebab tak pernah rasa temankan wife sepanjang proses check up. tahu-tahu je dah bersalin. dia bersyukur sangat sebab diberi kesempatan tengok si puterinya tu.

hopefully the wife has mercy on him. kemelut rumahtangga dia orang kita memang tak tahu. tapi fikir jugaklah. atas dunia mungkin lepas. tapi kat 'atas' sana belum tentu. jadik perempuan ni senang nak masuk syurga dan senang jugak nak masuk neraka.

macam encik suami cakap... "Jadik perempuan ni senang. Kerja dengan Allah. Mengandung bukan kerja senang tapi kalau bersalin, meninggal... lengkap syarat yang Allah bagi boleh pilih pintu syurga nak masuk. Mati syahid tu. Kalau Honey pun Honey nak!"

pandangan lelaki yang mana tanggungjawabnya berlipat kali ganda berat. terbeban dengan dosa anak, isteri, adik-beradik lagi. huhuu... tapi tu la, berapa ramai yang hargai suami masing-masing?


my foot: it's okay for me to cry... but i can't bear to see the tears from your eyes!!!

pic godek2 kat Google

28 June 2011

Mood ada tapi timing tu tak ada...



mood nak update blog ada. tapi timing tu tak ada. Azfar tidur pun kejap-kejap je. ini pun baru je tidur. letak atas tilam tidurnya kejap sangat. kalau berpangku tu lama. tapi mana nak larat pangku dia sepanjang masa. kejap-kejap tu boleh la. kali ni letak atas tilam dia tidur lena pulak. mungkin sebab dia bangun pagi kot tadi. hai... berat dah anak teruna saya ni. dagu pun dah berlapis. hahaha... 

masa bersalinkan dia, the misis said, "Sampai besar la tak hilang pipi dia tu!" erk... hilang ke mana?! hahaha... tak hilang la montelnya pipi si Azfar ni la. bukan hilang kena curik. orang yang tengok pun kata tak macam rupa budak sebulan. tak tahulah saya. anak-anak sebelum ni kecik je. Azfar, baju yang kakaknya Alya pakai masa umur setahun, dia dah pakai masa umur sebulan ni. dah tu macam mana?

barut banyak dah tak muat. ada dua tiga je yang boleh pakai. dok ulang yang tu je la. masa my mom-in-law datang melawat tu hari... dia ada pegang. tapi kejap je. tu pun dia cakap dah lenguh tangan. anak teruna saya ni dah makin besar. ngeee....

actually, aku patut post benda alah ni on monday. tapi Azfar kurang sihat sikit. kena flu plus dia suka sangat tidur atas pangku instead of tilam. macam mana nak berblog kalau dok kena pegang dia? hahaha... macam kakak dia Alya tu jugak. Alya masa kecik pun suka tidur atas badan. Anis je tak ada masalah tidur. huhuhu...


my foot: aku pun patutnya tidur jugak time Azfar ni tidur. tapi mata tak berapa nak mengantuk la pulak. bila bangun je si kecik ni, mata pun sama naik la nak tidur. hmmm...

pic godek2 di Google

25 June 2011

Semalam tak sempat nak post apa-apa. Huhuhu...



semalam sibuk sikit dengan si Azfar. dia hisap susu je kejap lagi keluar semula. nak sidai kain pun tak sempat. tambahan pulak Azfar ni 'panas' sikit dengan encik suami. masa kecik ni je la kot. dah besar esok lain la pulak. almost all the times la, kalau aku bagi Azfar kat encik suami dalam keadaan dia tengah tidur... kejap lagi encik suami datang la.

tengah mandi ke apa ke... macam hari tu, aku tengah sidai kain. tengah-tengah sidai kain dengar si Azfar ni menangis. alahai... nak sidai kain pun jadik tak senang. bukan menangis lapar susu. macam kena gigit benda je. bila aku naik atas rumah, ambik dia... letak kat bahu, tidur lena. 

lagi pulak, dia suka orang pegang dia. kalau letak atas tilam tu kejap je tidurnya. kalau kena peluk... huh, tidur tak hingat. hahaha... anak lelaki dengan anak perempuan ni lain fiilnya. Alya masa kecik memang tidur je. nak bagi susu pun kena kejut. kadang-kadang tu puas kejutkan tak nak bangun jugak.


Anis macam Azfar. kurang lena tidur. masa dalam hari lagi, masuk je pukul 12... dia pun berjaga la sampai pagi. tambahan pulak dia ada selesema. bunyi dia bernafas pun macam ada lendir kat tekak. macam misi sedut tak habis je lepas bersalinkan dia. masuk je dua bulan dia demam dan membawa pada cerita duka dia masuk PICU sebab pneumonia.

Azfar dah tak selesema. tapi tu la... macam Anis jugak. kalau bernafas tu macam boleh dengar ada lendir je kat tekak dia. masa bawak dia cucuk sebulan, aku ada tanya misi. tapi tak ada jawapan pulak daripada misi tu. ingat nak bawak sedut. tapi dia baby lagi. kesian la pulak. kalau dah orang tua pun tak tahan kalau kena sedut, inikan pulak baby. boleh luka tekak.

ingat nak bagi dia madu la untuk keluarkan segala lendir yang ada di tekaknya. atas izin Allah. kalau kita bertawakal dengan seikhlas hati, mungkin apa je yang kita buat tu akan jadik ubat.


my foot: around 5am tadi Azfar baru tidur semula selepas berbunyi je macam tak selesa dengan tekaknya. inilah pengorbanan seorang kan? apalah sangat tidur tu...

pics godek2 di Google

23 June 2011

Kehebatan manusia ni atas anugerah Allah kan?


anak melayu kita di Oxford. tahu 7 bahasa. hebat kan? bila ada yang boleh, itu bermaksud kita pun boleh lakukan sebagaimana yang dia lakukan. kalau kita rasa kita hebat, ada lagi orang yang lebih hebat daripada kita. very humble...

alahai... sejuk perut mak dia mengandungkan dia kan? sangat teruja sebab dia anak melayu. siapa kata melayu tak boleh? siapa kata kalau belajar pondok ke agama ke tak boleh maju. wah... kolotnya pemikiran!!!  aku cakap pun sebab ada orang yang tak benarkan anak dia belajar bahasa arab, ambik kelas agama. katanya tak ke mana nanti perginya. tak boleh dapat kerja yang best-best.

aku tak tahu la apa yang ada dalam kepala orang tu sampai tak benarkan anak-anak dia belajar agama. kalau dah dia pun tak pandai agama, biarlah anak-anak belajar. at least boleh ajar dia. bukan sekat budak-budak tu. macam-macam la manusia ni.


my foot: harap-harap anak-anak aku jadik anak-anak yang soleh dan solehah.

Aishwarya Rai is pregnant. Really???


baca di Harian Metro dan Kosmo! online pagi ni tentang bekas ratu cantik dunia ni yang akhirnya pregnant her first baby at the age of 37. okay lagi tu. dapat seorang pun jadi la. as long ada kan? hehehe... macam manalah rupa babynya tu nanti? as beauty as the mother or as handsome as the father? or will have the combination from both?

aku suka sangat tengok couple ni. sweet je. terdetik jugak bagus kalau dia orang ni kawin. tapi masa tu Aish still dengan Salman Khan. tapi jodoh dia orang kuat and they got married jugak. lama dia orang tunggu tu get this child tapi semuanya bergantung pada keadaan. kalau okay tu okay la. kalau tiba-tiba jadik something nak buat macam mana kan? jangan meroyan pulak si Aish ni dah la.

teringat pulak aku kata-kata misi lepas aku bersalinkan Azfar. she said, "Lepas ni boleh la tambah sorang lagi. Umur pun muda lagi. Bila dah 40 berhentilah." aikkk... ada pulak cakap macam tu!!! saya nak berehat dulu la. hahaha...

masa dapat Alya, doc or nurses tak cakap apa-apa pun. masa dapat Anis, doc siap pesan suruh jarakkan kelahiran plus tanya kaedah merancang macam mana yang aku nak guna. time Azfar, misi cakap macam tu pulak. doc tak cakap apa-apa. ngeee...


my foot: macam-macamlah. anak-anak tu rezeki. ada orang susah nak dapat. ada orang senang dapat dan senang jugak nak buang. kita yang dapat ni bersyukurlah sebab tak semua orang bernasib baik macam kita kan?

pic godek2 di Google


Nak update ke nak tidur? Huhuhu...


tadi konon-kononnya nak update blog before revising apa yang patut ada dan tak ada dalam blog ni. last-last pergi buat benda lain pulak. bila dah buat benda lain tu... tertangguh la apa yang patut aku buat. end upnya, anak-anak ni pulak terjaga. kena la layan dia orang dulu. especially Azfar la.

dah tu, bila dia orang dah tidur semula... aku check la blog mana yang aku follow yang still aktif. ada yang dah tak aktif langsung. ada yang dah tak wujud blognya. so, kena delete la. carik la blog lain untuk difollow. kat situ pun dah ambik masa.

lama-lama... mata yang tadinya segar-bugar, dah mula layu. dah banyak kali menguap. hahaha... rasa macam nak sambung esok je la. nak tidur dulu.



my foot: tengah nak carik blog yang ada sediakan tutorial. nak update blog kena la ada tutorial kan? siapa ada link blog tu boleh bagi tak? thanks... ^_^

pic godek2 kat Google

22 June 2011

Baru je online dah ada bunyi...


geram je dengan Azfar ni. baru je online kejap ni ha... dah berbunyi dia. macam tau-tau je ibu dia tengah 
online. dia tak nak bagi la tu. tu pasal ada bunyi. hahaha...

tak kira la masa mana pun. asal tangan tengah pegang keypad, dia mesti berbunyi walaupun tak jaga sepenuhnya. kalau dah jaga tu, sure la kena mengadap dia. tak boleh nak buat benda lain dah. ini pun dia baru tidur. nak tidur atas pangku. kalau baring tu kejap je tidurnya. manja lebih ni.

semalam... masa aku diserang headache plus demam a bit, dia tidur je. tak meragam mana la. anak-anak ni kalau aku sakit alhamdulillah... tak meragam pun. baik je. sejuk perut mengandungkan dia orang. time Alya dulu pun macam tu jugak. masa dia 3 bulan, aku demam teruk jugak. bila aku tidur... dia pun tidur. tak ada la nak meragam ke apa ke.

ayah aku pulak bising-bising sebab aku demam masa dalam pantang. huhuhu... macam-macam la orang tua ni membebel. dah nama pun orang tua. dia ingat masa Azfar ni je aku demam. walhal dia tak tahu masa Alya dulu pun aku demam jugak. dua minggu lepas bersalinkan Alya. tapi mana dia nak tahu... Alya dengan Anis aku berpantang kat rumah mak mertua. yang ni je pantang sini.

eh... boleh pulak taip panjang-panjang tu!!! hahaha... nak bawak mandi anak-anak la pulak. hari pun dah petang. alhamdulillah... demam pun dah baik. dapat tidur lena semalam, hari ni dah okay.


my foot: esok dah 40 hari. lagi 4 hari cukup la 44 hari. tapi encik suami kata... ais kena pantang setahun. huhuhu... boleh ke? cuba je la ek!

story without piccas

Antara Kerajaan dan Swasta...


apa cerita pulak ni? government vs private ni biasa jadik isu jugak. kalau bab kerja, orang kerajaan selalu dapat kenaikan gaji. kalau kat swasta ni susah sikit. tapi kerja kat swasta usually gaji up sikit berbanding kerajaan. eh, betul ke?! entahlah... aku pun dah lama tak kerja. dah tak tahu menahu dah bab tu.

tapi yang aku nak cerita ni pasal pemilihan hospital time delivery. orang yang berduit suka pergi kat swasta. orang yang biasa-biasa ni hospital kerajaan saja la. ngeee... tak ada salah pun nak pergi swasta. dan tak ada salah juga nak bersalin kat hospital kerajaan. itu semua atas pilihan masing-masing. tapi yang selalu aku dengar, kalau bersalin kat hospital kerjaan, bab layanan la yang kurang sikit. betul ke ni?

masa Alya dulu, aku dengan encik suami dah planned nak bersalin kat hospital swasta. saja nak merasa macam mana layanannya. tapi tak sempat pun sebab Alya keluar awal sebulan daripada tarikh due. so, kerajaan jugaklah pilihannya.


bercerita bab layanan... alhamdulillah, aku tak pernah pulak rasa kurang dengan layanan daripada hospital kerajaan. daripada Alya sampailah ke Azfar. tak ada la bab nurse tunjuk muka masam ke apa ke. memang okay je la. time Alya dengan Anis, doc yang handle tapi staff nurse yang sambut baby. luckily, doc perempuan yang aku dapat. bila time Azfar, aku dapat staff nurse dengan pelatih dua orang tanpa doc. huhuhu... doc kat Hospital Pekan ni kebanyakkannya lelaki. mujur jugak yang handle aku pun perempuan.

even masa masuk wad sebab jaundice pun, the nurses were okay. either aku ni bernasib baik...  aku pun tak tahu la. mungkin jugak kebetulan orang yang kena tu time the nurses tengah bad mood kot. hahaha... entah. sebab sebelum ni banyak kali jugak aku dengar orang dok bercerita pasal layanan nurses kat patient. i was lucky sebab aku dapat yang terbaik. thank you!!!



my foot: hmmm...tapi teringin jugak nak pergi swasta. mungkin the next child. tapi yang pasti bukan sekarang ye. 3-4 tahun lagi. hehehe...

pics godek2 di Google

21 June 2011

Susah nak berblog eh?! Huhuhu...



bila dah ada si Azfar ni... memang susah nak berblog walaupun mood nak berblog tu dah naik sikit-sikit. ye la... bila online je sama ada nak tengok news or FB, dia pun sama naik jugak berjaga. kadang-kadang tu berbunyi jugak la. hahaha...

macam sekarang ni la. saja letakkan dia atas tilam. dia dok berbunyi je dari tadi. tapi alhamdulillah tak menangis. cuma bila dia berbunyi tu tak sampai hati pulak nak biarkan. last-last mesti tutup laptop, ambik dia bawak keluar pergi jalan-jalan cari makan. eh, ibu dia la makan!!! dia kecik lagi. ngeee...

tapi sekarang ni dia dah tidur dengan jayanya lepas menyusu. anak-anak yang menyusu badan ni senang nak handle. betul kan? semua khasiat dah ada dalam susu tu. tak payah la nak masak-masak air segala nak buat susu. ibu yang bekerjaya pun boleh menyusukan anak. antara sanggup dan tidak. antara malas dan rajin je. unless ada problem tu lain la.



my foot: siapa kata jadik parents tu senang? and siapa kata tugas ibu tu pun mudah walaupun as a housewife? ceciter sikit. huhu...

pic godek2 di Googgle

20 June 2011

Bukan setakat ambulans… wad pun nak merasa jugak?!


ketiga-tiga si kecik aku ni kena jaundice. masa Alya tak tinggi sangat tapi sebab dia lahir premature, kena jugak la masuk wad 3 hari. 3 hari tu macam 3 tahun. bosan gila. Around 5-5.30am nurse datang ambik baby. nak ambik darah la. kebetulan masa Alya ada this 1 lady bersalinkan anak ke-3. baru sehari dah masuk wad sebab jaundice dia tinggi. kes anak lady tu nak refer ke HSNZ dah masa tu. kata doc kalau tak turun jugak kena salin darah. alahai… kecik lagi dah nak kena salin darah ke?! 


Anis masuk wad dengan jaundice yang agak tinggi. 300++. tu pun sebab nurse yang datang ke rumah tu macam tak sure pulak dia ada jaundice ke tak. nurse yang datang keesokkan harinya terus suruh checked. dah la masa masuk wad tu, aku je penghuninya. tak ada orang lain. huhuhu… nasib baik la bulan puasa. walaupun cuma aku seorang je masa tu tak ada la nak rasa takut ke apa ke. masa nak discaj lepas 3 hari berkampung kat wad, aku dapat hamper raya sebab ada lawatan orang besar ke hospital. rezeki anak! 


Azfar pun nak jugak duduk wad sebab jaundice. time dia masuk pun bacaan dalam 260++. tapi Azfar memang dah nampak daripada mula lagi dah. kalau aku masuk petang, ada seorang lady ni masuk malam. dia pulak time aku bersalin pagi, dia bersalin tengahari. tapi dia anak first. kekok sikit la. baby dia pun dok menangis je. lambat bagi susu sikit merajuk la. tak nak hisap lagi dah. 

the next day ada another lady. anak dia kena G6PD. kena pantang banyak benda la si mak, dan anaknya bila besar nanti. possibility untuk dapat G6PD lebih pada anak lelaki. Azfar nyaris sangkut ujian tu. first time checked darahnya duduk under ‘intermediate’. kena buat saringan kedua. Alhamdulillah… saringan kedua lepas. dan Azfar duduk wad akibat jaundice cuma 2 hari. nak merasa jugak cahaya lampu biru tu. 


my foot: macam-macam cerita dan gelagat manusia kita boleh tengok sepanjang duduk kat wad ni.

19 June 2011

Hari ni Hari Bapa ke? Erk...!!!


hari ni kan ke sambutan hari bapa sedunia. walaupun tak celebrate or tak patut la ada just one special day untuk celebrate father's day... tapi maksud sebenarnya bukan la sehari ni je untuk raikan. cuma satu hari je perlu untuk kita raikan bersama-sama, sedunia pulak tu. hahaha... macam la aku celebrate sangat. tak ada pun. just wish je. suruh anak-anak wish jugak kat encik suami.

sekarang ni nak cari one good father and mother pun susah kan? tengok je la dalam paper. siapa yang dera anak-anak kalau bukan parents tu sendiri. orang nak anak, kau pun nak anak. tapi bila dah dapat tak reti nak jaga anak. macam-macam la.

i'm lucky dan aku tahu ada golongan di luar sana pun yang sama bertuah macam aku sebab ada ayah and suami yang caring and loving and responsible to the family. we are lucky and we should appreciate what we have kan?

to my beloved husband... you are the greatest father to the kids la. always be their hero walaupun anak-anak kadang-kadang tu cakap, "Tak nak abah. Nak ibu je!" They... We LOVE you!!!

to my dad (walaupun dia tak baca blog ni tapi aku tetap nak cakap)... you have been my hero for so long despite the moods that you have. I LOVE you for now and always. thanks for taking such a good care of me. semoga dirahmati Allah sentiasa.


my foot: Happy Father's Day to all fathers out there... have a great day today!!!

credit pic to the owner

18 June 2011

Semua nak merasa naik ambulans ek?!



macam yang aku dah cerita before this, hari nak deliveredkan Azfar, encik suami called ambulans around 7.15am. aku bagitau dia pasal contraction yang aku rasa pun lepas solat subuh. tu pun aku cakap aku tak tahu sama ada rasa tu sebab sakit nak bersalin ke or memang sakit yang biasa aku rasa. macam kelakar la pulak sebab tak tahu sakit bersalin macam mana. hahaha…

tapi yang pasti, aku memang kerap sangat le masuk tandas. takut jugak sebenarnya. mana la tau tiba-tiba bersalin dalam tandas. tak ke kes naya. anak dah nak masuk 3 pun tak tahu lagi macam mana sakit bersalin? hellloooo… anak memang nak masuk 3 tapi anak yang baru ni memang lain sikit. 

his sisters masa nak bersalinkan dia orang, air ketuban pecah dulu. tak rasa sakit pun. started rasa sakit lepas 2-3jam air ketuban pecah. lepas tu baru la sakit yang tak boleh nak cakap. tapi Alhamdulillah… kejap je dah keluar umat Muhammad. kalau yang baru ni rasa sakit dulu. tak ada tanda langsung. tapi sebab contraction tu makin kerap, called jugak la ambulans. 

sampai hospital je dah buka jalan 8cm. terus hantar ke labour room. duduk kejap je dalam tu. sama jugak la macam his sisters. bezanya, si kakak-kakaknya lahir premature. masa Alya, daripada Hospital Dungun dihantar ke HSNZ dengan ambulans sebab Dungun tak ada specialist untuk kids and tak ada kepakaran untuk sambut premature baby. Anis pun sama. Hospital Pekan hantar ke HTAA atas alasan yang sama. naik ambulans jugak. Azfar pun nak merasa jugak macam kakak-kakaknya. 

kalau masa Alya dengan Anis, dia orang duduk kat wad SCN sebab lahir premature. aku sempat tengok kejap je la. masa lahir tu je. lepas tu the next day baru boleh tengok and pegang. time Azfar ni lain la pulak. bukan setakat pegang… siap letak atas badan lagi. beza la lahir premature dengan cukup bulan ni. tak kisah la semua tu kan. janji selamat ye tak?! 


my foot: huhuhu… seronok jugak naik ambulans ni sebenarnya. tak percaya cuba la call and naik sendiri. 

credit pic to Google


Dalam proses revising and updating...!!!


disebabkan mood nak berblog tu dah ada, walaupun bukan 100%... aku tengah nak susun atur semula blog ni. nak kemaskini apa2 je la yang patut. maklumlah dah bersawang. tak sempat nak kemas apa-apa lagi. lagi pulak, macam mana nak mengemaskini blog bila ada si kecik ni.

Azfar ni suka dipegang. kalau letak atas tilam, tidurnya sekejap sangat. lepas tu berjaga la dia. kalau pegang, tidur bukan main sedap lagi. cuit la macam mana sekalipun... memang susah nak bukak mata. anak lelaki kot. manjanya lebih sikit. hehehe...

kadang-kadang tu, bukak internet ni kejap je. baru tengok-tengok sikit dia dah berbunyi lebih. tapi dah namanya anak kan?! apalah sangat internet nih dibandingkan dengan anak. tak penting mana pun. huhuhu... orang lain yang tak dapat anak tu berebut-rebut nak anak. orang yang senang-senang dapat anak boleh pulak buat endah tak endah je dengan anak sendiri. dera la apa la... teruk manusia akhir zaman ni kan?

mood sekarang ni pun nak cerita pasal si Azfar and his sisters je. ye la... esok-esok dia orang dah besar, boleh baca apa yang ibu dia orang tulis pasal dia orang kan? manalah tahu ada termiss cerita yang best-best. dia orang baca dia orang tahulah. tak payah la mulut ibu ni nak bercerita berjuta-juta kali benda yang sama je kan? hahaha...


my foot: nak revise balik apa yang patut ada dan takde kat blog ni. then baru la boleh blogwalking sikit-sikit. berdikit-dikit la kan. sekurangkurangnya ada daripada tak ada langsung.


credit pic to Google

13 June 2011

Dah sebulan rupanya. Tapi rasa macam baru je...

hari ni Azfar genap la sebulan. rasa macam baru sangat je lagi. cepat masa berjalan kan? sedar tak sedar dah nak habis pantang pun. hehehe... dah setengah tahun berlalu. pejam celik pejam celik dah Ramadhan. lepas tu raya. tup... tup... tahun pun bertukar.

bercerita tentang Azfar dan kelahirannya.. (pada yang belum kahwin or tengah pregnant ke, jangan la takut. benda ni normal. eh... ye ke? hahaha...) he was born dengan weight 3.2kg. masa monthly checked... masa tu 8 bulan, doc scanned and said the baby weight was 1.5kg only. doc kata hopefully lahir cukup bulan la. tapi bila keluar je lebih daripada jangkaan doc.

masa 7 bulan pun aku dah prepare barang segala. takut la deliver awal macam his sisters. bila masuk 8 bulan, tak bersalin jugak lagi. aku dengan encik suami pun tengok la graf kelahiran the sisters. Alya lahir hari ahad, Anis hari sabtu. so kami buat assumption yang baru ni akan lahir hari jumaat. encik suami siap bagi date 13 Mei. lagi.

memang betul jangkaan kami kan? hari jumaat 13 Mei. kalau ikutkan due on 26th. maknanya he was born awal 2 weeks la. ingat nak story banyak lagi tapi these kids dah started shouting. got to go...

12 June 2011

13th May 2011... Ada apa dengan tarikh itu?


ni la Muhammad Izz Azfar yang membawa maksud Izz tu kekuatan dan Azfar, orang yang berjaya atau menang.. sekarang saya dah ada hero seorang. buat teman encik suami. ada jugak la temannya beraya pakai baju melayu tahun ni. hahaha... pakai baju melayu ke si kecik aku ni? 

Azfar macam his sisters jugak, dilahirkan normal. alhamdulillah... rasanya delivered si mamat kecik ni la paling senang. contraction started around 3 am. tapi tak rasa sangat sebab sakit macam tu masa 6 to 8 bulan dah rasa. ingatkan sakit biasa je. around 5 am couldn't sleep. rasa lain macam je sakit ni. hahaha...

macam tak tahu pulak macam mana sakit bersalin. reason jadik macam tu, Azfar ni je yang lahir cukup 9 bulan (38 weeks!!!). his sisters lahir premature. tak ada tanda-tanda pulak tu. cuma sakit je. and contraction tu jadik makin lama selang 15 minit. called ambulance around 7 am. dalam 15 minit tu ambulans datang. nak jugak naik ambulans tu.

sampai hospital, checked 'jalan'... masuk labour room, pukul 9.21 am, dia selamat dilahirkan dengan berat 3.2kg. lagi besar dan berat as compared to his sisters. nurse pun ada cakap, kalau dah keluar ni besar, lepas ni kalau pregnant lagi... baby pun possibility akan besar jugak. erk!!! nak keluarkan yang ni pun dah separuh nyawa.

doc yang checked dia masa jaundice ada cerita pasal experienced dia masa delivered. baby dia 3.8kg. tersangkut bahu babynya kat tulang pelvik masa delivered. huhuhu... takut saya mendengarnya. tapi tu semua dugaan dan bahagian masing-masing kan?

wokey la. nak layan si kecik saya ni dulu. to be continued ek...

Menang kalah tu kan ke adat!!! Huhuhu...


credit to syafzmagz.com


semalam final bola piala FA. kemenangan dah tentunya sah milik Terengganu. tu pun sebab Daudsu terbuat gol sendiri. kalau tak belum tentu la Terengganu menang. tapi adat bertanding tu biasa la. ada menang, ada yang kalah. kalau semuanya menang, siapa pulak yang akan kalah kan? hahaha...

hakikatnya senario sukan kat Malaysia macam ni la... kalau menang, puja dan puji menggunung tinggi. dia la yang terbaik. terhebat dan segala ter lagi. tapi kalau kalah, yang ter dulu tu la jadik yang terburuk. dan puji dan puji pun agak-agak jugak la kan. jangan terlebih. sekadar cukup-cukup je.

aku tak sokong mana-mana team pun. tapi disebabkan orang rumah aku orang Terengganu, aku akan sokong Kelantan. hehehe... dah tentu dia akan sokong team negeri dia. dah negeri dia yang main. menang pulak tu. memang akan dok bercakap pasal Terengganu menang je la lepas ni. poning makcik!!!

apa pun, ada lagi piala yang belum dimenangi. Kelantan boleh fight la untuk piala liga. Kelantan kan duduk kat atas sekarang. good luck la ye team bola sepak mana-mana pun. best team wins!!!


my foot: hmmm... nasib baik la aku bukan peminat bola. kalau tak mesti aku pun sama naik jerit GOOOOLLLLLL!!!! hahaha...

09 June 2011

I'm trying my best to update my blog from now on... Hopefully la!!!



tajuk sikit punya panjang. tapi memang dah lama jugak aku tak update blog ni. dah bersawang segala. hahaha... bukan setakat tak update. melawat blog orang pun tidak. anisalya.com pun terabai sampai lupa nak sambung year payment. lepas ni kena beli semula la laman tu.

actually, sepanjang menyepikan diri tu, bukan tak mahu update blog tapi tak boleh nak update. why? sebab masa tu tengah allergic dengan computer. orang lain ada macam-macam alah. me alah dengan gadjet ni. masa 1st pregnancy dulu pun macam tu jugak. tak tahu la kenapa. tapi masa tu siap alah dengan handphone lagi.

alhamdulillah...dah nak masuk usia sebulan pun si kecik saya yang baru tu. eh, ada orang baru ke?! ada. tu sebab la malas nak update blog. sebab tengah bawak orang baru. hahaha... he was born on May 13th exactly at 9.21 am. ada cerita jugak disebalik kelahiran this baby boy of mine.

cerita nanti ek. huhuhu... sekarang ni tengah cuba nak kembali ke arena blogging ni. hopefully mood malas tu akan hilang. erk!!! tapi rasa macam tak hilang je lagi pun. ngeeee...



my foot: macam-macam cerita yang ter'missed sepanjang tak berblog ni eh....

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign