Fresh from the owner...

02 December 2011

Tak apalah. Saya terima bagi pihak dia.



cerita semalam lagi. masa aku bakar barang kenangan aku yang dimakan dek anai-anai tu, aku mintak anak buah aku ambikkan petrol. cuaca lembap. api segan je nak menyala lebih-lebih. dia pun excited ambik botol petrol ayah aku tu. aku pulak dah siap pesan awal-awal sebab dia nak tuang sangat petrol tu atas barang-barang yang aku nak bakar. aku kata dengan dia hati-hati.

masa tu aku tengah selamatkan barang-barang yang boleh diselamatkan. tiba-tiba dengar kakak aku panggil nama dia. aku pandang belakang nampak dia pegang botol petrol tu dengan api yang dah melekat pada botol tu. aku tak sangka pulak dia nak tuang petrol macam tu je. dalam pada tu dia tak lepaskan botol petrol tu. jadik minyak tu jatuh ke belakang sebab dia ingat bila gerak-gerakkan botol tu, api akan padam. bila kata lepas, baru dia lepaskan. terbakar habis la botol petrol ayah aku tu.

muka anak buah aku ni dah cuak. cuak atas dua sebab. pertama sebab dia tak sangka api akan sambar bekas tu. sebab paling utama, dia takut kena marah dengan ayah aku. bila jadi macam tu mula la memikir macam mana nak buat. nak bagitahu macam mana kat ayah aku tu. dan pagi tadi ayah aku tanya pasal botol petrol dia tu.

muka anak buah aku ni dah pucat sebab takut. ayah aku pulak dah bising-bising. last-last aku cakap botol dia tu terbakar masa aku bakar barang-barang semalam. dia cakap takkan la aku bengong sangat sampai tak tahu api akan sambar petrol kalau tuang macam tu je. aku diam je la. banyak cakap nanti jadik lain pulak. anak buah aku tu lega la. tak apalah. aku kesiankan dia. jadik aku terima salah tu bagi pihak dia.

bukan minyak yang ayah aku bisingkan. tapi lebih pada kehilangan botol tu la. okay... aku pegang rahsia ni ek!!! jangan lebih-lebih. nanti mak saudaramu ini buat peras ugut. tak ikut cakap ai, ai bagitahu rahsia u. muahaha... tak adalah. yang lepas tu lepas la. cuma next time around, dia kena lebih berhati-hati.







my foot: reda je la. apa yang penting, dia tak apa-apa semalam. kalau la api tu sambar dia, siapa nak jawab???

pics godek2 kat Goole Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Alhamdulillah, yg penting tak ada apa2 perkara buruk berlaku..

    ReplyDelete
  2. nasib anak sedara awak takde apa2..tapi kenapa ayah awak pentingkan botol petrol tu?

    ReplyDelete
  3. mujur tak sambar muka dia ling..
    laling makcik yg sporting sbb tu cover dia..hihi

    *psst..ling,saya akan join GA tu ye,sabar ya,wiken ni saya free sikit..

    ReplyDelete
  4. hehe sian si anak buah tu takut2 :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign