Fresh from the owner...

28 December 2011

Sedap jugak sambal kentang ni!


ini masakan pagi tadi. bekal buat encik suami. biasa masak sambal kentang ni berlada je. kali ni tukar resepi dan gaya memasak pulak. nak test sedap ke tidak. bahan-bahan senang je. tapi nak dapatkan udang tu makan masa dua tiga hari jugak. asal pergi kedai je tak ada. semalam baru dapat udangnya. konon-konon nak siapkan bahan masakan malam tu sebeum tidur. tapi end up tidur jugak. awal pagi tadi baru sediakan bahan dan siap masak semuanya. cuma bahan-bahan blend je siapkan awal.


SAMBAL KENTANG

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

5 biji kentang - dipotong dan direbus
Udang - ikut suka

Blend dan tumis:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Udang kering
Ikan bilis
Cili kisar - ikut suka

Bahan-bahan tambahan:

1 sudu besar sos tomato
Daun bawang dan daun sup
Sebiji telur - dipukul


Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan blend sampai naik bau.
2. Masukkan sos tomato, udang dan kentang. Sebatikan.
3. Rasa. Kalau perlu tambah garam ke gula, sila la tambah sendiri.
4. Masukkan telur dan kacau. 
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
6. Sedia dihidangkan.







my foot: makan dengan nasi panas dan ikan gorng memang sedap. perghhh... memang sedap la i tell you. muahaha... sendiri masak sendiri kata sedap la kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign