Fresh from the owner...

14 December 2011

Saya kurang tahap kesihatannya!!!



kepala pusing. pusing kepala. sakit kepala. kepala sakit. hahaha... pening kepala. kepala pening. sebenarnya, semalam lagi dah rasa kurang sihat. kepala pun rasa berat je. sakit je. badan pun rasa lemah-lemah gitu. tapi tetap kena kuatkan semangat dan hindarkan perasaan sakit tu sebab siapa nak uruskan anak-anak kalau aku sakit?

buka blog, buat dua post je. kemudian tutup sebab kepala dah tingtong. tengahari ambik peluang tidur dengan Azfar. nak kata hilang sakit kepalanya tu tak la juga. tapi sekurang-kurangnya badan dapat rehat sikit. sejak Azfar demam hari tu, tidur pun kureng. tambahan bila masuk ubat ikut montot.

aku perasan, Azfar kalau masuk ubat mesti dia ada masalah nak buang air. dan dia kalau sakit perut mesti meragam malamnya. kesian kat dia. tapi suhu badannya tinggi sangat. tak ada pilihan lain kecuali masuk ubat. jerlun tu dah tentunya. jadik tidur ibunya ni memang kureng sangat la. tambahan pulak Alya malam-malam sakit perut. siang-siang okay je. main molek ada. malam je ada masalah.

tapi itu la pengorbanan kan? apa yang penting anak-anak sihat je. ibunya sakit tak apa. cuma kalau dah jatuh sakit tu kena jaga la. make sure cepat pulak baiknya. doakan la saya sihat-sihat je ye. hehehe...








my foot: cuba untuk BW slow-slow.

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Itulah hakikatnya pengorbanan seorg ibu kan, walaupun rasa sakit tp tetap setia menjaga anak2 dgn sabar, Moga azfar Dan kakak segera sembuh, sayang mereka berdua

    ReplyDelete
  2. take ur time ling ,tak sihat tu rest banyak2..jgn buka laptop kalo tgh penin,nanti makin pening..hihi..

    ReplyDelete
  3. yuppp anak2 akak pon macam tu, time siang masyaallah... bila malam,mula merengek nak itu ini..kalau x kuat iman, dah lama bagi penampo..

    ReplyDelete
  4. @ajumohit

    insyaAllah... semoga kesihatan diaorang bertambah baik.

    ReplyDelete
  5. @mommyYen

    tu la. mula2 okay je tgk lappy. lm2 rs pusing ini kepala.

    ReplyDelete
  6. @aimaniman

    anak sulung sy mmg trouble kalau tak tido siang dan bergalak sakan. malam sure mengigau yg bukan2.

    ReplyDelete
  7. take care ya...semoga cepat sembuh..nnti kalo maknya dh sakit sapa pulak nk jaga anak2... :)

    ReplyDelete
  8. ibunya sakit pun harus disihat-sihatkan, get well soon akak.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign