Fresh from the owner...

03 December 2011

Saya je yang emosi lebih. Hahaha...

lagi-lagi hal semalam. hahaha... orang tua ni kadang-kadang emosinya lain macam sikit. macam ayah aku ni, tak tentu anginnya. kalau pagi ni okay, petang nanti belum tentu. salah satu sebabnya mungkin dia rasa sunyi. tak ada orang nak dengar cerita dia. ada pun kawan-kawan je la. ayah aku ni dah menduda lama sangat. dah 26 tahun. selama tu, mesti dia rasa sunyi kan?

sebab tu kadang-kadang dia moody sikit. jenis my dad ni pulak, kalau dia marahkan orang tu, orang lain yang kena dengar. macam aku kena semalam la. dia membebel je pasal botol petrol dia kat my sis. bila dia dah puas, dia takkan marah kat orang tu lagi dah. hehehe... selamat!!!

ada yang bertanya kenapa ayah aku ni pentingkan bool petrol tu. alkisahnya, botol tu untuk dia bawak ke stesen minyak. dia akan beli petrol untuk dibuat minyak spare kat rumah. in case dia nak guna untuk mesin potong rumput dia, or isikan dalam tank motor atau kereta yang tak ada minyak. tak ada la terkial-kial nak carik petrol lagi dah. tu je tujuannya. botol pulak tak ada banyak. tu yang dia berbunyi kalau botol tu tak ada.

susah pada dia. memang pun. tapi nak buat macam mana la ayah eh!!! benda dah terbakor. dah hancur lebur dah. reda je la. huhuhu...






my foot: okay je ayah aku semalam dan hari ni. kalau tak mesti dia tarik muka sebab barang dia hilang satu. ngeee... aku je emosi terlebih sikit kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hahaha...biasalah tue...orang tua...

    ReplyDelete
  2. Apa kata dapatkan botol yg baru utk ayah.. :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign