Fresh from the owner...

27 December 2011

Salah siapa jika isteri ditangkap khalwat?



sekarang ni kalau baca kat akhbar banyak jugak cerita isteri ditangkap khalwat. macam menjadi-jadi pulak kan? kena tangkap kat hotel la, rumah la... macam-macam. menakutkan tapi itulah realiti sekarang ni. salah siapa kalau jadik macam ni? isteri ke atau suami?

banyak sudut kena lihat. kenapa isteri jadik macam tu kan? tapi ada kes isteri tipu suami semata-mata nak jumpa boyfriend baru kat hotel. ada yang first time jumpa. alahai... murah sangat maruah isteri yang itu. ada jugak yang rela masuk penjara untuk elak suami tahu. katanya, suami dia baik. dia bagitahu suami dia nak kelaur kerja tapi end up kat hotel. 

apa perasaan suami tu? kenapa dia buat macam tu kalau betul suami dia baik. kalau ada keaksih gelap kat luar or suami tak cukup bagu or tak sesuai lagi hidup sama, lebih baik failkan perceraian kat mahkamah. daripada tanggung dosa besar macam tu lebih baik putuskan ikatan yang ada. itu pun kalau kesiankan anak-anak.

mahkamah pulak jangan la dok tangguh-tangguh kes macam tu. kalau jadik macam sekarang, isteri kena tangkap dengan lelaki bukan suami dan dia jadik macam tu sebab proses perceraian makan masa lambat sebab mahkamah punya cerita la, siapa nak tanggung dosa semua tu?

bukan kena kat kau boleh la cakap. bukan pasal kena tak kena. aku sendiri nak tahu apa perasaan isteri-isteri tu? tak ada rasa bersalah ke? tak ada rasa malu? kenapa sampai ke situ sekali perginya sedangkan ada yang dah kawin lama. ke mana perginya akal waras yang ada tu? alahai... kesiannya. maruah tercalar. sampai bila-bila pun takkan hilang. anak-anak entah apa pulak perasaannya.

nauzubillah... harapannya agar kita terlindung daripada perbuatan sedemikian rupa. bersama-sama la kita ingat atas dunia mungkin kita lepas tapi kat sana? huhuhu...








my foot: i wonder la... kenapa? kenapa? kenapa? dan mengapa?

pic credit to myMetro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. nauzubillah, mohon dijauhkan dari kiter, & anak cucu kiter. aminnnn

    ReplyDelete
  2. itula bila suami tak didik isteri dgn baik, atau isteri tidak mendidik diri sendiri. hukum rejam kalau ikut hukum islam.tak takut dosa ke diowang nie. masyaAllah. T__T

    ReplyDelete
  3. Subahanallah!!!!
    Dunia akhir zaman.. ;)

    ReplyDelete
  4. parah ni...ingatAllah ingat Allah

    ReplyDelete
  5. mgkn sbb kurangnya kasih sayang dan ilmu agama. kalau tau hukum hakam, kasih pada suami dan anak2, xmgkn sanggup buat mcm tu

    ReplyDelete
  6. nauzubillah..mudahan kita tak tergolong dalam golongan2 sebegini..

    takutkan dgn akhir zaman ni.
    isteri pun da tak takur dosa dgn suami

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign