Fresh from the owner...

15 December 2011

Penangan anak-anak.

didedikasikan buat Kak Long, Kak Ngah dan Azfar!!!


sepanjang dua minggu lepas, semua anak-anak ibu kurang sihat je. kalau yang ni sihat, yang tu pulak ambik alih. macam tu la seterusnya. bila semua sihat, kejap je. lepas tu ada pulak yang sakit semula. ibu ni tak ada la nak merungut anak-anak sakit. tapi ibu kesian dengan kamu-kamu.

bermula dengan Azfar selesema. lepas tu Kak Long. last sekali Kak Ngah. kemudian Kak Long batuk-batuk, diikuti rapat oleh Kak Ngah. baru je Kak Long nak baik batuk, Kak Ngah pulak demam. bila Kak Ngah baik demam, Azfar pulak ambik alih. Kak Long tak meragam. cuma bila malam dan cuaca sejuk, Kak Long tak berapa boleh nak bernafas. masa tu merengek la jugak. Kak Ngah pulak demam kali ni bisabisa kaki. macam Kak Long pernah kena.

Kak Long


ibu sapu minyak panas bagi hilang rasa bisa-bisa pada kaki tu. Azfar la paling risau sikit sekarang ni kalau demam. temperature dia tak sah kalau tak cecah 39. risau jugak. especially kalau ibu seorang tiga-tiga sakit. pening kejap sebab tiga-tiga selalunya nakkan perhatian. kadang-kadang ibu hangin jugak dengan Kak Long sebab suka sangat nangis. manja terlebih. Kak Ngah tak macam tu.

minggu ni pulak, Kak Long sakit perut. Azfar demam semula. memang panas badan Azfar. meragam sikit la. sama macam Kak Long time sakit perut. tapi bila siang okay la pulak. tapi Kak Long kena bawak jugak ke klinik. risau sebab melibatkan organ dalaman. ibu tak tahu apa ada dalam badan Kak Long tu. alhamdulillah... Azfar dah okay daripada demam walaupun still ada panas-panas. sekarang ni tinggal Kak Long dengan Kak Ngah je la.

Kak Ngah


Kak Ngah muntah-muntah tak bersebab. jadik macam masa kat Terengganu bulan lepas. rasanya dia mengutip benda kat lantai. jenis Kak Ngah suka mengutip dan masuk mulut. bila buat macam tu mula la, kalau tak muntah-muntah, mesti nak demam la apa la. Kak Ngah sensitif sikit. semalam banyak kali Kak Ngah muntah. sampai satu tahap tak ada apa yang keluar pun kecuali air liur. ibu belikan ubat muntah. according to doc, lepas muntah jangan bagi minum air. salah tu. sebab bila bagi air, the tendency nak muntah semula tu ada.

lepas bagi ubat muntah, jangan bagi minum air or susu untuk tempoh sejam. biar la dia menangis macam mana pun. lepas tu baru boleh bagi tapi dalam amount yang sikit. dalam dua sudu besar. kalau bagi banyak, perut akan tolak balik semua tu dan anak-anak ni akan muntah semula. ooo... macam tu ke? usually kita ni kalau anak-anak muntah mesti nak bagi air takut dia terlekat la apa la. JANGAN!!!

Azfar


tapi ibu kesian kat Kak Ngah, ibu bagi jugak air sikit. dan yang keluar pun air jugak. bagi makan ubat muntah pun keluar semula. second time bagi baru la okay dan Kak Ngah boleh tidur lena. cuma Kak Ngah bangun pukul 3 mintak susu. berat hati ibu nak bagi tapi ibu buat jugak la sikit. yang keluar pun susu la jugak. sebab ibu bagi, Kak Ngah tidur tak minum air. mesti kering tekak kan? lepas minum air masak, Kak Ngah tidur semula sampai la saat ibu taip entri ni.

pagi tadi, lepas minum air Kak Ngah nak abah. alahai... abah tak ada sayang!!! pukul 3 lebih nak abah. ada banyak sebab kenapa ibu tak call abah. ibu cuba pujuk Kak Ngah je. lama sikit baru la Kak Ngah tidur. sedih ibu cuma dalam hati bila anak-anak sakit dan mintak sesuatu yang ibu tak mampu nak bagi. reda je la. ini dugaan buat ibu. cuma ibu harap ibu kuat dan tabah sehingga ke akhirnya.







my foot: walau macam mana teruk pun sakitnya, walau macam mana garang sekalipun ibu ni, walau apa pun jadik... ibu sayang anak-anak ibu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. ala2..comelnyaa anak2 akak ni tau..untungnyaaa

    ReplyDelete
  2. alahai...kesiannya anak2 anis, berturut2 sakit..semoga semua cepat sembuh ya. AMIN.

    ReplyDelete
  3. Moga anak2 cepat sembuh.. hati ibu mana yang tak gundah gulana bia anak x sihat kan.. huhu

    ReplyDelete
  4. alahai sayunya baca entry ni, sayang anak2 kan anis, moga anak2 cepat sihat ye, mmg betul walau mcmana garang pon anak2 tetap keutamaan kita...

    semoga anak2 ibu ni cepat sihat ye!!!

    ReplyDelete
  5. subhanallah, cantik betul kak long tu!

    betul tu, wlu camnaa garang pun kite...sayang tetap kuat kan..

    ReplyDelete
  6. salam....

    moga anak2 puan lekas2 sembuh..amin..

    ReplyDelete
  7. faham sgt2 apa yg dialami... sy pun bimbang tlbih klau ank2 sakit. moga smuanya cpat smbuh ;)

    ReplyDelete
  8. comelnya putra putri akak ni..
    sejuk mata nengoknya..
    putih bersih muka deme.. ;)

    ReplyDelete
  9. semoga cepat sembuh anak2

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  10. salam kenal dari akak

    so sweet .. anak2 lahh pengarang jantung kita kan :)

    ReplyDelete
  11. lawa2nyaa anak............{nk panggilapa sebenarnya ni ya?}

    ReplyDelete
  12. muga kesemua anak akak sihat selalu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign