Fresh from the owner...

09 December 2011

Ombak Rindu yang fames amos!!!


novel ni memang famous. sebab famous jugaklah diangkat dan diaptasi menjadi sebuah filem. dalam pada orang sibuk bercerita tentang filem ini yang menyebabkan 'banjir kilat' (okay... nangis sikit-sikit udah ye! hehehe...) dalam panggung, ada jugak cerita tak sedap di sebalik tabir.

aku pun tak nak bercerita pasal filem ni sebab katanya 100% hampir menyamai apa yang ada dalam novel. aku pun tak tengok lagi. belum ada feel nak tengok walaupun ramai yang kata best. cuma cerita belakang tabirnya itulah yang lebih menarik minat.

cerita pertama tentang ungkapan pelakon wanita utama yang menyebut 'alhamdulillah' sebab berjaya melaksanakan aksi ranjangnya dengan aktor utama filem itu. ramai yang marah. katanya seolah-olah si aktres ni tak prihatin. wartawan ni kadang-kadang lupa etika dan suka tokok-tambah cerita eh? tapi aktres tu dah keluarkan kenyataan. katanya:

KOTA BHARU: “Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.

Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.

“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.


“Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.


yang kedua tentang penulis novel yang katanya tak dijemput sama ketika filem ni dalam pembikinan. novel dia kan. at least panggil la dia untuk bincang-bincang ke apa ke. dan katanya jugak, dia tak dapat apa-apa kecuali duit tambang je. okay... mungkin lepas ni pihak produksi akan berbincang dan melakukan sesuatu.

kadang-kadang benda yang remeh-temeh akan membawa kepada yang besar. dan walaupun sedang menaip entri ini, aku tetap tak rasa macam nak tengok. novel yang ada pun dah selamat dimakan anai-anai. tinggal kulit je. pada yang belum menonton dan ada hati dan menonton tu... SELAMAT MENONTON!!!








my foot: novel pun baca tak habis. ada je part yang tertinggal. teruk jugak aku ni baca dok skipped je. bila tak faham patah balik ke muka surat belakang. tabiat membaca yang tak elok. yang paling tak boleh nak tahan bila dapat novel, mest nak baca belakang dulu. hahaha...

pic godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. citer besh, tapi ada kontroversi macam2. Tapi biasanya yg berkontroversi camnilah bakal meletop hehe sebab ramai nak p tengok

    ReplyDelete
  2. duk baca novel ni jugak..second round..1st round tak ingat taun bila, masa beli dulu..

    ReplyDelete
  3. same goes to me,klu dpt novel msti nak baca part ending.hahaha

    nk tgok dah rabu lepas cerita nie tp ada masalah plak,terus cancel!

    ReplyDelete
  4. kita suka baca novel. novel ni mmg dh lama kita beli dan khatam berkali juga la.

    filem? acaner nak tgk dgn oni & aie? maka tggu astro 1st je la kat rmh. hehe.

    biasanya, kita lantakkan je kontroversi tu kak, bkn bg duit kat kita pun kan. hehe. so far movie/novel ni ok la utk kita yg jiwang jiwa sikit :p

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign