Fresh from the owner...

21 December 2011

Nama-nama yang sering diganggu Jin.




sebelum aku ke Johor hari tu sempat la aku tengok episod last daripada tiga episod Tanyalah Ustaz tentang Indahnya Perubatan Islam. dalam ni ada dia mention nama-nama yang famous kita guna tapi sering diganggu jin. sebab nama-nama ni kalau tak silap aku la dia kata nama-nama jin.

kalau yang tak berapa nak boleh loading video ni aku senaraikan nama-nama yang Ustaz ni sebut. antaranya:

1. Balqis/Balkis yang maksudnya bisikan.
2. Najwa
3. Zakwan/Zaqwan
3. Batrisyia
4. Erisha/Erisya

nama yang biasa kita dengar kan? ada jugak antaranya nama anak-anak kita. tapi semuanya tu atas ketentuan Yang Maha Esa jugak. last sekali dia cakap, kalau sakit, guna la ayat Al-Quran dulu. baru la pergi hospital. kalau niat kita ikhlas dan kita percaya dengan kekuasaan Allah, insyaAllah... ada kesembuhan.





my foot: memang indah perubatan Islam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. masyaallah. namer anak i tuh? hu3

    ReplyDelete
  2. Ya Allah Nama my daughter pon Ada, najwa

    ReplyDelete
  3. suka nama balqis.. dl2 masa kat hostel skolah guna nickname tu hihihihihihi ~berangan ayu guna nama camtu hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Nama anak kita pon ader ...

    Zakwan, tp mmg kalo tiap kali masuk maghrib mestilah dia menangis jek kekadang tak tau hujung pangkal.

    ReplyDelete
  5. Assalamu’alaikum.

    Sekadar menjenguk untuk membawa saudara-saudari berfikir. Sila klik artikel ulasan dan analisa saya terhadap dakwaan ini di URL: http://el-ilmy.net/2012/01/18/nama-sebabkan-sering-diganggu-jin-satu-penilaian-semula/

    Sedutan:

    Analisa kes:

    – Dakwaan: sebab nama sekian, manusia itu akan jadi sekian
    – Sunnatullah tidak boleh berubah, dakwaan di atas SEPATUTNYA tidak boleh berubah, jadi: jika nama Najwa, Balqis, Qistina, Arisya, Zaquan dan lain-lain itu PASTI akan sering diganggu jin.
    – Adakah SEMUA MANUSIA BERNAMA NAJWA, BALQIS, QISTINA, ARISYA, ZAQUAN dan lain-lain itu PASTI akan sering diganggu jin?
    – kepastian ini dinafikan dengan nas-nas amalan sunnah yang fadhilat jika diamal, syaitan tidak menganggunya.

    Bagaimana menjadi syirik? Iaitu apabila dakwaan ini mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah:

    – mudarat dan manfaat semata-mata daripada Allah
    – dakwaan ini mengangkat NAMA MANUSIA sebagai pemberi mudarat dan manfaat TANPA pembuktian sunnatullah, tanpa nas daripada hadith shahih mahupun Al-Quran.
    – NAMA MANUSIA ingin disamakan dengan sifat tersendiri bagi Allah: memberi mudarat dan manfaat.

    ReplyDelete
  6. 1) Ustaz ini beritahu bahawa itu adalah kajian yang di dapati dan harap dihindari bukan perlu di ikuti atau istilah lain wajib.

    2) Manusia dilahirkan untuk mengkaji sesuatu kalau tak kita tak tahu ilmu Allah bukan hanya pada al-Quran dan hadis kita perlu mengkaji untuk mengetahui sebaliknya. Ini adalah untuk mempermudahkan manusia melalui liku hidup bagi mereka yang akan hidup pada masa akan datang.

    3) Contoh hadis dan al-Quran tidak menyebut sesuatu tentang kewujudan kenderaan bermotor, takkan kita menolak bulat2 tak kan naik kenderaan motor sedangkan itu adalah kajian manusia dan kenderaan inilah kita naiki sekarang bukan seperti nabi2 terdahulu dengan menaiki unta dan kuda.

    4) Jangan terlalu rigid pemikiran anda semua, tetapi ingat jangan sesekali pula mengkaji Tuhan. Bahawasanya tiada Tuhan Melainkan Allah.

    ReplyDelete
  7. kita prlulah mengelakkan drpd menggunakan nama tu..bkn cuba untk syirik..kan bagus kalau kita dpt nama yg bkn nama jin atau x bgus maksudnya... :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign