Fresh from the owner...

17 December 2011

Nak update para peserta la sangat. Huhuhu...



niatnya macam tu la. nak update para peserta GA Rush Hour. tapi semalam badan rasa tak sihat je. perut memulas sakit. tekak dah rasa mual-mual. belum aku muntah, anak buah aku dua orang tumbang dulu. aku dok baring melayan perasaan je la. Kak Ngah tidur je semalam sebab tak berapa nak sihat lagi. Kak Long langsung tak tidur petang. so, semalam mudah je la bawak bebudak ni masuk tidur.

pukul 11 lebih Azfar pulak muntah. ada la sepanjang malam tadi Azfar muntah berkali-kali. Kak Long dengan Kak Ngah muntah sekali je. alhamdulillah jugak, Azfar tak meragam pun. lepas muntah tidur. dan aku pulak pagi ni badan still rasa kureng sikit. tapi tekak dah okay. my sis la pulak ambik alih.

benda-benda macam ni kan berjangkit. starting dengan Kak Ngah la muntah-muntah. aku cakap dengan encik suami keadaan anak-anak dia. tak cakap nanti tak sedap la pulak. kalau jadik apa-apa at least dia tahu. so, dia decide nak bawak balik keluarga kecik dia ni ke Johor. sementara je. untuk tempoh dua minggu. aku anggap benda ni percutian for the kids la.

bila jauh dan dia tak nampak anak-anak, dia memang risau. bila ada depan mata baru tenang hati dia. nak kerja senang. selagi tak nampak, selagi tu la tak tidur mana dia malam-malam. aku of course la. kena melayan dah budak tiga orang ni. bapaknya tu kesian la jugak. risau sangat dengan kesihatan anak-anak dia. that's way dia nak bawak balik Johor kejap. eh... melalut cerita benda lain! huhuu...

kesimpulannya, aku tak update para peserta sebab aku pun kureng sihat. kepala ni pun dah start nak rasa sakit-sakit.  nanti dah okay sikit aku update ye.







my foot: nak tidur kejap rasanya. mengantuk je mata ni.

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Semoga ibu 3A dan anak2 cepat2 baik.. semoga dipermudahkan semua urusan. Tak apa senarai peserta tu, yg penting penganjur dan anak2 sihat dulu.. :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign