Fresh from the owner...

23 December 2011

Musim hujan dan wabak taun.

reason sebenar kenapa encik suami bawak aku dan anak-anak ke Johor ni sebab nak elak anak-anak sakit perut dengan munah-muntah. Johor tak berapa hujan. tak berapa nak banjir macam area rumah ayah aku tu. yang tu tiap-tiap tahun banjir. ada je air naik walaupun tak tinggi mana. tahun ni kira up sikit la. bila musim hujan datang, lalat pun datang sama. sebelum aku datang Johor ni, lalat memang dah ada kat dalam rumah ayah aku tu. tidur pun dengan lalat. memang tension.

semalam masa message dengan my sis, dia kata lalat memang banyak gila. dalam bilik dia pun ada. kat depan tv pun ada. biasanya lalat tu tak masuk ke ruang dapur kedua tu. kali ni dah melekat kat tv la pulak. tengok lalat baru nampak tv. conditionnya memang teruk la kalau macam tu. aku tak tahu la kalau ayam keluar time hujan-hujan ni. tambahan pulak lalat ni cepat je membiaknya. macam nyamuk jugak la. sekali terbiak, beribu-riban.

kenapa aku kaitkan ayam dengan lalat? kat area kampung ni ada satu kawsan ternak ayam untuk KFC. kalau ikutkan salah ternak ayan berdekatan dengan kawasan orang duduk. encik suami pernah cakap, jarak yang ditentukan dalam 500 meter kot daripada kawasan penempatan. tapi yang ni tak. okay, yang ni tak boleh cakap banyak. bahaya ye. setiap kali dia orang bawak keluar ayam tu untuk dihantar ke KFC, memang lalat-lalat akan keluar sama. ambik masa berminggu jugak nak menghapuskan lalat-lalat yang ada.

rumah yang jauh dapat lalat. rumah dekat-dekat tu? belek lalat baru jumpa makanan. huhuhu... kalau ada kenduri-kendara lagi la tension sebab bukan senang nak meng'nyah'kan lalat-lalat ni. tapi nak buat macam mana. kita ni orang kecik. nan ado kuaso. kalau ada kuasa tu boleh jugak bakar-bakar ayam tu buat ayam golek. muahaha... okay terlebih sudah. banyak cakap bahaya tau. moh le layan pics Kak Long sebelum kena kuarantin kat Johor ni. ni dia dengan sepupu-sepupunya.






hujan dah berhenti baru la naik mandi.






my foot: alhamdulillah... anak-anak dah makin baik kesihatannya. aku pun macam tu jugak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. siannyaa rumah2 yg berdekatan kan.....rimasss kalo byk lalat ni...adulaaa...

    bestnyaa main ujan..teringin gak...lama tak mandi ujan..

    ReplyDelete
  2. hujan kampung tak bahaya..hujan KK terkena sikit dah buat demam

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign