Fresh from the owner...

13 December 2011

KFC untuk Alya.

sabtu dua minggu lepas encik suami ada balik. permintaan anak-anak jugak. itu pun hari-hari dok tanya abah je. tapi bila ada abah depan mata mula la mintak dukung bagai. kalau sorang je tak apa la jugak. ni sampai dua-dua nak dukung. biasanya Alya la demand lebih. Anis relax je.

entah la. sekarang ni Alya susah sangat nak makan. lepas tu sakit perut. minum susu pun kurang. buat banyak tak habis. buat sikit apatah lagi. bila balik tu, abahnya tanya, Alya ni suka makan ayam ke tak. biasa okay je walaupun kadang-kadang tu tinggal sikit je lagi nak habis. so, dia suggest ke KFC. sesekali treat the kids. petang ahad sebelum abah balik, abah bawak family kecik ni ke KFC.

ada tiga snack plate set. satu hot & spicy dan dua lagi original.

air ada dua pilihan. satu milo ais dan dua lagi ice lemon tea. dua-dua tak ada ais. hehehe...


abah ada tanya kenapa aku order untuk diri sendiri original. aku jawab saja. sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku order original. mungkin sebab dah biasa kot. bila ada anak-anak aku akan order original. biasa kami order dua set je. tapi hari tu abahnya mintak order tiga set. tu yang aku sendiri pun keliru. muahaha...

ni abah la dok layan anak-anak.

yang duduk dalam kerusi tu nak ayam dalam pinggan sendiri. tak mahu kongsi.

lambat sangat bagi ayam, Anis ambik roti dulu.


dalam set original tu ada dua drumstick. satu sorang la dapat. Alya satu dan Anis satu. memang dia orang makan la. tapi Anis memang suka makan pun. tak ada hal punya. pantang nampak orang makan dia pun nak makan jugak. sebab tu dia chubby dan berat dia pun lebih sekilo dari kakaknya tu.

Alya la dari kecik ada masalah berat badan. kalau tak duduk dalam kawasan line kuning tu memang tak sah. turun naik je. kadang-kadang tu betul-betul atas line kuning putih. tension ibunya ni bila nurse kata kita tak bagi makan anak. bengong kan?

Anis memang tak reti nak duduk diam. time makan je la diamnya.

yang kecik ni biasa la. budak baik. cuma kena jauhkan pinggan dan bekas minuman je. sekali dia tarik memang habis la.


seronok tengok ana-anak makan. tapi budak-budak ni memang tak boleh nak duduk diam la. ada je aktiviti semasa yang dia orang nak buat. tapi tak apalah. janji Alya nak jugak makan. tak ada la aku risau sangat tengok dia susah nak makan nasi. kalau paksa-paksa pun dia akan buang semula nasi tu. siap muntah-muntah lagi. huhuhu...







my foot: baru-baru ni jugak aku belikan dia vitamin champs with lysine. nampak la ada perubahan. ada selera makan sikit. nak jugak dia mintak makan. kalau tak memang payah. dulu belikan appeton dengan lysine. tapi tak jalan. tunggu je la hasilnya nanti macam mana.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. semalam pun layankan amir makan kfc beli happy meal jer sbb dia nak mainan kan...

    dulu ank kt pun selalu demam xde selera nak mkn alhamdulillah mkn apeton lysin tu dah ok skrg, bdn pun dah naik jd x mkn dah appeton tu ;p

    ReplyDelete
  2. ada ke patut nurse cakap tak bagi makan kat anak..mentang-mentang anak kurus sangat...

    ReplyDelete
  3. yg kecik tu dah menjeling2 je tuh sis.. duk pk bila lah aku dapat gigit seketul.. ;)

    ReplyDelete
  4. nurse tuh mulot insurance jutaan yer? adeiiii

    ReplyDelete
  5. sofia pun susah nak makan. hari2 menu nya nasi putih dengan kuah sup je. sesekali tambah telur dadar atau sosej. sayur langsung xnak makan. buah pun sama.tapi alhamdulillah setakat ni xjatuh ke line kuning...

    ReplyDelete
  6. terlioo plak...lama tak makan kfc...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign