Fresh from the owner...

24 December 2011

Kesian Azfar!!!

hari encik suami balik, ada kejadian tak terduga berlaku kat Azfar. masa tu maghrib. Azfar ni tengah breastfeed. aku pulak dok menunggu la bila encik suami nak balik. dalam pada tu, Kak Long dengan Kak Ngah still tak berapa sihat.

Kak Ngah pulak siangnya tu dia makan durian dengan duku sebab dah nampak sihat sikit dan dia pun ada selera nak makan. tapi biasa la budak-budak. siang sihat. malam je mula la sakit serba-serbi. masa Azfar tengah menyusu tu, Kak Ngah tiba-tiba berdiri kat belakang aku. okay... aku duduk kat tangga. Kak Ngah cakap dia sakit perut.

belum sempat buat apa-apa, Kak Ngah muntah. adoiii... memang terkejut jugak la. tambahan pulak muntahnya jatuh atas muka Azfar. memang habis la muka mamat kecik ni. kesian dia. tapi yang geramnya, Azfar ni siap boleh senyum lagi. macam tak ada apa-apa berlaku.

disebabkan muntah Kak Ngah bau durian, basuh je memang tak hilang bau. my sis buat operasi cuci muka rambut Azfar dengan syampu la sementara aku dok settlekan Kak Ngah. alahai anak...!!! kesian kat kamu. tapi kamu tetap comel.





my foot: macam-macam ragam ada bila masing-masing sakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Rasanya dah lama juga baca n3 anak2 tak berapa sihat.. harap2 semuanya cepat2 baik. Barulah hati ibu 3A tak gundah gulana..

    ps: azfar mmg maintain cumel.. geramm.. (macamni lah org dah tak ada baby.. geram kat anak orang je.. huhu..)

    ReplyDelete
  2. hihiihihihi kes2 muntah ni mmg xblh nk elak klu anak xsihat kan? saya susah hati klu sofia mntah kat carpet.. rasa macam xpuas ati wpun dah lap berkali2.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign