Fresh from the owner...

28 December 2011

Kenapa la saya sengal sangat eh?!

hari tu nak keluar ke kedai. encik suami ajak. sebab anak-anak tak berjalan ke mana-mana. aku nak berjalan kereta tak ada. huhuhu... sedih. sedih ke? tak adalah. masa tengah cari tudung tu baru aku terperasan yang aku datang ke Johor ni dengan bawak sehelai tudung je. itupun tudung yang aku pakai masa datang ke sini. padahal masa packing-packing barang tu aku dah sediakan tudung-tudung untuk dibawa ke sini.

memang tension la bila tahu tudung ada sehelai je. nasib baik baju aku hitam. pakai tudung pink pun tak apa. tapi tetap hangin dengan kesengelan sendiri. list dah buat tapi tudung tertinggal jugak. apa guna buat list? grrr... geram betul la saya!!! sampai rasa macam tak nak keluar pun ada. tapi encik suami kata, pakai je la tudung yang ada tu. nanti carik lain. hehehe...


dan encik suami bawa kami ke sini. nak cari ikan la apa la. aku kalau ke Johor ni biasa la pergi Kip Mart. cuma Kip Mart baru ni je belum pernah pergi lagi. biasa pergi yang bangunan lama tu. memang padat orang kalau pergi sebab kat bangunan lama tu tempat kecik sikit.

dok ikut je encik suami berjalan dan last-last dia singgah kat butik tudung. hulur duit suruh dan suruh aku beli tudung sendiri yang mana aku berkenan. hehehe... memang besar la tempat tu. tak sempat nak snapped pic sebab excited beli tudung.

banyak gila durian.

tengah tunggu abah pilih dan beli durian.


anak-anak dapat baju sehelai seorang kecuali Azfar. tak jumpa pulak baju yang sesuai untuk dia. semua size besar-besar je. dan last sekali dapat makan durian. ni anak-anak yang request. abahnya beli sampai 5 biji macam ada ramai je orang nak makan. end up ibu abah jugak kena habiskan. tapi aku cukai sebiji untuk buat bubur kacang. sedap!!!

ke sini pun tak lama mana. lepas beli ikan, kami balik la. anak-anak pun dah penat sebab sebelum ke Kip Mart tu kami ke Giant Plentong dulu. ngeee... as long as the kids are happy, then we as parents pun happy jugak.

sekian sajalah ceritanya. (✿◠‿◠)







my foot: terima kasih ye Honey Bunny sebab belanja tudung. lain kali kita beli lagi ye?! hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Banyaknya borong durian hihihi

    ReplyDelete
  2. kita pun kalau pergi kip mart di kota tinggi tu, harus borong tudung. tak tudung, baju. ahahah meriah tengoknya. geram. alaaa gmbr azfar takde, nak tgk si gebu tu.

    ReplyDelete
  3. Haa.. kan ada bestnya disebalik kelupaan itu. Kan dpt tudung baru.. :D

    ReplyDelete
  4. wahh durian... kami pun baru jer memborong durian, sebab suami suke durian....

    ReplyDelete
  5. best kan dpt shopping tdg tanpa perlu kuarkan duit sendiri hihihihi lain kali blh guna idea ni lg heheheehhhhhhhhhhhhhhhe

    ReplyDelete
  6. walaupun buat list..tp barang ank dalam fikiran..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign