Fresh from the owner...

24 December 2011

Kempen 'Katakan Tak Nak!'



ramai yang sedar tapi buat-buat tak sedar tentang bahaya merokok. tambahan pulak kalau perokok tegar. memang susah nak buang tabiat merokok tu. bukan sekadar mebahayakan kesihatan sendiri tapi merokok turut 'membakar' wang. berapa RM dihabiskan sehari untuk membeli rokok dan menggadai nyawa? malahan bukan diri sendiri yang terlibat tetapi teman-teman di sekitarnya turut menerima kesan daripada hembusan asap yang 'tidak berguna' itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kempen gaya hidup sihat telah mengadakan kempen #tak nak sebagai usaha mengurangkan tabiat suka merokok di kalangan rakyat Malaysia. ini juga sebagai langkah kesedaran agar rakyat Malaysia lebih mengamalkan gaya hidup yang positif dan kearah yang lebih sihat.


dengan kempen gaya hidup sihat ini, besar harapannya agar rakyat Malaysia lebih bertimbang rasa dan menghormati mereka-mereka di sekeliling mereka. moh le sertai peraduan gaya hidup sihat anjuran Kementerian Kesihatan ni. kalau anda semua nak duit free, buat je photo contest ni kat blog. mana tahu untung sabut timbul dan boleh menang duit free yang agak lumayan tu....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Good luck ye wak.. saya pun join contest ni. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign