Fresh from the owner...

16 December 2011

Ini cerita tentang Kak Long.


insyaAllah, tahun depan kalau tak ada aral melintang Kak Long akan masuk PASTI. kenapa nak hantar awal? sebabnya Kak Long dah boleh buat banyak benda sendiri. Kak Long cepat je belajar. jadik sayang la kalau biarkan dia terperap je kat rumah. dia pun cepat menghafal. tambahan pulak dia nak pergi sekolah. okay la tu kan.

Kak Long memang suka bercakap. masa setahun Kak Long dah boleh bercakap tanpa pelat. alhamdulillah. cuma kadang-kadang tu, dia keluarkan jugak bahasa dia. bila dah umur 3 tahun ni, banyak benda yang dia dah tahu. ada masanya dia berleter: "Asyik-asyik korea. Korea, korea, korea. Nak tengok cerita tak boleh!" ini dia marahkan kakak sepupu dia yang suka tengok korea.

Kak Ngah sakit dia cakap: "Kak Long risau tengok Kak Ngah sakit." kalau dengan aku lagi la. kalau dia mintak aku ambikkan dia sesuatu dan aku tolak sebab malas nak bangun or aku mintak dia ambikkan benda dan dia pulak tengah syok buat benda lain dia akan cakap: "Ibu kan ada kaki. Kenapa tak guna kaki ibu?" boleh gitu?

semalam sebelum aku bawak dia ke ER sebab dia asyik sakit perut je dia ada berleter kat belakang. katanya: "Siang-siang tak sakit perut. Malam je baru sakit." dan kalau aku tengah bercakap dengan abahnya dan dia ada sama dan dia dengar macam abahnya berleter or cakap kuat sikit, dia suka tanya: "Abah marah ibu ke? Tu cakap gitu tu?" prihatin. kadang-kadang tu tak jugak. hehehe...

semalam masa bawak dia ke ER, MA tu cakap dia macam kembung sikit. kena check bila last dia makan ubat cacing. takut dia kecacingan. Kak Long! Kak Long! pandainya mengalahkan orang tua. harapnya, dia jadik anak yang pintar dan solehah. lebihkan agama daripada yang tak sepatutnya. harapan parents kan? alhamdulillah jugak, dia dah pandai baca ABC, count 1 to 10, alif ba ta. ada certain doa yang dia ingat. ada surah yang dia dah boleh hafaz. tapi manjanya yang terlebih tu susah nak kikis. huhuhu...







my foot: cuma bab makan la paling susah. memang penat nak suruh dia makan berbanding dengan Anis dan Azfar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. boleh jadi kaka yg baik ni...nnti leh leterkan adik2 dia...hehee..

    beruntung ada anak2 yg boleh menceriakan suasana... :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sejuk mata ibu memandangkan..

    anak akak, kakka iman pun petah macam tu,.. macam2 dia nak cakap dr buka mata sampai tutup mata.. dia cakap.. insy tahun depan pun akak nak sekolahkan dia kat taski abim..

    ReplyDelete
  3. baguslah bagi di sekolah awal..kenapa kaklong ni..susah nak makan nasi ke?...kat sekolah nanti bila time makan..kena makan semua...

    ReplyDelete
  4. Sala kenal ☺☺

    Seronok bila layan anak yg banyak cakap nih, tapi tu lah, kekadang tak terlayan di buatnya. Anak saya pon tahun depan masuk PASTI.

    ReplyDelete
  5. saya pun ada niat nak hantar anak ke sekolah aliran agama bila tiba masanya.. mudah2an anak2 kita terang hati insya Allah :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign