Fresh from the owner...

27 December 2011

Ini baru namanya Ombak Rindu. Huhuhu...



dulu pun pernah jadik kejadian yang sama kat area ni. tapi bukan jalan yang runtuh. ombak hakis persisiran pantai. memang jalan dia orang tutup untuk tambak area yang runtuh akibat hempasan ombak yang besar tu. kali ni lagi teruk daripada dulu. siap menghentam jalan. akibatnya jalan runtuh. bukan semua tapi sebahagian daripadanya je.


Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat. - Petikan Kosmo! Online


aku biasa jugak guna jalan ni. memang air laut semakin lama semakin dekat dengan jalan raya. according to encik suami, dulu pantai dengan jalan jauh sangat. jarak dalam 300 meter kot. tapi makin lama makin dekat dan dekat. bila air pasang je naik sampai atas jalan.

macam mana cara kita nak tangani semua ni? kalau daripada mungkin ada solution. tapi sekarang? hopefully ada la jalan penyelesaiannya. kalau dah makin lama makin lama makin dekat dengan penempatan orang ramai, nanti dia orang nak duduk mana. berdekatan dengan pantai tu jugak ada UiTM dan sekolah agama Imtiaz. pihak berwajib, good luck okay!!!






my foot: sesekali balik, entah macam mana pulak la rupa pantai area Dungun tu.

sumber dan pic: Kosmo! Online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. takut tgk hakisan tu kan, mcm2 petanda dah ada..wallhualam

    ReplyDelete
  2. adusss teruknyaa....kena buat bentng ke apa ek..nk elakkan dr terus terjadi mcm ni...sian plak kt umah2 org nnti...

    ReplyDelete
  3. macam mana lah boleh jadi sampai macam tu agaknya.. mgkn sbb pembangunan yang xterancang atau ....

    ReplyDelete
  4. tadi dgr gak kat hot.fm yang jangan dekati pantai sbb ombak yang kuat dan tinggi...semoga dijauhkan perkara2 yang x diingini

    ReplyDelete
  5. kita rasa insaf bila tengok kejadian2 alam mcm ni. lagi2 baru je lps tgk Discovery Channel pasal Tsunami + gempa bumi kat Jepun yg lepas.

    ReplyDelete
  6. ingatkn kt jpun huhuhu

    ombak rindu yg mmbuak2 ni nmnya. hrp pihak atsn cpat2 la buat tndakn sblum ia lbih parah

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign