Fresh from the owner...

12 December 2011

Hujan lebat dan Azfar demam lagi.



sekarang dah start hujan tanpa henti. pantai timur diminta berhati-hati untuk gelombang kedua banjir. rumah my sis dah naik air malam tadi. sebab dekat sangat duduknya, tak lama lagi rumah ayah aku ni akan terima mangsa banjir pertama. hahaha...

dan Azfar demam lagi. hari tu dah okay dah. tapi Jumaat malam, suhu badan dia panas semula. checked 39.1. memang panas la. tambahan pulak dengan cuaca hujan yang sejuk-sejuk gitu. tapi dia kesejukkan jugak walaupun badannya panas. memang dok lap je badannya nak bagi suhu tu turun.


suhu badannya turun naik, on off. kejap panas, kejap lagi sejuk. petang semalam, bawak jugak la dia ke ER. kesian kat dia. lagi pulak tak tahu kenapa temperature dia macam tu. sampai sana MA yang handle dan checked. dia panggil nurse suruh masuk ubat sebab katanya temperature tinggi sangat. dan dia suruh lap badan Azfar sampai temperature turun baru boleh balik.
bahagian ER aircond dan sangat sejuk. kena pulak musim hujan ni. air yang dia bagi untuk lap Azfar dah macam air berais. aku pun tak tahan sejuk. lap jugak la badan mamat kecik ni. daripada panas dah jadik suam. dah la sejuk dalam bilik tu. lama menanti nurse ke MA datang check. last-last aku keluar je daripada bilik tu. jumpa MA kat luar untuk re-check temperature sebelum boleh balik. MA tu guna dua alat. satu digital dan satu termometer biasa tu.

katanya jauh jugak temperature badan dia lari. aku tanya berapa. dia kata tadi 39.2 (guna termometer biasa ye. kalau digital mahunya pergi 40 agaknya) dan sekarang dah 37.7. macam kawan aku yang kerja nurse tu cakap la. better check temperature guna termometer biasa sebab tu yang paling accurate. dan sebab tu jugak kedua-dua MA tu guna termometer biasa in the end.

by the time aku taip entri ni, temperature Azfar still sama. on off. dan dia macam Anis. bila panas terlebih je mesti tersentak je. tu yang buat dia menangis tu. maaf kalau tak sempat BW. ada kelapangan aku singgah rumah-rumah kamu.





my foot: masa kecik ni sakit la. ibu jaga. dah besar, sihat... jadik anak dan insan berguna dan beriman la. doa ibu sentiasa.

pics godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. azfar.get well soon...kak aritu arau pun dorang kata nak bnjir...tapi mcm ok lagik r.....tak hujan lebat..tapi dorang still nak bukak empangan dah kat sini..maybe sama laa kak...akan bnjir jugak..risau kan kak

    ReplyDelete
  2. budak kecil demam disarankan utk basahkan badan selalu...

    ReplyDelete
  3. semoga cpt sembuh,mmg skang mungkin sakit.anak sy aiman pun br je lega demam..

    ReplyDelete
  4. so far aie blm demam lagi. kalau demam, kitala manusia paling susah hati. lagi2 tak reti bagi anak makan ubat, huhuuu. part tu mmg smua abi. kita tolong jaga je bolehla. smg azfar lekas sembuh.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign