Fresh from the owner...

02 December 2011

Hilang sudah kenangannya!!! Huhuhu...



semalam kiranya hari yang agak menyedihkan la. kalau tak sebab semalam, sampai bila pun aku tak tahu. semalam ada operasi mengemaskini. segala baju-baju ayng aku rasa aku takkan pakai, aku letak dalam plastik hitam. baju-baju baby aku letak dalam plastik. turn my sis nak dapat baby baru next year. tak payah la dia nak beli baju baru banyak-banyak sebab baby cepat besar.

dah settle semua, aku hantar la segala baju tu kat bangsal. ayah aku ada buat satu bagsal kat belakang rumah. lepas letak baju, aku terpandang la kotak-kotak buku yang aku letak kat bangsal tu. rasa macam tak sedap hati pulak. tengok-tengok macam ada kesan anai-anai. tambahan pulak sekarang ni musim hujan. bila tarik je, kondisi kotak tetap okay. tapi bila bukak je kotak... hancur semuanya!!!


memang jadik port anai-anai. habis la semua buku ilmiah termasuk novel dan album gambar aku dimakan dek anai-anai tu. so, me decided to burn the whole thing. memang tak ada apa yang selamat kecuali apa yang tak boleh dimakan dek anai-anai tu macam plastik. memang pelahap la anai-anai ni. dalam rumah memang tak ada tempat dah nak letak barang-barang. itu pun persediaan kalau nak pindah terus angkut mask kereta. tapi tak sempat pindah dah diangkut anai-anai pulak.

kotak kedua pun sama. tapi yang ni lagi out. tarik je terus terkeluar isinya. memang sarang anai-anai dalam tu. yang selamat cuma mugs dan segala barang besi yang dia orang tak boleh makan. dengan hati yang kecewa, aku ambik je la barang yang terselamat tu. cuci dan simpan semula. mana yang tak boleh nak buat apa tu, burn la apalagi.

tak apalah. dah tak ada rezeki nak buat kenang-kenangan kan? yang terselamat tu la yang akan jadik kenangan sampai bila-bila. anai-anai oh anai-anai. bukan rezeki saya dengan barang-barang yang lain tu. reda je la. uwaaa!!!






my foot: aku cakap dengan my sis: "Nak baca Ombak Rindu?" she replied, "Nak!" dan aku pun balas semula: "Kulit je la. Boleh?" muahaha...

pics godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. alahai....samalah kita..kenangan2 g pun tggl ciput je...tp bukan sbb anai2..sbb dulu umah kampung tu dibaik pulih....semua brg2 ntah kemana2 mak letak..ade tu yg dia dh terbuang/bakor...huhuhu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign