Fresh from the owner...

15 December 2011

Cerpen: AKULAH PEREMPUAN ITU... -Part 2-



Aku diam lagi. Melihatkan aku tidak berkata-kata, kemarahannya mendadak naik. Aku tahu dia cuba mengawal emosinya. Wajah merahnya menunjukkan betapa marahnya dia pada seorang perempuan bergelar isteri. 

Dalam diam aku cuba memikirkan kata-kata yang terbaik untuk diluahkan. Tapi akalku enggan berfungsi. Barangkali, inilah diriku yang sebenar. Aku lebih suka mendiamkan diri jika terjadi hal sebegini. Berbeza pula dengan dirinya. 

Sebolehnya, dia mahu aku menjawab atau paling tidak mempertahankan diri sendiri daripada segala tuduhan yang dilemparkan. Perbezaan inilah yang membuatkan masalah antara kami semakin memuncak. Aku sukar untuk berkata-kata dan dia pula tidak mahu aku hanya berdiam diri. 

Padanya itu tanda aku tidak menghormati dia sebagai suami. Sedangkan aku pernah membaca satu artikel di dalam sebuah majalah yang mengatakan jika pasangan marah, seorang lagi harus mengambil inisiatif mendiamkan diri. 

Tujuannya bagi meredakan suasana tegang yang terjadi di antara keduanya. Artikel itu tidak sesuai benar dengan lelaki ini. Karenahnya berbeza. Aku pula malas mahu menjawab jika suasananya begini. Kadang-kadang, aku ingin saja lari daripada dirinya saat dia memuntahkan kemarahannya yang tidak bertepi. 

Namun semua itu tidak mungkin terjadi. Jika itu yang aku lakukan, pastinya rumahtangga kami sudah lama hancur lebur dan debunya berterbangan ditiup sang bayu yang berhembus. 

Sabarlah hati! Aku selalu memujuk perasaan sendiri agar terus tabah menghadapi dugaan rumahtangga yang sebegini. Ada ketikanya aku tewas. Bukan mudah memujuk diri sendiri agar memahami. 

“Awak nak sangat ke berpisah dengan saya?” akhirnya kata-kata itu terlepas juga dari bibirku. 

Bukan mudah! Entah di mana aku mendapat kekuatan untuk berkata-kata sebegitu, aku pun tidak tahu. Mungkin juga ini kesannya daripada apa yang sering dituturkan lelaki itu. Aku terlalu memendam. Kebiasaan itu menjadikan aku tertekan dengan keadaan sekeliling. Tambahan, jika pertelingkahan seringkali mewarnai mahligai kami ini. 

Sekurang-kurangnya lelaki itu meluahkan apa yang terpendam setiap kali bertelingkah. Aku pula terus-terusan menyimpan apa yang aku rasa. Untuk meluahkan segalanya tidak mungkin. 

Tidak ku tahu bagaimana ingin kuluahkan rasa hatiku ini. Biarlah selamanya aku memendam rasa. Biarlah aku terus begini. Menderita sendiri lebih baik. Aku tidak akan menyusahkan sesiapa. 

“Awak nak sangat ke putuskan ikatan kita ni?” soalan itu kuajukan lagi. Dia masih diam sedangkan aku mengharapkan satu jawapan yang pasti daripadanya. 

“Kalau tak bahagia, buat apa kita teruskan perkahwinan kita ni. Cuba engkau cakap, selama ni engkau bahagia ke dengan aku?” lelaki itu pula yang mengajukan soalan. 

Bosan juga apabila soalan dibalas soalan. Sedangkan selama ini, lelaki itu seringkali mengajar aku agar menjawab soalan dengan jawapan yang pasti. Kali ini berbeza pula gayanya. 

“Awak ajar saya jangan jawab soalan dengan soalan kan? Tapi kali ni awak buat sebaliknya. Macam mana saya nak ikut awak kalau awak pun bagi contoh macam tu?” kubalas kembali soalannya juga dengan soalan. 

Dia memandangku dan pandangan itu kubalas sekilas. Bukan tidak sudi untuk melihat wajah lelaki kesayanganku itu. Tapi aku jadi lelah dengan apa yang terjadi. Memandangnya sama sekali tidak akan merubah suasana tegang di antara kami. 

Entah sampai bila kemelut rumahtangga kami ini akan berterusan. Dia terlalu mementingkan perkara remeh-temeh sedangkan aku pula sebaliknya. Katanya, perkara kecillah yang harus diberi perhatian. Selalunya apabila yang remeh diabaikan, ia kelak akan bertukar menjadi besar. Ketika itu, jalan penyelesaian cukup sukar untuk dicari. 

Berbeza jika perkara yang terjadi sudah sedia asalnya besar. Ada benarnya juga kata-katanya itu. Malas rasanya untuk bertekak dan berbalah dengan lelaki itu. Kemenangan pasti akan berpihak kepadanya kerana aku tahu, sampai satu ketika aku jadi penat untuk berkata-kata. 

“Saya sayangkan awak. Tapi kalau perkahwinan ni tak membahagiakan awak, uuntuk apa lagi kita teruskan. Selama-lamanya awak akan menyalahkan saya untuk setiap kesalahan yang saya buat. Walau apapun yang saya kata, awak akan kata sebaliknya. Bila perkara ni berlarutan, saya dan awak, kita sama-sama akan rasa tertekan. 

“Sudahnya, apa jadi dengan kebahagiaan yang cuba kita bina ni? Saya banyak buat silap. Saya tahu tu. Kadang-kadang, saya tak mampu nak ikut cara awak sebab saya bukan awak. Saya tak sesempurna awak,” aku menarik nafas panjang.


to be continued...




pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. wah cerpen...suka...suka..
    dulu masa belajar byk idea nak tulis cerpen tapi sekarang ni tumpul dah hehe

    ReplyDelete
  2. dialog kat atas tu......
    mcm mengimbas kenangan lalu plak
    huhuh...takpe2...hal lepas jgn dikenang...
    anyway...gigih membaca ni.... ;)

    ReplyDelete
  3. benda kecil boleh buat porak peranda rumahtangga

    ReplyDelete
  4. haishhhh! sambung lagik? ades.

    ReplyDelete
  5. xpe carik jer JELITA November 2011.. ada dalam tu.. hehehhe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign