Fresh from the owner...

01 December 2011

Bila ketiga-tiganya kena selesema.



dah tiga hari anak-anak ni selesema. macam-macam fiil ada. pening kepala nak melayan karenah dia orang. kalau ada encik suami tu lain sikit la ceritanya. boleh jugak main pass-pass waktu malam. hehehe... bukan apa, nak handle tiga yang menangis dalam satu-satu masa tu bukan senang. jenis yang makan pujuk tak apa. kena jenis yang tak berapa nak makan dek pujuk dengan yang tak tahu apa keinginannya tu buat darah menyirap je memalam. huhuhu...

Azfar pun selesema. baby kalau selesema, ragamnya lebih sikit. memang tak lena manalah tidurnya berbanding dengan kakak-kakaknya yang dah besar tu. tapi aa masa ragam si kakak melebihi adik. perh... time tu tension la jugak! kalau menangis berlarutan, aku call encik suami. bagi anak-anak cakap dengan dia. tapi budak-budak ni kadang-kadang nak cakap. kadang-kadang tak nak.

bila tiba waktu pagi, okay je dia orang. malam je la problem sikit. sebab sejuk dan selesema kalau kena time sejuk susah pada dia orang nak bernafas. kesian jugak. tapi nak buat macam mana. kalau Alya dengan Anis boleh la bagi ubat. Azfar? dan kesihatan anak-anak kena dilaporkan pada encik suami.

pagi ni encik suami hantar sms. katanya: "Ayang sihat tak?" itu pun lepas aku bagitahu anak-anak tak tidur mana. Anis macam nak demam dan Azfar paling teruk sikit flunya. Alya dah start batuk. insyaAllah, aku akan sihat-sihat je. kalau tak, siapa nak tengok budak-budak tiga kerat ni?







my foot: pagi-pagi aku bagi madu kat anak-anak untuk keluarkan apa yang patut. kunyit hidup untuk flu. me rasa macam nak tidur. hehehe... aku dah BW. baca entri tapi tak sempat lagi nak tinggalkan komen sebab anak-anak ni tak berapa nak sihat. tapi will leave comments soon. take care!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hrp cpat smbuh smuanya ;D madu mmng elok n jgn lupa multi vit kna mkn hari2

    ReplyDelete
  2. anak2 sakit ni betul2 menduga mental & emosi kita kan kak.. sabar ye kak.. get well soon kakak & baby.. ;)

    ReplyDelete
  3. memang pening bila anak2 demam atau selsema..

    ReplyDelete
  4. Semoga anak2 cepat sihat semula.. :D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign