Fresh from the owner...

26 December 2011

Anak-anak punya cerita.

sepanjang seminggu duduk kat sini, aku perhatikan perubahan yang anak-anak buat. abahnya keluar kerja around 6.30 am setiap hari. perjalanan daripada rumah ke tempat kerja ambik masa lebih kurang 45 minit ke sejam. tengok pada keadaan highway dan kenderaan apa dia bawak.hari pertama dia kerja dengan family kecik dia ada kat sini, dia balik awal sikit walaupun kerja banyak. sempat la dengan anak-anak malam tu.

esoknya, dia keluar kerja anak-anak tak bangun lagi dan sampai rumah anak-anak dah tidur. so, hari tu memang tak jumpa abah la budak-budak ni. dia orang memang bertanya. tapi nak buat macam mana. kemudian rutin tu bertukar. biasa kalau aku mengantuk dan tidur awal, Kak Long dengan Kak Ngah ikut je. Azfar memang tidur awal jugak. tapi hari tu, dia orang tidur lambat sampai la abahnya balik. dah la tu, Azfar yang biasanya tidur tak terkejut tu pun bangun jugak tak nak tidur-tidur lagi. dok carik abah je.

sampai ke hari ni macam tu la dia orang. kalau sebelum datang sini tak macam tu pulak. pandai je sesuaikan dengan keadaan semasa abahnya. tapi abah bila dah balik kerja dah tentunya penat. penat sebab perjalanan. bukan sebab kerja. anak-anak sibuk nak bercerita itu ini. tapi abah layan walaupun muka penat je. siap layan makan lagi walaupun anak-anak jadik tukang sibuk je. huhuhu...

kalau malam dia orang tak sempat jugak dengan abahnya tu, awal pagi sebelum abah pergi kerja mesti dia orang tersedar. Azfar pun sama. lepas abah pergi kerja, semua tidur semula. pelik pulak aku dengan perangai anak-anak ni. tapi ye la... daripada dok tanya je mana abah, jumpa kejap-kejap pun jadik la.

hai Hagemaru!!!

ni la aktiviti dia orang.

yang bulat tengah tak pakai baju tu sebabnya baju dia kena susu coklat. huhuhu...







my foot: kesian kat abah. penat-penat pun dok layan karenah anak-anak yang macam-macam ragam tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. sukernya tgk azfar tak berbaju, bam bam lagi, hihihi

    ReplyDelete
  2. xpe aa dear..penat2 pun kena layan anak2,masa yg sikit tu pun sgt beguna juga..

    *Azfar bambam..!! :)

    ReplyDelete
  3. ma'oi tough nya dak azfar tu kak. mcm2 perangai. kita yg dua org ni, peninggg.

    ReplyDelete
  4. sayu kan bila anak2 asyik bertanya mana ayah diorg.. xpe masa yg singkat tu lbh bkualiti bg anak2 sbb semua happy

    ReplyDelete
  5. walaupun penat tp kita rasa puas kan bila tgk ank2 happy :-)

    ReplyDelete
  6. chomel2 budak2 tu..dh mcm kembar plak k.long dgn k.ngah :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign