Fresh from the owner...

11 November 2011

Pening! Peninglah kepala saya ni.



pesal pulak pening ni? hahaha... cerita banyak tapi tak tahu nak dulukan yang mana satu. aku still kat Terengganu. encik suami kata nak settlekan semua benda kat sini dulu sebelum balik. tak payah la dia hantar aku balik Pahang dan kemudian balik Terengganu semula untuk uruskan hal yang tak settle lagi ni. pada aku okay je. cuma baju je la terpaksa pakai ulang-ulang yang itu jugak sebab asalnya nak stay kat rumah my MIL ni tak sampai seminggu pun.

tu sebab nak BW susah sikit. kena cover la depan in-laws. hahaha... tak ada la dia kata menantu dia ni kemaruk sangat dok mengadap internet je. and actually, aku ni pulak menantu perempuan sulung kat rumah ni. status kena jaga walaupun kadang-kadang tu kena jugak. biasa la, orang tua. mak-mak pulak tu. memang la suka membebel. malas nak ambik hati der.


tapi sekarang ni anak-anak la dok bising bila nak balik rumah Tok Abah. okay... kalau kat rumah Tok Abah dia orang akan tanya bila nak balik rumah Tok Mie. macam-macam kan perangai dia orang. dan Anis baru je baik sakit. hari tu... tak silap on Monday la. Anis muntah-muntah. kesian jugak sebab kalau masuk je apa-apa mesti muntah sampai lembik dia dibuatnya.

risau la jugak. kami bawak dia ke klinik. memandangkan Terengganu cuti dua hari, jadik banyak klinik yang tutup. kebetulan ada satu klinik buka. according to the doc, dia cakap: "Kalau anak muntah jangan bagi air. Ini tak, bagi jugak air takut lekat. Kalau bagi jugak air, dia akan muntah lagi." oooo.... macam tu ke? tak tahu pulak saya. meamng details jugak la doc ni.

alhamdulillah... Anis pun dah getting better malam tu. dah boleh main and hisap susu. kesian dia sebab malam tu jugak la dia mintak makanan. lapar la kalau segala macam benda keluar daripada perut. sampai last sekali cuma air liur je keluar. huhuhu...







my foot: tak ada photo ke? ada. nanti muntah darah pulak tengok asyik entri pics je. ala, gambar la menceritakan semuanya kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign