Fresh from the owner...

29 November 2011

Okay!!! Buat penat je ada debit card.

welcome!!!


apa cerita ni weh? banyak sangat ke duit dalam debit kad tu? hehehe... mana ada la. hari tu nak makan pizza sebab macam tertarik je dengan pizza Ultimate Cheesy 7 tu. my BIL la belanja. hehehe... tapi dia cakap guna debit kad Maybank la. dapat less 30%. sebab dia tak ada Maybank, dia masukkan la dalam akaun orang yang ada Maybank (dia belanja kan!).

dalam keadaan hujan yang renyai-renyai, keluarga kecik kami ni pergi la ke Pizza Hut ditemani my SIL sebab yang bakal meng'oder' pizza tu nanti aku la. encik suami malas nak order-order ni. boleh la jalan pimpim tangan sebab anak-anak tinggal dalam kereta. hari hujan. bawak dia orang semua tu kira bawak jalan-jalan je. sebab tu jugak bawak my SIL. tolong tengokkan anak-anak kejap. hahaha... ambik kesempatan gitu.

inilah Ultimate Cheesy 7 kepunyaan aku. ni baru first slice. hehehe...


memang dapat beli pizza tapi yang jadi masalahnya, waiter kat kaunter kata tak boleh guna kad debit. ada masalah apa entah. dan service sangat slow. boleh ulang makan sup tu empat kali. mungkin lebih. sebab ada pelanggan yang makan kat situ siap tanya, lambat lagi ke. sekalipun cuaca sejuk, takkan la servis sesejuk cuaca kat luar tu. aku siap boleh ke Watsons beli barang dengan tengok-tengok barang lagi. 

jadik in the end, tak ada la less 30% tu. bayar macam harga biasa. cumanya time tu, Ultimate Cheesy 7 tu datang dalam pakej. beli satu lagi pizza dengan harga berbaloi la konon. so me ambik set tu. tambah satu je lagi pizza Supreme Chicken.

Chicken Supreme sebelum direbut.


balik kiranya dah nak Maghrib. lepas solat baru la ada makan beramai-ramai. boleh tahan la Ultimate Cheesy tu. especially kalau suka cheese macam aku ni. memang sedap la. cuma cream cheese tu je la yang kureng sikit. tapi kalau cicah dengan cili sos, sedap je. dan tambahan makanan malam tu adalah ini:

dalam pada nak beli pizza, dibelinya jugak KFC.


memang pesta makan-makan la. aku makan 3 keping je. dua ultimate dan sekeping chicken supreme. ayam kongsi anak-anak punya je. time hujan. perut memang lapar. makan je.






my foot: sekarang ni dah ada baru pulak pizzanya. macam-macam la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. eB cam x paham la... saper yg bayor sebanornyer tuh?

    ReplyDelete
  2. tunai juga yang senangkan...tak sempat nak cuba yang tengah offer ni..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign