Fresh from the owner...

25 November 2011

My BIL's wedding!!!

kek untuk acara sesi potong-potong dan suap-menyuap.


sambungan entri ini. my BIL balik daripada laut 5 days earlier. disebabkan akad nikah buat kat rumah, memang banyak la benda yang tak settle lagi. daripada cat, hantaran, goodies pack. encik suami balik awal jugak ke kampung daripada Johor. dia la yang dok arahkan buat itu dan ini. my BIL and all the BILs jenis menunggu arahan. tak ada arahan tak adalah pergerakan. even my MIL said, kalau encik suami tak balik tak tahu la apa nak jadik.


macam-macam hal kan? hahaha... masa kawin kami dulu, semua barang hantaran kami siapkan sendiri. beli sama-sama dan siapkan atas persetujuan. untuk dia hantar ke aku je letak dalam kotak. barang aku pada dia gubah la jugak. tapi semua dah settle awal-awal. dan encik suami ada cakap my MIL macam terasa sikit sebab tak involvedkan dia. tujuan kami cuma tak nak susahkan siapa-siapa. bila jadik macam my BIL ni semua nak my MIL yang uruskan. tak ke sakit kepala? even nak uruskan borang nikah pun ajak my MIL. hahaha...

sebab tu aku cakap dia macam tak bersungguh je. kalau betul dia bersungguh sure dia akan usahakan jugak la. mungkin salah satu sebabnya dia dah early 30's tapi still tak ada calon. the one that he saw cuma this girl. ye la... this girl had a crushed on him since primary school (dia kawan my SIL masa sekolah rendah and BIL ni pulak jenis tak mencari orang. dua minggu kat laut dan dua minggu kat darat habis kat rumah or attend kursus je la. mana ada jalan-jalan nak kenal orang), and my SIL la yang jadik match maker. boleh gitu? and me anggap ni semua jodoh dan suratan. memang dan jenis dia macam tu dan jodoh dia dengan budak ni jugak.

tiga tingkat. a bit jealous la sebab masa kawin dulu ada sediakan kek untuk sesi yang sama tapi lupa la nak keluarkan. aisey...!!!


tapi tengok my BIL ni memang buat kerja last minute la. MIL pun selalu cakap. dekat-dekat hari dia nak naik laut, baru la dia sibuk buat itu dan ini. arahan dapat awal lagi dah. tapi dia tunggu jugak sehari sebelum dia naik. masa dia nak naik laut tu, baru la dia sibuk tukar filter air, gantung jam kat dinding sampai filter air kat dapur pun pecah dan dia tak sempat nak ganti sebab tak cukup masa. macam-macam fiil kan?

dia mungkin akan berubah thru times. sama jugak dengan biras baru aku ni. aku dulu-dulu pun macam tu jugak. tambahan pulak bukan satu negeri. ada perbezaan lagi tu. nak masak pun macam tak berapa nak buat sebab takut selera tak sama dan nanti tak ada orang nak makan sebab dah biasa makan hasil air tangan my MIL. cuma after 4 years of marriage ni baru aku buat dapur tu macam dapur aku sendiri. siapa nak makan, makan la apa yang aku masak. kalau tak, kena makan jugak sebab tak ada orang lagi dah masak lepas aku masak. muahaha...

berbahagia ke akhir hayat la hendaknya!!!








my foot: my elder SIL kalau bab lauk, dia rasa pedas mesti dia kata aku yang masak. cuma tak sempat masakkan kari untuk my youngest SIL. dia request kari tepi MIL dah masak kari telur sebelumnya. jadik dia balik matrik tak sempat la makan kari aku masak sebab dia kata aku masak tu sedap. hehehe... kembang bermangkuk-mangkuk jap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. semoga bahgia hingga ke hujung nyawa. :)

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru...smoga berbahagia ke akhir hayat ya.. :)


    tak pernah masak kari telur....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign