Fresh from the owner...

30 November 2011

Mesti kaya ke? Hargailah apa yang kita miliki.



tertarik dengan status ni kat wall FB kawan aku. zaman sekarang ni semuanya mengejar kebendaan kan? kadang-kadang yang sedikit tu pun ada yang tak bersyukur. alhamdulillah... aku bersyukur sangat sebab aku bukan jenis yang meminta-minta. setakat berkeinginan tu ada la. tapi lebih pada teringin dan simpan sendiri.

encik suami pernah melalui tahap kejatuhan yang teruk. even dia pernah cakap dia tak pernah rasa jatuh seteruk ni. jatuh terduduk. dan dia kesiankan aku dengan anak-anak sebab tak dapat nak bagi apa-apa kecuali barang-barang keperluan. dan aku pernah cakap dengan encik suami: "Sekurang-kurangnya kita cukup makan pakai. Ada orang langsung tak ada apa-apa. Makan siput lagi. Kita boleh jugak makan nasi dengan lauk ayam lagi."

banyak sebab kenapa dia jatuh. dan walaupun dia tak tunjuk tapi dia selalu rasa tertekan. bila tanya, dia selalu cakap okay je. pesan dia pada aku, cuma jaga hati dan bagi moral support je. selebihnya, bab cari duit, itu kerja dia. orang sekeliling tak tahu tentang keadaan dia dan tak faham kenapa boleh jatuh macam tu sekali. tapi kami anggap ni semua dugaan Allah. dan encik suami selalu cakap: "Ada sebab kenapa DIA uji kita macam ni. Dan rezeki tu DIA yang beri. Usaha, yakin dan percaya. InsyaAllah, ganjarannya manis di kemudian hari."

semuanya ada hikmah tersendiri. sama ada kita sedar akan hikmahnya atau tidak, Allah penentu segala-galanya kerana DIA yang memberikan segala ujian dan dugaan kepada kita. ada orang langsung tak bersyukur dengan apa yang dia orang ada kan? bila dah hilang dan rasa yang lebih teruk baru menyesal. entah apa la nak jadik dengan spesis orang sebegini.





my foot: semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang terlalu meminta-minta dan sabar menghadapi segala cabaran. amiiinnn!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. status cam tu sekali...haish..bersyukurlah apa yang ada

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahal'azim... bagus juga dia bercerai. laki dia buleh cari bini yang jauh lebih baik daripada dia..

    ReplyDelete
  3. sgt bersyukur dgn apa yg ada, walaupun teringin mende2 mewah. Tapi islam pun tak mengajar kita sentiasa meminta yang suami tak mampu beri

    ReplyDelete
  4. masyaallah tak reti nak bersyukur lgsung pmpuan macam tu..

    Kami sekeluarga pun pernah mengalami kejatuhan..tp alhamdulillah keluarga support..dah byk yg kami lalui bersama..

    mungkin sbb tu allah beri kami jodoh dlm usia muda..sy selalu bg en suami semangat.asal makan pakai ada tu pun dah cukup..

    sekarang kami sedar tanpa dugaan tu kami takkan merasa kemanisan hidup..:)

    ReplyDelete
  5. Pasangan ditemukan utk lengkap melengkapi.. kalau suami susah, isteri perlu membantu.. setidak2 memberi semanangat.. bukan parahkan lagi keadaan..

    Moral: bersyukur dgn apa yang ada, usaha utk dpt yg lebih..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign